Thursday 13 April 2017

(6 Gambar) Julia Perez Kini Bertarung Nyawa Dan Kisah Silam Kembali Menghantuinya.

Tags




Julia Perez seorang anak seni yang amat dikenali dengan penampilan dirinya yang sentiasa mengejutkan para peminatnya, apa yang dilakukan dirinya sentiasa menjadi perhatian.

Sehinggalah dirinya disahkan menghidap barah pangkal rahim, disitu bermulalah kehidupan suramnya, tiada lagi kehidupan yang mewah dan bergaya seperti sebelum ini.

Inilah dugaan yang diterima dirinya namun dia masih diberi peluang untuk mengubah cara hidupnya disaat disahkan menghidap barah.

Beliau sempat menunaikan umrah bersama keluarganya dan diberi kesempatan untuk menjalani hidup seperti insan biasa yang taat kepada agama walaupun berada dalam keadaan sakit.

Namun kisah silam hidupnya tetap menghantui dirinya sehingga lah ke hari ini di kala dirinya terlantar di hospital melakukan segala rawatan yang termampu untuk menyembuhkan penyakitnya.






Portal Astro gempak melaporkan keadaan pelakon Julia Perez yang menghidap barah pangkal rahim tahap empat semakin membimbangkan selepas menjalani rawatan kemoterapi Isnin lalu.

Menurut adiknya, Nia Anggia tahap kesihatan Julia semakin lemah dan hanya terbaring di katil sejak seminggu yang lalu.

"Sebenarnya saya tidak mahu cerita mengenai keadaannya kerana saya yakin pasti ada keajaiban buat dia.

"Namun saya perlu akur kini keadaannya sudah lemah dan hanya tidur dan terbaring di atas katil sejak seminggu lalu," katanya.

Selain tidak dapat bergerak melakukan aktiviti seperti biasa, Nia memberitahu kakaknya sudah mula tidak mengenali orang terdekatnya.

"Dia sudah tidak boleh bercakap normal. Malah sudah mula tidak mengenali beberapa orang sekelilingnya.

"Saya pun tak pasti sama ada ia adalah kesan atau pengaruh ubat yang diambil," katanya lagi.

BACA INI JUGA:
Loading...

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon