Friday 14 April 2017

Awal Perkahwinan Aku Happy, Masuk Sebulan Aku Tak Suka Sebab Rasa Wife Ada Kekurangan.




Aku terpanggil untuk bercerita semua ni sebab aku rasa aku pernah buat salah dengan isteri aku. Actually dah 5 tahun kami berkahwin dan aku sangat sedar selama berkahwin dengan wife aku dia banyak menangis dari happy.

Kami bercinta & kahwin...masa awal awal kawin tu aku happy sangat...tapi masuk je sebulan aku jadi tak suka dengan wife aku sebab aku rasa wife aku ada kekurangan.

Masa tu wife aku dah pregnant...walaupun tu anak first kami aku tak rasa happy pun sebaliknya aku rasa membebankan!

Aku nak balik kerja pun aku rasa menyampah sebab wife aku tak attract aku macam kami 1st kenal dulu...dulu aku sangat rasa tergila gila nak jumpa dia. Aku pendekkan cerita la ek...sebab sebenarnya banyak benda kejam aku dah buat di belakang isteri aku.

Benda yang aku sendiri tak dapat nak maafkan aku bila aku teringat ex aku balik! pastu mulalah aku compare...pastu aku siap bagitau wife aku, ex aku lagi sempurna untuk aku.

Sekarang bila aku fikir fikir balik aku memang rasa malu & nak melutut minta maaf dengan wife aku sebab menduakan dia!.

Bayangkan wei...3 tahun lebih aku tipu wife aku!

Aku nak cerita ni korang janganlah marah aku pulak...aku cuma nak korang yang ada perangai macam aku ni sedar cepat.

Ada satu masa tu aku balik dari keja. Aku suruh wife aku sediakan makanan, dia cakap "tak lalu masuk dapur" aku memang tengking & marah dia masa tu. Aku cakap wife aku tak guna. Aku paksa dia masak jugak untuk aku!

Masa nak tidur satu hari tu....dia bagi aku lagi stress. Dia cakap aku busuk rokok. Ni aku memang tak boleh terima sebab dulu dia tak kisah pun. Aku tengking wife aku wei "kalau aku busuk berambuslah!!!"

Aku paling tak suka wife aku ni sebab dia terhegeh hegeh, aku faham je perut dia dah besar masa tu.. tapi takkan tak boleh jalan laju sikit...siap pegang2 pinggang pulak....menyesal kenapa aku kawin!!!!

Korang yang baca pun mesti sakit hati dengan aku kan! Actually aku pun sakit hati dengan aku! Tu dulu. Sekarang aku dah lain beb.. disebabkan satu benda..

Kawan rapat aku Azman. Dia hensem macam Aaron Aziz...memang masa kat Uni pun kami panggil dia Aaron...yang aku pelik, dia kawin dengan sorang perempuan kampung yang aku boleh kata tak secocok dengan dia langsung!

Last aku jumpa Azman ni masa kami kerja sekali 4 tahun lepas, masa tu dia mekanik dengan aku kat kedai pakcik aku.

Sebulan lepas, aku jumpa dia...tekejut aku. Dia dah ada company sendiri wei! Aku tahan dia & ajak dia minum sebab nak tau macam mana dia boleh success ni. Ternganga aku dengar semua cerita dia.

Azman bagitau punca dia boleh berjaya sampai sekarang sebab ISTERInya!

Tergamam aku. Azman bagitau aku, disebabkan dia jujur & sayang wife dia, dia sangat rasa dia cepat berjaya. Walaupun Azman takda anak, tapi dia sentiasa bersyukur...cakap benda baik je pasal wife dia. Serious aku kagum & tak sangka!

"Kau tahu tak...lagi banyak kita sayang & hormati wife...lagi banyak kita peluk cium & happykan dia...kau sendiri akan terkejut dengan rezeki & kebahagiaan yang tak disangka sangka," kata Azman.

"Benda yang kau tekejar kejar dalam hidup kau sebenarnya ada kat depan mata kau saja (isteri)...kau pelihara tu dulu...kau bahagiakan dia, baru yang lain akan datang," kata Azman lagi.

Aku tak tahu apa yang jadi dengan aku lepas tu...masa aku drive balik aku menangis beb...aku sedar aku ni ego ja selama ni.

Aku teringat balik...setiap kali lepas aku paksa wife aku masak. Dia akan sapu sapu balm di hidung dia. Pastu aku akan dengar suara muntah yang teruk.

Ada sekali tu aku tgk wife aku lembik sangat. Aku bodoh masa tu. Aku cakap aku nak keluar makan dan aku biarkan dia dalam toilet dalam keadaan tu.

Baru aku sedar ibu hamil ni rupanya dia sensitif sangat.

Masa aku halau dia dari tidur sebelah aku sebab dia kata aku busuk rokok, dia tidur kat lantai weh. Aku dapat rasa dia menangis teruk setiap malam sebab aku tengok mata dia selalu bengkak.

Yang paling aku benci dengan diri aku...aku tak pernah urut dia!! aku biar isteri aku buat itu & ini...tapi aku tak hargai dia. Aku rasa wife aku sakit pinggang pun sebab dia tidur atas lantai setiap hari. Mesti sakit badan wife aku =(

"Setiap kali aku nak balik rumah aku akan belikan something untuk wife aku, sebab aku tahu wife aku akan happy," kata Azman.

Bila teringat ja kata kata Azman tu, aku mula terfikir nak beli something untuk wife aku.

So masa otw tu aku nampak kedai bunga...tapi takdalah aku jumpa bunga ros pulak...so aku pun belilah apa yang ada.

Masa nak masuk rumah tu...berdegup jantung aku...sebab selama ni aku bersalah dengan wife aku & harap dia maafkan aku.

Tak sempat aku ketuk pintu, wife aku bagi salam kat aku dengan 2 biji mangga kat tangan dia. Dia cakap ada jiran bagi. Aku tahu dia mengidam.

Masa dia salam aku, aku minta maaf dengan dia &a bagi bunga kat wife aku. Tetiba dia gelak besar......

Apa pulak jadi dengan wife aku ni......

"Bang...bunga ni orang guna untuk upacara sembahyang lah abang.. abang beli kat mana?"

Adoii...aku mana tau. Patutlah aci tadi senyum senyum kat aku...buat malu.

Takpalah...atleast aku berjaya buat wife aku tergelak & nikmat bila aku cium & peluk wife aku masa tu indah sangat sangat beb. Aku dapat rasa penuh malaikat tepi aku yang mendoakan kami.

So tu adalah cerita 3 tahun lepas...memang indah hidup berkasih sayang & bermanja ni. Aku dah lama say good bye kat ego aku tu! Lantaklah orang nak cakap apa...yang penting aku dapat happykan bidadari aku =)

Sekarang wife aku dah pregnant anak kedua kami dah 5 bulan kandungan. Semalam wife aku cakap "kalau ada rezeki untuk pergi Langkawi dia nak makan BERONOK" kampung aku lah ni.

Korang rasa apa yang aku akan cakap? haha....

Aku serta merta mintak wife aku siap & kami pun gerak ke Langkawi...

Sayang punya pasal aku beli flight tiket tu on the spot walaupun untuk seorang, one way saja harga tiket RM210, since anak 1st aku infant untuk dia free lah.

Haha...kalau dulu maybe aku kisah...tapi sekarang hidup aku dah lain dah Alhamdulillah...aku pun dah bukak bengkel kereta sendiri...dah jadi bos macam kawan aku Azman.

Ini bukan kerana BERONOK tapi sebab aku terlampau sayang isteri aku.

Aku tak malu pun untuk bagitau 1 dunia yang aku sangat cintakan dia & disebabkan cinta aku pada wife aku & disebabkan aku buang semua ego aku. Aku pun terkejut dengan rezeki yang tak disangka sangka untuk kami sekeluarga. Tq Ya Allah...Tq sebab sedarkan hambaMu ni.

Mesej ikhlas aku "NUR MALIZA BINTI HASIM, ABANG CINTAKAN SAYANG"...... =)

BACA INI JUGA:
Kredit

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon