Saturday 8 April 2017

FAM Ampun Matlan Marjan Dan 5 Rakan.

Tags



Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan bekas pemain kebangsaan, Matlan Marjan dan lima lagi pemain Sabah diberi ‘pengampunan’ untuk kembali menyertai sukan bola sepak di negara ini. 

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim (kiri) ketika sidang media selepas Mesyuarat Exco Pertama Penggal 2017-2021 di bilik mesyuarat Hotel Magellan Sutera, Kota Kinabalu. - Foto Malai Rosmah Tuah

Presidennya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkata keputusan terbabit dipersetujui dalam mesyuarat EXCO badan induk itu di sini. 

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai nasib enam pemain itu dalam sesi bertemu peminat yang berlangsung, di sini, sebentar tadi. 

“Tadi kita sudah membangkitkan isu terbabit dalam mesyuarat EXCO FAM untuk melepaskan mereka dan itu status semasa mereka buat masa ini. 

“Jadi ya, mereka boleh terbabit (kembali terbabit dalam bola sepak), ” katanya. 

Penyerang itu adalah antara bekas pemain yang digantung seumur hidup oleh badan induk bola sepak kerana terbabit dalam skandal rasuah yang menggegarkan kancah bola sepak negara pada 1990-an. 

Matlan Marjan

Lima lagi pemain Sabah yang turut menerima nasib seperti Matlan ialah Matusin Bowie, Junaidy Tuah, Gerald Mojiliu, G Raveychandran dan Charles Tindi. 

Pada 9 Mei tahun lalu, FAM memberi pengampunan kepada 78 bekas pemain yang terbabit dalam skandal itu namun mereka berenam terkecuali daripada pengampunan itu. - BH ONLINE

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon