Monday 24 April 2017

(Video) Ammar Menangis Sedih Semasa Bertemu Dengan Keluarga Watson Nyambek.

Tags



Primeworks Studios Sdn Bhd menggantung khidmat pengacara Azizul Ammar Abu Hassan dan enam kru penerbitan, tanpa tempoh dinyatakan, berkuat kuasa serta-merta susulan isu mempersendakan nama ayah bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek.

AZIZUL Ammar kelihatan sedih pada pertemuan dengan keluarga Watson Nyambek hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ahmad Izham Omar yang memohon maaf secara terbuka pada sidang media bersama bekas pelari pecut negara Watson Nyambek berkata, program yang sama juga ditamatkan siarannya.

Beliau berkata, tempoh penggantungan tugas enam krew penerbitan akan diputuskan kemudian.

"Saya mohon maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan kerana menyinggung perasaan keluarga Watson dan rakyat Sarawak," katanya di sini, sebentar tadi.

Turut hadir dan menyatakan kekesalan ialah Azizul Ammar sendiri.

Sementara itu, Watson menolak permohonan maaf daripada Primeworks Studios Sdn Bhd berhubung insiden nama bapanya dipersendakan.

Mimik tersebut dilakukan oleh pengacara Azizul Ammar Abu Hassan dalam rancangan "Sukan Tak Sentral".

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon