Saturday 27 May 2017

Doktor Cina Yang Merawat Mat Rempit Itu Rupanya Orang Sabah.

Tags



Seorang doktor wanita berbangsa cina yang menjadi viral baru-baru selepas membantu seorang mat rempit yang terlibat dalam kemalangan rupa-rupanya adalah orang Sabah. 


Doktor cun itu adalah Dr Koh Siew Ling yang berasal dari Sandakan. Faisal Hasbullah Alimin, penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Genting Sempah pada ahad lepas bernasib baik bertemu dengan doktor baik hati itu. 

Doktor Siew Ling menghulurkan bantuan kepadanya sehingga dan menunggu sehingga ambulans tiba. 

Kejadian itu mula menjadi viral selepas seorang rakan Faisal memuatnaik gambar dengan kapsyen: 
“Respect’ kat amoi ni. Walaupun dia tau kami mat rempit, dia berhenti tolong sebab dia doktor. Aku suruh dia gerak dia cakap ‘tak apa, saya tunggu ambulans sampai’. “Kau carilah dia bila kau dah sihat.
Dialah yang suruh aku beli air gula, dialah yang siram luka kau. ‘Gentle’ gua respect.” 

Doktor Siew Ling melawat Faisal selepas kemalangan itu, selain dipuji atas keprihatinannya, doktor berkenaan turut mendapat perhatian netizen kerana beliau, yang berbangsa Cina dan masih muda bersikap profesional dan menghulurkan bantuan tanpa mengira bangsa atau agama. 

Sementara itu, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Boon hai Yeo turut memuji tindakan doktor muda itu dengan memuatnaik status di facebook: 
Well done Siew Ling...We are proud of you...Ur mum and family will be very proud too.. God bless you.

Semoga kita juga akan dapat melakukan hal serupa untuk berbakti dan berbuat baik sesama manusia.

Loading...

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon