Monday 26 June 2017

(Video) Lagu Hari Raya Dimainkan Selepas Misa Kudus Di Gereja Jadi Tular.

Tags



Sabah dan Sarawak sering dianggap contoh dua negara dalam Persekutuan Malaysia yang memiliki sifat toleran yang tinggi dalam beragama.


Hubungan antara etnik dan agama di kedua-dua negara sentiasa pada tahap tinggi dengan konflik agama dan etnik jarang-jarang berlaku.

Sabah dengan lebih 40 etnik dan Sarawak sekitar 30 etnik oleh banyak pihak merupakan contoh terbaik yang perlu diteladeni pihak luar yang saling menghormati agama lain.

Terbaharu yang tular di media sosial ialah lagu raya dimainkan penceragam sebuah gereja selepas sembahyang dalam kalangan penganut Kristian, Ahad di Keningau, kawasan majoriti Kristian.

Video berdurasi 27 saat itu mendapat komen positif netizen dengan ramai yang memuji langkah gereja terbabit.

Pensyarah sebuah universiti yang mengajar kursus Hubungan Etnik berkata, kahwin campur yang meluas antara pelbagai etnik merupakan antara faktor tingginya tolak ansur dalam kalangan penduduk.

Ketika masyarakat Islam di Negara Tanah Malaya riuh kerana penggunaan kalimah Allah dan simbol yang menyerupai tanda salib di bangunan, bagi penduduk negara Sabah dan Sarawak perkara itu sama sekali tidak menimbulkan isu.

Jadi, katanya sikap kesederhanaan bukan ekstremisme perlu terus diamalkan bagi menjamin keharmonian hubumgan etnik dan agama.

Global Peace Index meletakkan Persekutuan Malaysia pada tangga ke-29 dari segi negara bersekutu paling damai dan terelak daripada konflik agama dan etnik.

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon