Saturday 29 July 2017

'Adoii...Busuknya' - Kejadian Di Kedai Fotostat Yang Membuat Saya Sedar....Sebak...



Perkongsian oleh Puan Fazniza Razali

Semalam ke kedai photostat buat salinan surat beranak Aimi dan Sijil Nikah saya sebab nak buat pertukaran Aimi ke sekolah lain. Kedai buka pukul 10 pagi, sampai 9.50 pagi, jadi kenalah menunggu dulu depan kedai. Ada juga yang sedang berdiri-diri depan kedai menunggu mungkin urusan yang sama. 




Ok, tepat pukul 10 pagi, gedegang... bunyi pintu shutter, satu lorong boleh dengar. Kedai dah buka, masa saya keluar, bau busuk menikam dan menusuk ke hidung. 

'Adoii... busuknya'. Terdetik dalam hati. 



Ooo... patutlah lori sampah. Lori sampah tu berhenti betul-betul depan kedai yang sama.

Kelihatan seorang kelindan lori sampah turun tergopoh gapah sambil membawa satu beg kecil berlari-lari anak menuju ke kedai yang sama. 



"Cepattt, nanti ada kereta nak lalu". Jerit pemandu lori. 



"Iye-iye, 2 helai je". 



Abang tu memang nak cepat dia keluarkan sebuah buku teks sains tahun 5 sambil mencari-cari muka surat.



"Kak saya nak ni satu... ni satu, "sambil menunjukkan helaian yang hendak dibuat salinan. Saya buat andaian mesti untuk anak dia. Bila selesai dia cepat-cepat memasukkan buku teks dan salinan yang dilipat kemas ke dalam beg sandang dengan senyuman yang betul-betul ikhlas dari seorang ayah. Serius saya memang terharu masa tu. 



Dari raut wajahnya memang nampak dia puas sebab dapat membantu anaknya.



"Anak minta tolong sebab nak buat kerja sekolah, saya tak bagi dia keluar sendiri, bahaya sekarang ni. "terang abang ni, mungkin dia perasan saya memerhatikannya dari tadi. 



Saya angguk je sambil senyum. Kagum betul saya pada abang ni.



Berlari semula ke lori dan letak beg di depan dan kemudian berlari lagi berdiri di belakang lori sampah. 



"Ok... jalan". Jerit abang tu pada pemandu lori. 

Dari kerjayanya dah tentu bukan dari golongan orang senang bermain dengan bau busuk, dari raut mukanya saya nampak hidupnya susah atau miskin. Tapi mempunyai hati dan jiwa yang kuat untuk memastikan anaknya berjaya dan keselamatannya terjaga. Biar hidup miskin tapi ada punya pelajaran. 



Tengah bekerja sanggup terkejar-kejar untuk membantu anaknya membuat salinan untuk buat kerja sekolah. Saya dapat bayangkan bagaimana anaknya minta tolong dari ayahnya dan tanpa mengeluh si ayah mencuri sedikit masa bekerja untuk membantu anaknya. 



Perkara ni betul-betul membuat saya sedar, yang selesa ni, yang ada masa ni dan yang ada kereta ni sering bagi pelbagai alasan sibuk dan tak ada masa bila anak minta bantuan. Nak tengok kerja sekolah anak pun jarang-jarang.



Saya berharap agar anak abang tu berbangga mendapat seorang ayah walaupun hanya pekerja seorang kelindan lori sampah. 

Pengajaran untuk saya.

- 
Fazniza Razali
 via The Alternatif

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon