Monday 14 August 2017

Amyza Aznan Mengamuk Di Instagram, Cari Lelaki Yang Menyebabkan Adiknya Dan Suami Bercerai.

Tags



Amyza Aznan semalam dilihat telah mengamuk di laman Instagram miliknya dimana dia mencabar seorang lelaki yang didakwa mengganggu rumah tangga adik perempuannya untuk tampil memberi penjelasan kepada keluarganya, lapor mStar Online.


Menurut Amyza Aznan, adiknya mengenali lelaki itu menerusi laman sosial Facebook beberapa bulan lalu dan telah membuat keputusan untuk bersama lelaki berkenaan.

“Saya geram sangat dengan lelaki itu kerana menjadi punca rumah tangga adik saya hancur. Adik saya itu ada dua anak orang kecil dan sekarang lelaki itu mengawal kehidupan adik saya”.

“Saya minta dia datang bertemu keluarga kami dan memberi penjelasan secara baik tapi satu identiti dia pun saya tidak jumpa. Malah dia sudah menukar gambar-gambar pada profil Facebooknya supaya tidak dapat dikesan,” katanya ketika ditanya mengenai statusnya yang mencari lelaki berkenaan.


Selain itu, Amyza berkata, adiknya itu berada dalam keadaan yang kurang sedar dan enggan bekerjasama apabila diminta mendedahkan identiti lelaki berkenaan.

“Saya minta dia telefon lelaki itu dia tidak mahu, sampaikan air pun dia tidak mahu minum malah dia berani melawan saya jika berkaitan dengan lelaki itu”.

“Kami pun tidak tahu nak buat apa, nak kauseling dia tidak mahu ikut, malah berubat tradisional pun dia seakan-akan dapat tahu,” ujarnya.


Tambah Amyza, dia bimbang adiknya itu akan lari mengikut lelaki tersebut yang dipercayai kini menetap di Johor atau Singapura.

Dia juga berharap netizen yang mengenali lelaki berkenaan agar dapat memberi maklumat kepada dia dan keluarga. 

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon