Wednesday 2 August 2017

'Saya... Kalau Boleh Mahukan Lelaki Seperti Itu...' - Hannah Delisha

Tags



Pelakon utama drama Mencintaimu Mr. Photographer, Hannah Delisha kini semakin popular dengan mendadak.


Drama itu benar-benar melonjakkan nama Hannah Delisha.

Apabila dah popular, mulalah orang ramai bertanya tentang kisah peribadi seperti teman lelaki dan lelaki idaman.

Baru-baru ini, Hannah Delisha telah bercerita tentang lelaki idamannya.

Hannah akui mahu lelaki yang sentiasa mengucapkan kata-kata manis sebagai kekasihnya.

Pelakon jelita dari Singpura ini berkata dia berharap akan bertemu seorang lelaki yang betul-betul mencintai dirinya.

Ini komennya:

"Kalau boleh sudah semestinya saya mahukan seorang lelaki yang pandai dan boleh mengeluarkan kata-kata manis kepada saya.

"Tetapi kata-kata yang dituturkan itu harus jujur dari hatinya dan bukannya sekadar ayat-ayat manis sahaja.

"Saya yakin lelaki seperti ini masih ada cuma buat masa sekarang saya masih belum jumpa dengan jejaka seperti itu.

"Saya rasa bukan saya sahaja yang menginginkan kerana semua wanita juga kalau boleh mahukan lelaki seperti itu." 

Hannah berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai ciri-ciri lelaki idamannya.

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon