Tuesday 22 August 2017

Senarai Penuh 24 Peserta Akademi Fantasia Megastar 2017 Yang Bermula September Ini.



Senarai rasmi biodata peserta Akademi Fantasia Megastar 2017. Konsert mingguan AF Megastar 2017 kini membuka tirai pada setiap Ahad bermula 3 September 2017 pada jam 9.00 malam bertempat di MBSA Shah Alam. 


Saksikan siaran langsung hanya di Astro Ria dan Mustika HD bermula pada jam 9.00 malam. 

Berikut adalah senarai 24 perserta AF Megastar 2017. Untuk info,kali ni ada kelainan sedikit sebab tiada tenaga pengajar memandangkan semua peserta sudah profesional. Konsep sama seperti Gegar Vaganza dimana peserta akan diberi lagu tema setiap minggu. 

Daripada 24 peserta ini, hanya 12 sahaja akan ditapis dan berentap pada minggu ketiga hingga akhir Konsert AF Megastar 2017.


Konsep Konsert Akademi Fantasia Megastar 2017

Semua 24 peserta akan dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu 12 orang bagi konsert minggu pertama, manakala bakinya pada konsert minggu kedua. Pada penghujung konsert minggu kedua nanti, hanya 12 peserta sahaja yang layak untuk mara ke minggu ketiga akan diumumkan.

Bermula pada minggu ketiga, setiap peserta terpilih akan berentap hinggalah ke minggu kelapan. Persembahan peserta akan diadili oleh dua juri profesional iaitu pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS dan penyanyi yang juga guru vokal, Syafinaz Selamat dan seorang juri jemputan.

Senarai Rasmi 24 Peserta Akademi Fantasia Megastar 2017

Bekas 8 Peserta Juara Akademi Fantasia:
  1. Zahid (AF2)
  2. Faizal (AF4)
  3. Milla (AF5)
  4. Shahir (AF8)
  5. Faizul (AF2013)
  6. Firman (AF2014)
  7. Sufie (AF2015)
  8. Amir (AF2016)
Senarai 16 Bekas Pelajar Akademi Fantasia:
  1. Rosma (AF1)
  2. Anding (AF2)
  3. Adam (AF2)
  4. Bob (AF2)
  5. Amylea (AF3)
  6. Idayu (AF3)
  7. Marsha (AF3)
  8. Nubhan (AF6)
  9. Aril (AF7)
  10. Adira (AF8)
  11. Amir Jahari (AF9)
  12. Azhar (AF2013)
  13. Indah (AF2013)
  14. Ewal (AF2014)
  15. Syamel (AF2015)
  16. Ara (AF2016)

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon