Tuesday 19 September 2017

Kebakaran Pusat Tahfiz Ittifaqiyah, PELIK Kucing Selalu Berkumpul DEDAH Sesuatu Yang MENGEJUTKAN!!!

Tags



Bagaikan mengerti apa yang berlaku, lima kucing yang sering diberi makan pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, termasuk yang syahid, Khamis lalu lebih banyak berbaring dan seperti setia menanti di situ.


Tinjauan Harian Metro sepanjang berada di situ sejak Khamis lalu, kelima-lima kucing berkenaan dilihat setia menunggu.

Pengurusan pusat tahfiz berkenaan berkata, ada antara kucing itu dibawa oleh pelajarnya ke klinik haiwan untuk diberi vaksin.

“Mereka (pelajar tahfiz) pernah memberitahu guru pusat tahfiz untuk membawa kucing berkenaan ke klinik veterinar.

“Difahamkan duit perbelanjaan sebanyak RM200 itu dipinjam daripada guru pusat tahfiz berkenaan untuk di vaksin,”katanya.

Menurutnya, semua kucing itu tinggal di tingkat satu dan diberi makan oleh pelajar pusat tahfiz.

“Kucing-kucing ini juga sering naik ke tingkat tiga,” katanya.

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon