Monday, 11 September 2017

Remaja Perempuan 14 Tahun Trauma Diculik Dan Dir0g0l Bergilir² Oleh 40 Lelaki.

Tags
loading...

Tidak berhati perut, itulah perkataah yang sesuai untuk 40 lelaki dewasa yang mer0g0l seorang remaja perempuan 14 tahun secara bergilir² di kampung Koh Read, Selatan Thailand baru-baru ini.


Mangsa dalam laporan mendakwa kejadian berlaku apabila ibu bapanya keluar rumah menoreh getah pada waktu malam. Tiba-tiba kediamannya didatangi beberapa lelaki kemudian ditarik keluar dan dibawa ke sebuah pondok.

Chanon Abdullah dari Yayasan Keamanan Islam mengatakan jumlah suspek berdasarkan keterangan mangsa berjumlah 40 orang.

Soal siasatan awal mendapati pada awalnya tiga suspek berasal dari kampung sama menculik mangsa dan digilir² oleh 11 orang lelaki. Pada malam seterusnya antara 5 ke 7 orang.

Kejadian itu berlaku selama dua hari dua malam berturut-turut hingga jumlah yang mangsa ingat sebanyak 40 orang.

Setakat ini 11 suspek telah ditahan termasuk seorang lelaki berusia 57 tahun yang mengaku memberikan wang kepada suspek lain untuk meniduri mangsa.

Mangsa juga turut di ugut supaya mendiamkan diri jika tidak mahu keluarganya mendapat masalah.

Kini mangsa dalam keadaan trauma dan masih belum dapat memberikan keterangan yang lebih jelas mengenai kes berkenaan.

Bagi penduduk kampung berkenaan, kejadian ini sangat dikesali memandangkan jumlah penduduk kampung itu hanya berjumlah 180 orang, tapi yang terlibat berjumlah 40 orang. Jika di ikutkan jumlah itu, bilangan suspek kira-kira seperlima daripada jumlah penduduk itu.

Ramai yang tertekan dan takut, jika suami dan ayah mereka adalah suspek rogol berkumpulan, kata seorang pegawai kerajaan negeri itu.

Bagaimanapun demi keselamatan keluarga mangsa, pihak polis negeri itu telah memindah keluar mangsa ke tempat yang dilindungi polis memandangkan keluarga itu telah diancam oleh beberapa penduduk tempatan kampung berkenaan.

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon