Thursday 21 September 2017

(Video) Lelaki Ini Nekad Rempuh Kenderaan Milik Penarik Kereta Sampai Hancur Macam Keropok Udang.

Tags



Biasanya jika kenderaan sudah kena 'blocked' dengan penarik kereta, pemiliknya akan beralah dan menyerahkan kunci, seterusnya kenderaan berkenaan akan dibawa oleh si penarik (repossessor) untuk dipulangkan ke bank.


Namun lain pula dengan kejadian yang didakwa berlaku di Rawang Selangor kelmarin.

Walaupun kereta jenis Proton Saga FLX miliknya sudah dihalang oleh sebuah kereta Wira milik penarik kereta, seorang lelaki tetap tidak mengalah, sebaliknya nekad mengundurkan keretanya sehingga merempuh kenderaan milik penarik kereta tersebut berulang kali.

Rakaman kejadian itu tersebar di media sosial. Jelas kedengaran jeritan dipercayai isteri kepada lelaki berkenaan yang merayu agar suaminya berhenti daripada meneruskan tindakan nekadnya itu.

"Sudahlah bang, abang sudah bang," jerit isteri yang memakai tudung berwarna merah jambu di tempat kejadian.

Namun si suami sama ada tidak peduli dengan jeritan isterinya itu, atau tidak dengar kerana kesemua tingkap keretanya tertutup, terus menggerakkan keretanya ke hadapan dan ke belakang merempuh kenderaan di belakang berulang kali.

Akhirnya kereta yang dipandu berjaya memecahkan halangan sebelum ia dipandu pergi dari situ. Akibat perbuatan itu, kereta Wira milik penarik kereta hancur teruk di bahagian hadapan.

Di bawah ini video kejadian tersebut yang dipercayai dirakam oleh salah seorang daripada penarik kereta terbabit.


**P/S: Apa yang dapat disimpulkan daripada kejadian ini, terbukti bahagian 'bumper' belakang Proton Saga FLX jauh lebih keras daripada bahagian hadapan Proton Wira yang lembut seperti kunyit. Sekian terima kasih.

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon