Monday 30 October 2017

Tol Bukit Kayu Hitam Bukan Dimansuh, Tapi Pindah Ke Lokasi Baru Mulai 1 November 2017.

Tags



Ramai netizen mempertikaikan berita pemansuhan Tol Bukit Kayu Hitam dalam pembentangan Bajet 2018 selepas tersebarnya "banner" yang memaklumkan bahawa Plaza Tol berkenaan akan beroperasi di lokasi baru.


Kain rentang tersebut yang jadi viral beberapa hari ini memaparkan logo Kerajaan Malaysia dan syarikat lebuhraya PLUS dengan tulisan:

"Plaza Tol Bukit Kayu Hitam akan mula beroperasi di lokasi baharu pada jam 6:00 pagi, 1 November 2017".

Adakah ini petanda yang Tol Bukit Kayu Hitam tidak dimansuhkan seperti yang diumumkan dalam pembentangan bajet 2018, tapi sebaliknya hanya dipindahkan ke lokasi lain.

Melalui pembentangan bajet 2018 tempohari, pemansuhan Tol Bukit Kayu Hitam akan berkuatkuasa bermula pada 1 Januari 2018.

Disini yang menjadi persoalannya ialah, "Adakah pada tarikh 1 Januari 2018 nanti, tol di lokasi baru ini yang akan dimansuhkan?"


Jika tidak, ini bermakna berita pemansuhan tol Bukit Kayu Hitam hanyalah indah di kertas dan manis dimulut, dimana kutipan tol tetap dilakukan di lokasi baru yang lebih menguntungkan.

Loading...

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon