Monday, 13 November 2017

3 Jam Keluarkan Kemaluan Yang Tersangkut Dalam Cakera Angkat Berat.

Tags
loading...


TIADA kerja lain…tiada penyakit, cari sakit. Seorang lelaki di Jerman terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital selepas alat sulitnya terlekat di lubang cakera pemberat.

Lelaki yang tidak dinamakan itu merupakan seorang yang taksub dengan kecergasan. Ia menyebabkan doktor terpaksa memanggil bomba untuk mengeluarkan alat sulitnya yang telah bertukar warna menjadi ungu.

Proses mengeluarkan cakera pemberat seberat 2.5kg itu mengambil masa selama tiga jam. Tidak diketahui bagaimana alat sulitnya boleh terlekat di situ namun gambar berkenaan telah menjadi tular.


Gambar itu sepatutnya untuk kegunaan pihak hospital sahaja namun ia dimuat naik di media sosial. Pengurusan hospital kini sedang menyiasat bagaimana gambar itu boleh tersebar.

Dalam pada itu, pasukan bomba yang terlibat dalam mengeluarkan alat sulit lelaki tersebut menyifatkan ia sebagai mengejutkan.


“Bahagian badan yang sangat sensitif berada di dalam lubang cakera seberat 2.5kg. Ia dapat dibuang dalam masa tiga jam dengan bantuan peralatan bomba,’’ katanya.

Sumber

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon