Sunday, 12 November 2017

Dibunuh Gara-gara Main Cinta Dengan Isteri Orang.

Tags
loading...

Kelihatan kenderaan polis dan forensik berada di tanah perkuburan bukan Islam di Ladang Sega Siliau, tempat mayat mangsa dipercayai ditanam.

SEREMBAN: Gara-gara bermain cinta dengan isteri orang, seorang lelaki dipercayai diculik dan dibunuh sebelum mayatnya ditanam di sebuah tanah perkuburan bukan Islam di Ladang Sega Siliau, di sini.

Kejadian berlaku apabila mangsa berusia 29 tahun dikatakan bermain cinta dengan seorang wanita yang merupakan isteri kepada suspek secara senyap-senyap.

Menurut sumber, cinta tiga segi itu bagaimanapun dapat dihidu suspek yang berusia 29 tahun, sebelum dia bertindak luar kawalan dengan menculik dan bunuh mangsa sebelum ditanam.

"Mangsa didapati hilang sejak dua bulan lepas. Isteri suspek dipercayai telah menjalinkan hubungan cinta dengan mangsa.

"Bagaimanapun, hubungan mereka dapat dihidu suami wanita itu sebelum bertindak menculik mangsa," katanya di sini.

Berikutan itu, kata sumber, suspek dan isterinya ditahan reman bagi membantu siasatan.

“Kira-kira pukul 5 petang semalam (kelmarin) suspek telah dibawa ke tempat mayatnya ditanam dan kerja-kerja penggalian telah dilakukan untuk melengkapkan siasatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner, Thiew Hock Poh berkata, siasatan masih dijalankan. - Sinar Online

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon