Saturday 18 November 2017

Nakal Sungguh Ucapan Proton Atas Kelahiran ‘Adik Baru’ Myvi.

Tags




Pelancaran model terbaharu Myvi nampaknya mencatatkan fenomena tersendiri dalam kalangan rakyat Malaysia.

Lihat sahaja di mana-mana, ramai yang mulai berbicara mengenai kehebatan kereta yang mendapat sentuhan rekaan anak tempatan ini.

Untuk kenderaan di bawah segmen B, harganya adalah begitu berbaloi di samping mempunyai pelbagai ciri-ciri kelengkapan canggih setara dengan model jenama lain.

Maka tidak hairanlah sejak dibuka pra-tempahan pada 9 November lalu, ia telah mencatatkan lebih 5,000 unit tempahan dalam masa 48 jam.

Begitulah antara penangan yang sukar dinafikan lagi terhadap jenama kereta kompak kegemaran rakyat Malaysia ini.

Namun bagaimana pula agaknya reaksi ‘saudara’ kepada Perodua, iaitu siapa lagi kalau bukan Proton. Adakah jenama pengeluar kenderaan tempatan itu tercabar dengan pengeluaran Myvi terbaharu?

Tunggu dahulu, rupanya mereka mempunyai cara tersendiri untuk mengucapkan tahniah kepada pelancaran Myvi.

Menerusi laman Facebook Proton Cars, ucapan tahniah atas kelahiran ‘adik baru’ diucapkan Proton dan pada waktu masa sama, menawarkan promosi Proton Iriz dengan tawaran hebat.

“Kami ingin raikan kelahiran adik baru dengan menawarkan tawaran yang hebat.Kunjungi pusat jualan Proton yang terdekat hari ini,” tulis Proton di pautan bergambar yang dimuat naik pada Khamis.
Memang agak mencuit hati sebenarnya ucapan ini. Malah, Proton dilihat menawarkan promosi ‘kaw-kaw punya’ dan yang untungnya sudah semestinya kepada pengguna sendiri.

Di ruangan komen, netizen turut memberikan komen positif dan mereka nampaknya menyatakan rasa kesetiaan kepada kereta nasional ini.

“Sudah semestinya Proton mempunyai handling yang lebih stabil berbanding Perodua,” Kata Azizi Azhari.

“Maaf cakap, kebanyakkan features yang ada pada Myvi sebenarnya dah ada pada Iriz tapi cara marketing Proton tak sampai pada masyarakat,” tulis Fe’daus Aizam.

“Ramai orang ambil kereta design cantik apa segala. Bagi saya, saya lebih suka kereta tahan lasak dan safety kuat seperti Iriz. Btw Proton more better then Perodua,” tulis Andy Alexandria.

Apa pendapat anda? Bagi kami kedua-dua pengeluar jenama tempatan ini mempunyai keunikan dan kelebihan masing-masing dan pada masa sama melahirkan persaingan secara sihat.



Sumber

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon