Thursday 30 November 2017

Setiausaha RCI Buat Laporan Polis Terhadap Bekas Perdana Menteri.

Tags




PUTRAJAYA: Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar tahun 1990-an, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya hari ini.

Laporan polis dibuat oleh Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Dr Yusof Ismail selaku Setiausaha suruhanjaya itu.

Yusof ketika ditemui selepas membuat laporan polis berkata suruhanjaya mencadangkan agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan rasmi ke atas kesalahan pecah amanah, jenayah atau penipuan serta lain-lain kesalahan yang mungkin telah dilakukan pegawai Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Pengarah BNM, Kementerian Kewangan, Jabatan Audit Negara, Menteri Kewangan dan Perdana Menteri dalam pelaksanaan aktiviti spekulatif pertukaran mata wang asing dan pelaporan kerugian yang dialami BNM sekitar tahun 1990-an.

Beliau turut menyerahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Bagi Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing BNM Sekitar 1990-an setebal lebih 400 muka surat yang dibentangkan di Parlimen, hari ini kepada polis.

Laporan berkenaan diagihkan kepada 222 Ahli Parlimen hari ini sebelum sidang Dewan Rakyat bermula Terdahulu, Yusof tiba di IPD Putrajaya kira-kira jam 4.10 petang dan keluar kira-kira jam 4.50 petang.

Menurut laporan itu, wujud asas untuk mengesyorkan PDRM melaksanakan siasatan rasmi kemungkinan berlaku kesalahan pecah amanah dan penipuan dilakukan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri ketika urus niaga mata wang asing (forex) sekitar tahun 1990-an.

Laporan Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar tahun 1990-an, Dr Mahathir adalah Perdana Menteri ketika itu dan tanggungjawab menguruskan negara adalah terletak pada barisan Kabinet pimpinannya. -BHarian

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon