Tuesday 7 November 2017

Usul Halang Tun Mahathir Guna Premis Kerajaan Negeri Ditolak.

Tags




SHAH ALAM: Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini menolak satu usul tergempar yang mendesak kerajaan negeri tidak membenarkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan mana-mana premis milik kerajaan negeri.

Speaker Dewan Negeri Selangor, Hannah Yeoh berkata, setelah meneliti usul tergempar berkepentingan awam itu, speaker menolak usul untuk dibahaskan menggunakan Peraturan 17 yang membenarkan usul ditolak dalam kamar, lapor Sinar Online.

“Saya menolak usul ini dalam kamar berdasarkan tiga justifikasi, pertama adalah titah Sultan Selangor dan pandangan Dewan Diraja Selangor dijunjung dan dihormati, justeru Dewan tidak akan campur tangan memandangkan siasatan polis masih berjalan.

“Kedua, sejak 2008, premis milik kerajaan negeri yang boleh disewa oleh orang awam dibuka untuk semua (tertakluk kepada syarat-syarat) tanpa mengira fahaman politik.

“Ketiga, adalah kerana saya melihat usul ini bukan usul yang perlu disegerakan kerana Dewan sedang bahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2018, usul ini akan mengganggu tempoh perjalanan Aturan Urusan Mesyuarat yang memerlukan ia diluluskan dalam tempoh masa ditetapkan mengikut Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor,” katanya.

Loading...

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon