Wednesday 8 November 2017

(Video) Betul-betul Lawak...Penjaga Gol 'Sepak Angin' Kerana Tak Sedar Bola Hilang.

Tags




Penjaga gol kelab liga Jerman, Mainz, Robin Zentner mempamerkan aksi paling lucu dalam sejarah perlawanan Bundesliga ketika menentang pasukan Borussia Monchengladbach pada Sabtu malam (4/11/2017).

Gelagat Robin Zentner yang tidak menyedari bola tiada di kakinya ketika cuba membuat tendangan menjadi bahan ketawa netizen.

Keadaan menjadi lebih lucu apabila kejadian itu berlaku, Robin Zentner dengan penuh yakin melakukan tendangan tetapi sebenarnya dia hanya melakukan 'sepakan angin'.

Kesilapan itu ditebus semula apabila Robin Zentner segera mengejar bola yang terlepas dari kakinya bagi menyelamatkan gawang.

Gelagat itu nampaknya telah membuat nama Robin Zentner viral di media sosial.

Perlawanan berakhir dengan keputusan seri, Monchengladbach 1 Mainz 1.


Sumber

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon