Thursday, 7 December 2017

Ambik Kau!!! Sultan Selangor Halau Zaid Balik Kelantan.

Tags




Kali ini Zaid Ibrahim menjadi sasaran Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menghalau bekas Menteri itu pulang ke Kelantan.

“Dia duduk di Selangor, baliklah Kelantan kalau tak setuju, buat rumah besar-besar dan tolong rakyat Kelantan. Jangan cari rezeki di Selangor,” kata Sultan Sharafuddin Idris Shah dipetik FMT melalui wawancara bersama Utusan Malaysia.

Menurutnya, Zaid sengaja memutar belit kenyataannya mengkritik Dr Mahathir.

“Saya minta Zaid Ibrahim baca dengan teliti ke­nyataan saya dan dapatkan fakta yang betul sebelum buka mulut,” tambahnya merujuk komen Zaid di Twitter.

Melalui kiriman Twitter tiga hari lalu, Zaid berkata Sultan Selangor, “seharusnya lebih berhati-hati dengan kata-katanya”.

“Tidak ada sesiapa yang kebal apabila negara terbakar,” kata Zaid.

Zaid merujuk kepada kecaman Sultan Selangor terhadap Dr Mahathir dengan menyifatkannya pemimpin dengan “sifat inferiority complex” serta “diselubungi perasaan kebencian”.

Loading...

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon