Thursday 14 December 2017

Borang Permohonan Daftar MyDeposit 2018, Skim Rumah Tanpa Deposit KPKT Online.




Seperti yang dibentangkan dalam bajet 2018, warga Malaysia yang masih belum memiliki rumah pertama, kerajaan akan bantu meringankan beban dengan menanggung deposit rumah sebanyak 10 peratus atau sehingga maksium RM30,000 khusus untuk pembeli rumah pertama sahaja dibawah kelolaan KPKT.

Ini bermakna, deposit rumah sebanyak 10 peratus akan ditanggung sepenuhnya oleh KPKT. Permohonan skim MyDeposit dijangka akan dibuka pada Januari 2018.

Borang Permohonan Daftar MyDeposit 2018 Skim Rumah Tanpa Deposit Online

Sila klik Daftar Online Skim Mydeposit 2018

Nota Penting: Permohonan MyDeposit 2018 akan dibuka pada awal Januari 2018.

Cara Daftar Borang Permohonan MyDeposit 2018 Rumah Pertama

1. Permohonan mestilah dibuat secara online menerusi http://kpkt.gov.my/

2. Pemohon wajib memuat naik (Upload) semua dokumen yang diperlukan seperti:
  • Kad Pengenalan Pemohon.
  • Kad Pengenalan Pasangan.
  • Salinan Kad Pengenalan Anak/ Tanggungan.
  • Salinan Surat Nikah.
  • Penyata Gaji terbaru individu.
  • Penyata Gaji terbaru pasangan.
  • Penyata KWSP atau cukai pendapatan individu.
  • Penyata KWSP atau cukai pendapatan pasangan.
  • Bagi bekerja sendiri, sila buat akuan bersumpah mengenai gaji bulanan individu atau pasangan bekerja sendiri.
  • Surat pengesahan majikan. Maklumat diperlukan adalah status perkahwinan, status pekerjaan dan tempoh perkhidmatan.
  • Surat pengesahan OKU.
  • Surat pengesahan daripada pemaju atau penjual.
  • Surat laporan CCRIS (boleh dapatkan di Bank Negara atau rujuk http://www.ctoscredit.com.my/
Nota: Kesemua dokuman diatas wajib di “Scan” menggunakan computer dan upload ke laman web KPT secara online.

Cara Daftar Skim MyDeposit Rumah Pertama

1. Sila daftar sebagai pengguna baru di http://sprn.kpkt.gov.my/register


2. Untuk pengesahan pendaftaran, sila buka emel. Satu emel akan dihantar untuk mengesahkan permohonan. Sila klik “Link” permohonan.


3. Sila kemukakan permohonan MyDeposit baru.


4. Lengkapkan butiran.


4. Upload semua dokumen yang diminta seperti tertera diatas.

5. Pengesahan dan hantar permohonan.


Syarat Kelayakan Skim MyDeposit 2018 Beli Rumah Pertama
  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun keatas dan tiada had maksima umur.
  • Tidak pernah memiliki atau membeli rumah.
  • Pendapatan kasar RM10,000 dan ke bawah sebulan. Pendapatan kasar bulanan termasuk semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan atau perniagaan (upah, gaji, komisyen, bonus, elaun dan lain-lain);
  • Pemohon mestilah mempunyai kelayakan untuk membuat pinjaman perumahan dengan mana-mana institusi pembiayaan.
  • Pemohon yang layak akan diberikan kelulusan bersyarat dengan tempoh 30 hari untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli rumah yang hendak dibeli.
Kriteria Pembelian Skim MyDeposit Rumah Pertama

Pembelian projek perumahan yang dibenarkan dibawah Skim MyDeposit ini adalah seperti berikut:
  • Projek perumahan baharu yang berlesen atau perumahan pasaran sekunder (subsale).
  • Harga pembelian adalah RM500,000 dan ke bawah; dan
  • Kelulusan pembelian bagi projek-projek perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi insentif dana Kerajaan.
Fakta Skim MyDeposit 2018 Rumah Pertama
  • Tidak perlu mengeluarkan deposit untuk beli rumah.
  • Membantu golongan berpendapatan sederhana (M40) yang mempunyai pendapatan isi rumah antara RM3,000 hingga RM10,000.
  • pemberian sumbangan 10 peratus daripada harga jualan atau maksimum RM30,000(mana lebih rendah) kepada pembeli rumah pertama adalah untuk membantu mereka membeli rumah berharga RM500,000 ke bawah.
Carta Aliran Permohonan Skim MyDeposit 2018




Tempoh Permohonan Skim MyDeposit 2018
  • 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2018
Sumber

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon