Thursday, 21 December 2017

Cara Memohon Dan Mengisi Borang Kebenaran Nikah 2018 Online.




Berikut adalah cara memohon dan mengisi borang kebenaran nikah online - Benar Nikah Online (BNO), melalui Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM), di bawah seliaan JAKIM.

Harus diingat terlebih dahulu, pastikan kita penuhi syarat-syaratnya:

1. Pemohon mesti membuat permohonan kebenaran berkahwin online jika:
  • Kedua-dua pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah dan Perak; atau,
  • Salah seorang pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM; atau,
  • Kedua-dua pemohon dari negeri yang tidak menggunakan SPPIM tetapi tempat majlis akad nikah adalah di negeri SPPIM.
2. Pemohonan BNO perlu diisi oleh salah seorang pasangan sama ada lelaki atau perempuan.

3. Pemohon perempuan boleh mendapatkan kebenaran berkahwin dari Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) selepas pemohon lelaki mendapat kebenaran berkahwin di mana status permohonan di dalam BNO adalah lulus.

4. Pastikan tarikh cadangan berkahwin tidak melebihi 90 hari dari tarikh permohonan.

5. Pemohon perlu hadir ke PAID dalam tempoh 14 hari selepas memohon online dan tidak melepasi tarikh cadangan berkahwin. Permohonan akan dihapuskan dari sistem jika pemohon gagal hadir ke PAID dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan online.

6. Pastikan pemohon menyimpan nombor rujukan BNO dan email selepas permohonan dibuat bagi tujuan semakan atau pengemaskini.

7. Pengemaskinian permohonan BNO hanya boleh dibuat selagi pemohonan tersebut belum diproses oleh PAID. Sebarang pembetulan maklumat bagi permohonan yang sedang diproses oleh PAID boleh dimaklumkan kepada pihak PAID.

8. Pastikan setiap pemohon iaitu lelaki dan perempuan membawa dokumen sokongan sebagaimana di dalam senarai semak BNO bersama dengan Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin yang telah dicetak dan ditandatangan oleh pemohon, wali (bagi pemohon perempuan) dan Penolong Pendaftar kariah/kawasan.

9. Pastikan pemohon mengetahui kariah tempat tinggal/bermastautin.

10. Pastikan Pemeriksaan Kesihatan (ujian HIV) telah dibuat dan keputusan Pemeriksaan Kesihatan telah diperolehi (biasanya dapat pada haritu juga), untuk kita memasukkan No. Siri Pemeriksaan Kesihatan tu nanti.

Website SPPIM


Sebelum kita nak mula isi ke Benaran Nikah Online, pastikan maklumat ni semua disediakan, jadi tak perlu kita sibuk nak call pasangan kita nanti tanya itu ini:
  1. Nama penuh Pemohon (lelaki)
  2. No. IC Pemohon
  3. Alamat (negeri / negara bermastautin) Pemohon
  4. Kariah - Masjid / Surau Pemohon
  5. Nama penuh Pasangan (perempuan)
  6. No. IC Pasangan
  7. Alamat (negeri / negara bermastautin) Pasangan
  8. Kariah - Masjid / Surau Pasangan
Dah sedia, sila ke website SPPIM untuk teruskan → www.sppim.gov.my

Ok untuk nak pastikan kita ikut prosidur isi Borang Nikah Online yang betul boleh rujuk Panduan Ringkas bagi permohonan baru Benar Nikah Online (BNO) di sini → Panduan Ringkas BNO (PDF) boleh download dan print sebagai rujukan.

*****

Setelah selesai semua bahagian, Maklumat Lelaki, Maklumat Perempuan, Wali, seterusnya yang terakhir klik butang Hantar, setelah berjaya dihantar anda akan melihat ringkasan maklumat anda seperti imej di bawah.


Dan jangan lupa periksa emel anda, LIHAT DALAM SPAM mesej, kemungkinan emel dari SPPIM masuk ke Spam folder, Select Dan klik Not Spam (sekiranya ia berada dalam Spam).

Selamat Berkahwin ;)

Sumber

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon