Sunday 3 December 2017

'Jangan Kacau Keluarga Aku Lagi' - Papagomo Akhirnya Lunas Saman Hampir RM1 Juta Kepada Anwar Ibrahim.

Tags




Setelah beberapa bulan mengumpul duit, akhirnya blogger UMNO kontroversi Papagomo berjaya membuat bayar wang saman kepada Anwar Ibrahim hari ini.

Papagomo seperti yang dilaporkan akan mendapat pengisyiharan muflis sebelum ini jika gagal menjelaskan tuntutan saman kepada Anwar Ibrahim sebanyak RM 951,260.30.

Papagomo berkata, beliau membayar wang saman itu mengikut pecahan:

i) Cek RM950,000
ii) Wang satu Ringgit bernilai RM1,260
iii) Wang syiling untuk baki



Beliau sebelum ini disaman oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menfitnahnya dalam satu artikel yang diterbitkan di blognya empat tahun lepas.

Papagomo yang kalah dalam saman sivil itu dikehendaki membayar satu juta ringgit kepada Anwar Ibrahim.


Namun begitu tinjauan yang dilakukan di media sosial, rata-rata pengkritik beranggapan Papagomo sememangnya telah memiliki wang untuk menjelaskan tuntutan saman tersebut.

Bagi pandangan kebanyakan netizens bila mengulas isu ini, penyebaran nombor akaun banknya di media sosial pula adalah sekadar bertujuan untuk mengaburi perkara sebenar saja.


Loading...

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon