Saturday 2 December 2017

Penuntut Universiti Terengganu Dipaksa Masuk Kristian Atau Berdepan Dengan Ancaman.

Tags




Satu laporan polis mengenai penyebaran ajaran sesat Kristian di sekitar Kuala Terengganu yang menyasarkan siswazah universiti telah dibuat pada 23 November 2017 yang lalu.

Menurut paderi yang membuat pengaduan, Chan Mung Koon, penyebar ajaran agama yang menggunakan nama ‘Mother of God’ itu didapati aktif di kawasan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada awal bulan November, tetapi ajaran mereka terpesong walaupun dari perspektif agama Kristian dan merosakkan akhlak pengikutnya.

“Sekumpulan pemuda berbangsa Cina yang berjumlah 7 orang lelaki dan perempuan telah menggunakan alasan menemuramah siswazah universiti untuk tujuan Projek Kajian Akhir Tahun mereka.

Semasa dalam perbualan dengan siswazah universiti tempatan, mereka ambil kesempatan untuk menyebar ajaran agama yang dibawa mereka.

Perkara ini berlaku di perkarangan universiti dan sekitar kawasan universiti yang mana jadi tumpuan siswazah.”


Kata Chan Mung Koon lagi, siswazah-siswazah yang berjaya dipujuk akan dibawa ke sebuah rumah sewa yang terletak di Kuala Nerus bagi menjalani upacara agama tersebut.

Manakala, bagi mereka yang ingkar pula, mereka akan diugut dengan ancaman malapetaka yang akan menimpa diri mereka dan keluarga mereka.

Sehubungan dengan itu, Chan Mung Koon menggesa pihak polis menjalankan siasatan secepat mungkin sebelum perkara ini bertambah buruk apatah lagi terdapat laporan yang mengatakan penyebaran ajaran agama sesat itu telah pun bergiat aktif di kawasan Giant Hypermarket, Kampung Cina dan Pasar Pagi Kampung Tiong.

“Saya minta polis menjalankan siasatan seberapa segera, supaya gejala ini dapat dihentikan sebelum ia menjadi satu masalah sosial yang mengancam keselamatan orang ramai. Saksi-saksi dari universiti bersedia untuk memberi maklumat dan kerjasama kepada pihak polis dalam menangani masalah ini,” tegasnya lagi.

LATAR BELAKANG UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Universiti Malaysia Terengganu (singkatan: UMT), dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) ditubuhkan pada 1 Februari 2007.Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) telah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera di samping menyediakan kemudahan penyelidikan untuk pensyarah.

Melalui Penstrukturan semula program akademik di UPM, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera telah dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama baru iaitu Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FSGT) mulai Jun 1996. Turut ditubuhkan ialah Fakulti Sains dan Sastera Ikhtisas (FSSI) dan Pusat Pengajian Matrikulasi (PPM).

Mulai Jun 1996, kampus ini telah diiktiraf (secara dalaman UPM) sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor (designate).

Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 5 Mei 1999 telah bersetuju meluluskan cadangan penubuhan Kolej Universiti Terengganu (KUT) berasaskan Pusat Perikanan dan Sains Samudera Universiti Putra Malaysia di Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.

Perintah Kolej Universiti Terengganu (Perbadanan) 1999 (PUA 292) telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 26 Julai 1999. KUT adalah Kampus Bersekutu UPM dan pelajar akan dikurniakan ijazah dari UPM. KUT telah diberi kuasa autonomi sebagai Kolej Universiti Terengganu pada 1 Mei 2001.

Pada 1 Julai 2001 KUT dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia dengan singkatan KUSTEM.

Pada 1 februari 2007, Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia(KUSTEM) telah dinaik tarafkan kepada universiti penuh bernama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengikut data hingga 2014 pelajar baru 2380 orang dan pelajar lama 6003 orang yang menuntut disini.

Sumber: menara.my/wikipedia

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon