Monday 8 January 2018

Aku Tak Suka Najib, Tapi Apa Ada Pada PAKATAN Untuk Aku Suka?




Aku tak suka Mahathir, tapi aku sokong tindakan Mahathir buat Putrajaya untuk kebaikan ekonomi malaysia waktu itu yang berdepan dengan krisis kewangan dan resesi ekonomi (tapi bab mengkayakan kroni, ini aku tak suka lah.

Cuma pertimbangan ekonomi membuat aku sedar lebih baik Putrajaya dibina dengan mengkayakan kroni dari haram tak dibina lansung dengan alasan kononnya nak berjimat dan takut negara bankrup kemudian ekonomi menjadi lebih teruk).

Aku tak suka Mahathir tapi aku sokong tindakan dia buat capital control dan menolak cadangan IMF untuk menaikan tingkat kadar bunga (inilah yang Anwar lakukan sebelum beliau dipecat, dengan mendengar nasihat IMF).

Paling aku tak sokong adalah tindakan Mahathir menyerahkan aset aset kerajaan kepada kroni-kroni beliau, tindakan penswastaan ini juga sangat disokong Anwar waktu itu kerana Anwar berideologi neo-liberal dan pro Washington Consensus.

Aku tak suka Najib, tapi aku sokong sepenuhnya kepimpinan Najib yang buat MRT fasa 1, 2 dan 3 dan juga mengintegrasikan pengangkutan awam di Malaysia.

Aku tak suka Najib tapi aku sokong sepenuhnya pelaburan syarikat kerajaan China dan projek pembangunan bersama Malaysia-China dalam membangunkan pelabuhan di Melaka dan ECRL. Dalam masa yang sama aku menolak projek spekulasi hartanah antara syarikat private China dengan kerajaan negeri, Forest City di Johor.

Aku juga tak suka Najib kerana 1MDB. Aku juga menentang GST!

Aku nak jugak suka Pakatan, tapi apakah idea dan polisi bernas dibawa PAKATAN? Idea bernas tak ada kerana itu PAKATAN angkat balik Mahathir. Dan habis semua dibangkang PAKATAN, sampaikan MRT pun dibangkang. PAKATAN memang hanya layak jadi pembangkang sahaja.

Oleh Anas Abd Jalil

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon