Friday 19 January 2018

AWAS...Jangan Jadi Mangsa. Maggi Tiruan Dari China Telah Masuk Ke Pasaran.

Tags




Pihak berkuasa Singapura menyatakan tiada produk makanan tiruan dari China diimport ke Singapura.

Ini menyusuli berita bahawa begitu banyak kilang di China didapati menghasilkan produk makanan tiruan.

“Sebagai sebahagian daripada program pemantauan keselamatan makanan Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA), produk-produk makanan yang diimport diperiksa secara kerap dan diuji sampelnya untuk memastikan ia mematuhi piawai dan syarat-syarat keselamatan makanan kami.

“Sejauh ini, kami tidak mengesan sebarang produk makanan tiruan yang diimport dari China,” menurut jurucakap AVA hari ini (17 Jan).

Jurucakap itu menambah produk-produk makanan yang tidak mematuhi syarat-syarat AVA tidak akan dibenarkan dijual. “Tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap sesiapa yang didapati bersalah melanggar peraturan kami,” menurut AVA.



Hampir 50 kilang di bandar Tianjin di China didapati menghasilkan produk-produk makanan tiruan dengan bahan-bahan termasuk “sisa makanan dan garam gred kilang” yang tidak sesuai untuk dimakan manusia, menurut laporan media China.

Produk-produk itu mempunyai label-label palsu jenama-jenama popular seperti Lee Kum Kee, Nestle dan Knorr, menurut laporan The Beijing News.


Nestle menyatakan ia sedang bekerja rapat dengan pihak berkuasa untuk membanteras produk tiruan “untuk melindungi para pelanggan kami, serta produk dan jenama-jenama kami.”


“Pakar-pakar kami sedang membantu pihak berkuasa membezakan produk-produk Nestle yang asli daripada produk tiruan,” menurut jurucakap syarikat yang turut memiliki Maggi itu.

Loading...

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon