Wednesday, 10 January 2018

Tips Mengatasi Sembelit Secara Semulajadi Ketika Hamil.




Wanita yang sedang hamil akan sering mengalami sembelit. Ini disebabkan perubahan hormon dan diet. Apabila para ibu mengalami sembelit, perut berasa tidak selesa. Mahu mengambil ubat tetapi bimbang akan menjejaskan kesihatan janin. Walau bagaimanapun, jika tidak diatasi boleh membuat rasa tidak selesa.

Ibu, jangan risau. Ada cara semulajadi yang boleh digunakan untuk mengatasi sembelit semasa kehamilan. Mari lihat dan cuba petua di bawah ni.

1. Makan tembikai

Tembikai atau semangka sangat baik untuk mengatasi dan mencegah sembelit. Ibu, boleh mengambilnya secara langsung atau jus. Shh, tetapi tidak terlalu banyak ya. Penggunaan tembikai yang berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah rendah.

2. Teh herba

Saat hamil, mengambil teh herba amat disyorkan, bukan sahaja membantu anda merasa lebih tenang, teh herba seperti chamomile dapat membantu menggalakkan pergerakan usus. Inilah yang dapat membantu anda mengatasi sembelit ketika hamil.

3. Madu

Madu dipercayai dapat membantu meningkatkan daya tahan. Di samping itu, madu juga boleh membantu mengekalkan kesihatan. Untuk mengatasi sembelit pada wanita hamil, anda dinasihatkan untuk mengambil 1 sudu madu setiap pagi. Ibu, boleh mencampurkannya dengan air suam atau pada teh herba.

4. Meningkatkan pengambilan serat

Pengambilan makanan serat sangat baik untuk pencernaan. Sayuran hijau, kacang sangat disyorkan. Makanan dengan serat yang tinggi dapat mengatasi sembelit yang menjengkelkan.

5. Buah naga

Buah yang mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi bukan sahaja lazat, tetapi juga mempunyai manfaat untuk mengatasi sembelit. Ibu, boleh membuat jus buah naga atau memakan secara terus. Untuk hasil terbaik, amalkan pengambilan buah naga pada waktu pagi.

Nah, ibu itulah 5 cara atau tips untuk mengatasi sembelit semasa hamil. Ada petua yang berbeza? Kongsi pengalaman ibu dalam komen ya. Mudah-mudahan berguna.

Sumber

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon