Monday 19 February 2018

Bahana Cuba Sogok Anggota Polis.

Tags



Suspek yang hadir di Mahkamah Majistret hari ini.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Seorang peniaga wanita ditahan reman empat hari bermula hari ini atas kesalahan cuba menyogok pihak polis selepas ditahan kerana memandu dalam pengaruh alkohol dalam operasi Ops Mabuk di Jalan Coastal kira-kira jam 4.00 pagi kelmarin.

Hakim Mahkamah Majistret Afiq Agoes membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan reman difailkan Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Faliq Basiruddin, hari ini.

Suspek warga tempatan berusia 27 tahun dan sudah berkahwin serta berasal dari Sarawak itu ditahan kira-kira jam 11.30 pagi di rumahnya di Bundusan, Penampang kelmarin selepas SPRM menerima laporan berhubung tindakan suspek yang cuba menyogok pihak polis dengan wang tunai berjumlah RM1200.00

Pihak SPRM akan mendapatkan maklumat daripada saksi-saksi polis dan saksi di tempat kejadian bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan selain turut akan mendapatkan maklumat laporan ujian pernafasan suspek.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

Sumber

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon