Wednesday 21 February 2018

Penerima BR1M Tidak Puas Hati Dibayar Melalui VOUCHER Walaupun No. Akaun Bank Telah Didaftarkan.

Tags




BR1M adalah merupakan sumbangan kerajaan kepada rakyat. BR1M merupakan program untuk membantu meringankan beban rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah atau yang kurang berkemampuan. Pelbagai kadar jumlah diberikan kepada rakyat Malaysiamengikut kemampuan masing-masing.

Tahun lalu, jumlah agihan BR1M kepada rakyat berpendapatan di bawah RM3,000 dan peserta e-kasih diagihkan kepada RM1,200; isi rumah berpendapatan RM3,001 hingga RM4,000 sebanyak RM900 dan individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000 menerima bantuan RM450.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata BR1M tahun ini telah memanfaatkan tujuh juta penerima dengan peruntukan RM6.8 bilion.

Bagi tahun 2018, sebanyak tujuh juta penerima itu akan terus menikmati pemberian BR1M, dengan kadar maksimum sehingga RM1,200.

Pemberian bagi isi rumah keluarga adalah berperingkat iaitu mengikut fasa pertama pada Februari, fasa kedua pada bulan Mei, dan fasa ketiga pada bulan Ogos.

Namun ianya mencetuskan pelbagai komen dari netizen apabila pada fasa pertama iaitu bulan Februari kerajaan telah mengumumkan bahawa pembayaran BR1M akan dibayar melalui voucher yang perlu ditunaikan di bank terdekat meskipun rakyat Malaysia yang layak telahpun mendaftarkan akaun bank mereka di laman sesawang kerajaan.



Sumber

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon