Wednesday 14 February 2018

Tolong Sebarkan: Bapa Mohon Wanita Langgar Lari Anaknya Tampil Mohon Maaf.

Tags




Kemalangan membabitkan Muhammad Razeen, 3, berlaku kira-kira jam 1.30 petang, Khamis lalu di Serdang Jaya. Anak bongsu daripada lima beradik itu cedera di bahagian muka dan kepala selepas dilanggar di depan rumah neneknya.

Mohd Rashidi berkata, anaknya kini masih menerima rawatan di Hospital Serdang dan berada dalam keadaan stabil. Namun begitu, beliau kesal kerana wanita yang melanggar anaknya itu masih belum munculkan diri.

“Wanita pandu kereta jenis Perodua Myvi yang langgar anak saya, sila tampil bersemuka minta maaf dengan keluarga kami,” luah Mohd Rashidi Osman, 37.

“Lepas langgar anak saya, dia tak jumpa langsung keluarga saya dan terus berlalu pergi selepas anak saya dibawa ke dalam rumah. Saya dah lapor polis tapi sampai sekarang wanita berusia 30-an yang memandu Myvi berwarna kelabu itu belum munculkan diri,” katanya.

Menceritakan kejadian, anaknya bersama ibu saudaranya keluar rumah menuju ke kereta kerana mahu bergerak pulang ke kampungnya di Nilai.

“Belum sempat apa-apa anak dah melintas dan dilanggar Myvi tersebut sebelum terpelanting beberapa meter dari lokasi. Kakak saya terus angkat anak masuk ke rumah, bila keluar, dia dapati pemandu Myvi tersebut telah menghilangkan diri,” katanya.

Semalam, tular di laman sosial perkongsian netizen mengenai kejadian menimpa Muhammad Razeen. Netizen mendesak pemandu kenderaan tersebut tampil selepas terlibat dengan kejadian langgar lari hingga mengakibatkan kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan pendarahan dalaman dan tempurung kepala retak.

Mohd Rashidi menjelaskan, keadaan anaknya itu tidak serius namun terdapat darah beku di kepala dan keretakan di bahagian kepala.

“Pembetulan juga kereta yang dinaiki wanita yang melanggar anak saya adalah jenis Myvi kelabu bukannya Honda BRV. Pelaku boleh menghubungi saya di talian 0123637035 untuk mengatur pertemuan menyelesaikan masalah ini,” katanya dipetik laporan Sinar Harian Online.

Loading...

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon