Tuesday 27 March 2018

Teringin Nak Tukar Kereta? Sabar Dan Tunggu Dulu - Pakar Ekonomi

Tags




Seorang pakar ekonomi memberi amaran kepada pengguna supaya lebih berhemat semasa berbelanja dan “tunggu dan lihat” dahulu sebelum membeli kereta baru tahun ini.

Prof Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak berkata ini kerana ada kemungkinan besar akan berlaku kemelesatan ekonomi tahun ini.

Amaran itu di sebalik kenyataan Persatuan Automotif Malaysia (MAA) yang meramalkan jualan kereta akan bertambah baik berbanding tahun lepas.

Malaysia adalah salah satu daripada 3 negara Asia Tenggara yang menyaksikan penurunan jualan Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) tahun lepas berbanding 2016. Dua negara lain adalah Brunei dan Vietnam.

Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad berkata persatuan itu berharap TIV akan pulih sedikit.

“Dengan pertumbuhan ekonomi yang baik dan model baru yang diperkenalkan, kami harap TIV akan pulih,” katanya.

Barjoyai, bagaimanapun, berkata, lebih baik untuk rakyat Malaysia mengamalkan pendekatan “tunggu dan lihat”.

“Ekonomi sekarang sangat tidak tentu,” katanya.

“Sesetengah pakar ekonomi percaya kita menuju ke arah kemelesetan ekonomi tetapi pakar ekonomi pasaran berpendapat ekonomi lebih baik pada 2018 kerana trend pasaran. Secara peribadi, saya tidak setuju dengan pakar ekonomi pasaran.”

Kitaran kemelesetan setiap 10 tahun

Beliau menasihati rakyat Malaysia untuk berhemat dalam perbelanjaan dan hanya meletakkan wang dalam pelaburan selamat seperti dana amanah.

“Simpan wang anda dengan selamat, apabila peluang baik datang, anda boleh melabur.

“Apabila ekonomi meleset, anda mungkin berpeluang membeli rumah pada harga lebih berpatutan. Ini sepatutnya menjadi proses fikiran.”

Barjoyai menambah, kemelesetan berlaku secara global lebih kurang setiap 10 tahun sejak 1780.

“Ia memang berlaku mengikut trend itu. Di Malaysia, jika kita lihat rekod walaupun sebelum kemerdekaan, kita akan lihat kemelesetan ekonomi berlaku setiap 10 tahun.

“Kemelesetan ekonomi yang terakhir adalah pada 2008. Tahun ini ulang tahun ke-10. Kita akan menghadapi kemelesetan lagi, tidak kira betapa kecilnya kemelesetan itu.”

Barjoyai berkata tempoh kemelesetan itu bergantung kepada banyak perkara, termasuk tuah.

“Jika kita bertuah, kemelesetan itu sangat singkat tetapi tempoh minimum bagi kemelesetan biasanya 6 bulan.”

Sumber

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon