Saturday 21 April 2018

Nak KBAT? Hah, Ambikkk Kau!

Tags




Oleh Mohd Fadli Salleh

Ini buku teks Bahasa Malaysia murid tahun 1 untuk kegunaan 2017. Aku ulang ya. Buku BM murid tahun 1. Yang umur 7 tahun tu. Sedutan muka surat 139.

Aku tengok, aku baca dan aku cuba faham. Dalam diam aku cuba nak jawab. Fuh, pening weh. Payah. Susah. Kau cuba baca dan jawab sendiri lah.

Nanti ada pula yang kata,

"Kau memang tak boleh nak jawab, sebab kau ni Cikgu Matematik. Bukan Cikgu BM."

Hmmm. Memang la aku cikgu Matematik, tapi dari UPSR sampai SPM, result BM aku A. SPM dapat A1 dengan lebih tepat. Bukan nak riak. Nak cakap je.

Aku tak tahu la kita sekarang nak melahirkan apa. Agak-agak lepas UPSR nanti dah terus boleh buat tesis. Cipta teknologi baru. Buat robot transfomers, reka roket ke matahari. Agaknya lah. Dah tara tu punya tinggi level KBAT tahun 1.

Entah-entah buku teks Matematik tahun 1 dah siap ada topik Calculus. Entah la, aku pun tak tengok lagi.

KSSR dimulakan 6 tahun dulu. Hasilnya UPSR tahun ini. 1.11% sahaja mendapat 6A di seluruh negara. Penurunan mendadak dan mengejutkan semua orang. Kecoh seketika Malaysia gara-gara UPSR tahun ini.

Kini silibus baru pula digubal. Entah bagaimana pula result UPSR 6 tahun lagi. Jangan turun sampai 0.11% dah la.

Budak diusia 7 tahun disuruh pandai sampai tahap ini? Disuruh faham, disuruh tulis, disuruh menaakul sampai tahap ini? Berapa ramai yang mampu agaknya ya. Alang kita yang tua pun terkial-kial nak faham dan jawab, ini budak-budak woi!

Ya, memang pasti ada yang mampu jawab. Tapi berapa peratus? 5%? 10%? 20%? Habis tu kenapa nak seksa mental 80% lagi murid tahun 1? Bukan setakat murid seksa mental dah ni, cikgu dan mak bapak pun turut seksa sama. Sungguh!

Dulu-dulu, hanya cikgu yang dibebani dengan tugasan pengkeranian, pelbagai fail dan segala jenis 'e'. Tapi kini murid pun terseksa sama. Diheret dan diseksa mental untuk memuaskan kehendak siapa sebenarnya?

Kita sering didedahkan tentang keseronokan suasana alam persekolahan di negara maju sana. Tambah-tambah sekolah rendah. Banyak main dari belajar. Sebab itu fitrah kanak-kanak.

Dan kita cuba untuk saingi mereka juga kononnya. Tapi kalau bagi soalan tahap universiti pada anak tahun satu macam ini, makin jahanam rasanya.

Benarlah, kita perlu perubahan demi perubahan mengikut masa dan zaman. Tapi berikanlah pendidikan yang seronok pada budak-budak. Bagi mereka belajar sesuai dengan umur dan kemampuan mereka.

Jangan sampai anak-anak takut nak ke sekolah. Jangan sampai anak-anak bersorak bila datang cuti. Cuba kita fikir cara yang buat anak-anak bersorak bila tahu esok sekolah. Biar mereka rasa bosan bila cuti lama-lama. Biar mereka rasa tak sabar nak belajar. Kalau kita ditahap itu, pada aku kita telah berjaya. Pada akulah.

Aku sayang budak-budak. Beri hak orang yang aku sayang boleh tak? Beri hak mereka menjalani kehidupan kanak-kanak sesuai dengan umur dan fitrah mereka. Boleh?

====================

* Dari tinta penulis buku Cikgu Kelas Sebelah.

#CikguKelasSebelah
#MFS

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon