Wednesday, 6 June 2018

Tarikh Dan Jadual Pembayaran Duit Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) 2018.




Kerajaan Baharu di bawah Pakatan Harapan (PH) akan meneruskan pemberian bantuan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sedia ada.

Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) akan menggantikan BR1M dengan jumlah bantuan yang sama dimana pembayaran Fasa 2 akan dibuat pada 6 Jun 2018 melibatkan hampir 4.1 juta penerima dengan anggaran peruntukan sebanyak RM1.6 bilion.

Pembayaran BSHR akan dikreditkan terus ke akaun penerima bantuan masing-masing. Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional yang berhampiran.

Berdasarkan kepada jadual pembayaran BR1M yang dikeluarkan oleh kerajaan terdahulu (Barisan Nasional), fasa kedua pembayaran dijadualkan pada 6 Jun 2018 membabitkan agihan berjumlah RM400 untuk kategori isi rumah dan senarai e-Kasih dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, termasuk warga emas. Kategori isi rumah dengan pendapatan bulanan RM3,001 hingga RM4,000 akan menerima bayaran sebanyak RM300.

Untuk makluman, Fasa ketiga pembayaran BSHR kepada kedua-dua kategori terbabit, yang membabitkan agihan kadar sama adalah pada Ogos ini.

Kategori Bujang dengan pendapatan RM2,00 ke bawah telah menerima pembayaran sekaligus sebanyak RM450 pada Fasa 1 Februari lalu.

TARIKH DAN JADUAL PEMBAYARAN BSHR 2018 BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT

Berikut adalah maklumat penting jadual tarikh pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat 2018 untuk semua kategori penerima bantuan.


Tarikh yang dinyatakan adalah RASMI seperti makluman Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

Penerima disarankan melayari Portal Rasmi Bantuan Sara Hidup Rakyat bagi mendapatkan sebarang maklumat lanjut.
PENGKREDITAN DUIT BSHR 2018 DAN INFO BERKAITAN

Duit BSHR 2018 Masuk Dalam Akaun Bank Penerima

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat-peringkat mulai tarikh yang dinyatakan menerusi akaun bank penerima berdasarkan maklumat nombor akaun simpanan diberikan oleh penerima semasa melengkapkan maklumat permohonan baru atau kemaskini.

Kecepatan pengkreditan duit BSHR ke dalam akaun simpanan turut bergantung kepada sistem bank penerima.

Duit BSHR 2018 Melalui Baucar

Sebahagian kecil penerima yang belum memiliki akaun bank atau tidak memberikan maklumat nombor akaun simpanan semasa membuat / mengemaskini permohonan akan menerima BSHR dalam bentuk baucar yang akan dipos terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Pembayaran BSH dalam bentuk baucar turut dibuat secara berperingkat-peringkat dan penerima baucar berkemungkinan akan lewat dapat berbanding penerima yang memilih pembayaran BSHR disalurkan melalui akaun simpanan bank penerima.

CARA BUAT SEMAKAN STATUS PERMOHONAN / KEMASKINI

Untuk mengetahui Permohonan atau Kemaskini diluluskan atau tidak, pemohon dan penerima boleh membuat semakan melalui kaedah berikut:
Hubungi Talian Bantuan

Menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565 / 4566 (Kementerian Kewangan) ataupun emel ke br1m@treasury.gov.my.

Keputusan permohonan pemohon juga akan dimaklumkan melalui surat jawapan yang akan dihantar ke alamat kediaman seperti terdapat dalam rekod.

Sumber

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon