Monday 18 June 2018

Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam Bulan Julai 2018 Diawalkan.




Sudah pasti ramai sekarang dalam keadaan ‘darurat’ terutamanya penjawat awam atau kakitangan kerajaan yang menunggu hari gaji yang dijangka masuk pada 18 Julai 2018 dari tarikh asal yang dikeluarkan sebelum ini.

Selepas menerima gaji awal pada bulan Jun 2018 iaitu pada 07 Jun 2018 sempena Hari Raya Aidilfitri yang telah disambut hujung bulan lepas, penjawat awam terpaksa menanti tempoh yang lama untuk gaji bulan Julai 2018 ini.

Namun, tarikh gaji penjawat awam untuk bulan Julai 2018 dikatakan akan diawalkan pada tarikh asal iaitu 25 Julai 2018 kepada 18 Julai 2018 pada hari Rabu.

Dokumen yang tersebar di laman sosial dan aplikasi Whatsapp mendedahkan nota pemberitahuan mengenai tarikh gaji bulan Julai 2018 diawalkan.



Adalah benar tarikh gaji kakitangan kerajaan bulan Julai 2018 ini diawalkan? Sama-sama kita nantikan dan semak akaun bank gaji anda bulan hadapan!

BACA INI JUGA:
Loading...

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon