Sunday 29 July 2018

Fazura ‘Sound’ Faezah Elai Kutuk Wakilnya ‘Body Shaming’ Di Anugerah Telenovela.

Tags




Walaupun menang besar pada malam Anugerah Telenovela 2018, pelakon jelita Nur Fazura bagaimanapun tidak dapat hadir ke anugerah tersebut kerana terikat dengan komitment lain. Oleh itu, Fazura telah menghantar seorang wakil untuk menerima trofi bagi pihaknya di atas pentas.

Namun, kecoh semalam apabila Fazura meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penyampai anugerah iaitu Faezah Elai yang menyindir ataupun memerli bentuk badan wanita yang mewakili beliau. Paling memalukan apabila satu dewan turut tertawa.


Wanita yang mewakili Fazura

Ayat Faezah yang berbunyi “Fazura lepas 5 orang anak” dianggap seakan ‘body shaming’. Malah rata-rata pengikut Instagram Fazura turut merasa marah dengan kata-kata Faezah itu yang mampu mendatangkan malu serta mengguris hati orang lain.








Mungkin juga Faezah ingin bergurau tetapi caranya itu tidak sesuai dan tidak kena pada tempatnya. Harapnya selepas ini beliau akan lebih berhati-hati ketika bercakap agar tidak menimbulkan salah faham.

Sumber

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon