Wednesday 18 July 2018

Kanak-kanak Meraung Disangka Kena Dera Buat Netizen Tergelak Besar.

Tags




SATU video yang memaparkan seorang seorang kanak-kanak lelaki menangis kuat menjadi viral di media sosial sehingga mengundang perhatian ramai netizen yang ingin mengetahui kisahnya.

Dalam video yang dikongsi penceramah bebas yang juga personaliti TV terkenal, Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek, kanak-kanak tidak berbaju itu merangkak sambil meraung sebelum aksinya itu dirakam.

Netizen beranggapan kanak-kanak itu menjadi mangsa dera atau takutkan sesuatu.

Bagaimanapun, di penghujung video tersebut membuatkan netizen ketawa apabila melihat kanak-kanak itu sebenarnya menangis kerana mahu makan durian.

Memang mengelikan hati sebaik melihat kanak-kanak itu terus senyap daripada menangis selepas mendapat durian yang diberikan dalam bekas.

Musim durian ketika ini rupanya bukan saja diminati ramai termasuk kanak-kanak sehingga ada yang meraung kerana mahukan Raja Buah itu.

Kredit

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon