Tuesday 17 July 2018

MB Terengganu Mengadu Isterinya Dilayan Kasar Semasa Urusan Pertukaran Sekolah Anak.

Tags




Sikap penjawat awam pejabat pendidikan Kuala Terengganu yang bercakap kasar dan sombong menimbulkan rasa kesal kepada Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Kejadian berlaku kepada isteri Menteri Besar sendiri apabila dilayan secara tidak profesional atas urusan pertukaran sekolah anak beliau.

Beliau meluahkan melalui posting Facebook 16 Julai lalu.

Terkilan Dengan Sikap Kurang Budi Bahasa

Pagi tadi kira kira jam 11.30 pagi, isteri saya ke Pejabat Pendidikan Kuala Terengganu di kawasan Wisma Persekutuan atas urusan pertukaran sekolah anakanda ke sebuah sekolah menengah di Kuala Terengganu.

Saya merasa sangat terkilan dengan sikap kurang budi bahasa dan profesionalisme seorang pegawai di kaunter untuk urusan sekolah menengah, bila bercakap kasar dan sombong.

Kalau beginilah sikap setengah pegawai berurusan dengan rakyat, tentulah ianya adalah sangat memalukan.

Sudah tentu saya akan memaklumkan pada Menteri Pendidikan bila bertemu nanti - iaitu sebahagian isu kerosakan profesionalisme.


Sumber

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon