Friday 3 August 2018

Bayaran RM2 Hingga RM4 Bakal Dikenakan Untuk Setiap Mesej Whatsapp.




Whatsapp mengesahkan bakal mengenakan bayaran antara AS$0.5 (RM2.04) hingga AS$0.90 (RM3.67) bagi setiap mesej yang dihantar sebagai pertukaran jaminan ia diterima.

Jangan risau, pengesahan bayaran itu bagaimanapun hanya melibatkan akaun perniagaan dan bukan untuk pengguna biasa.

Dalam satu laporan berita, Whatsapp mengeluarkan kenyataan demikian menyatakan pihaknya sudah memutuskan untuk mengecaj para pengguna perniagaan yang menggunakan aplikasi WhatsApp Business.

Selepas Whatsapp dimiliki Facebook ia dikatakan tidak banyak melakukan perubahan sehinggalah pada Januari 2018, di mana ia tampil dengan rancangan untuk mengkomersilkan perkhidmatan WhatsApp Business.

Whatsapp menjamin akan menawarkan sokongan masa nyata, tidak akan ‘mengganggu’ orang ramai dengan spam dan kesemua mesej kekal sulit dan kebebasan menyekat perniagaan dengan hanya satu butang.

Whatsapp Business mempunyai kira-kira 3 juta pengguna aktif dan penggunanya boleh memasukkan nombor telefon rumah, menetapkan waktu membalas pesanan, melihat statistik keluar-masuk pesanan, memilih jenis bisnes dan perbezaan logo.

Pengguna juga akan diberikan kawalan penuh terhadap mesej yang diterima, kata Whatsapp.

Dalam satu lagi laporan berbeza di Metro.uk, Whatsapp dikatakan terpaksa mengambil langkah tersebut selepas Mark Zuckerberg berdepan kejatuhan saham terbesar Facebook. - FMT

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon