Wednesday 5 September 2018

Gaji Minimum Sektor Swasta RM1,050 Berkuatkuasa 1 Januari 2019.




Kerajaan mengumumkan kadar gaji minimum seragam bagi seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak ditetapkan sebanyak RM1,050 sebulan atau RM5.05 sejam berkuat kuasa 1 Januari depan.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, sebelum ini, Perintah Gaji Minimum 2016 memperuntukkan kadar gaji minimum sebanyak RM1,000 sebulan bagi Semenanjung dan RM920 sebulan bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Menurutnya, seperti diperuntukkan Seksyen 25, Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta732), Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) selesai membuat kajian semula terhadap Perintah Gaji Minimum 2016 dan syor-syor MPGN juga sudah dibincangkan oleh Kabinet hari ini.

Katanya, selepas menimbang syor MPGN daripada pelbagai sudut, kerajaan buat pertama kali bersetuju untuk melaksanakan kadar gaji minimum yang seragam bagi seluruh negara.

Kerajaan juga memutuskan untuk tidak memberikan sebarang subsidi kepada majikan kerana kekangan kewangan semasa negara.

“Peningkatan gaji minimum ini adalah selaras dengan situasi ekonomi semasa negara. Kita harus waspada bahawa sebarang peningkatan gaji yang drastik bakal menimbulkan masalah lain kepada industri yang juga boleh menggugat daya saing negara.

“Adalah lebih wajar jika gaji minimum dinaikkan secara berkala dalam tahun-tahun akan datang supaya industri terutamanya majikan kecil, tidak menutup perniagaan mereka akibat kos operasi yang tinggi yang bakal menyebabkan pemberhentian pekerja.


“Majikan dan peniaga juga diseru supaya tidak menaikkan harga barangan dan perkhidmatan susulan kenaikan gaji minimum ini. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dimohon untuk memantau perkara ini,” katanya.

Sementara itu, Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran berkata, ia adalah satu berita gembira kepada rakyat Malaysia.

Loading...

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon