Tuesday 4 September 2018

Kronologi Kes Kematian CEO Cradle Fund - Isteri Ke-3, Bekas Suami Pertama Ditahan.

Tags




Kes kematian bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan, semakin mendapat perhatian.

Kini isteri ketiga Nazrin, Samirah Muzaffar dan bekas suami wanita itu ditahan reman selama 7 hari. Mereka yang kedua-duanya berusia 43 tahun ditahan bagi membantu siasatan terhadap kes pembunuhan Nazrin pada 14 Jun lalu.

Samirah yang juga Eksekutif Kanan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika disabit kesalahan.

Media melaporkan, sumber yang dekat dengan siasatan mendedahkan letupan telefon bimbit, yang pada mulanya didakwa sebagai punca kebakaran yang meragut nyawa Nazrin, tidak pernah berlaku.

Kecederaan di badan mangsa juga tidak menunjukkan ada serpihan daripada letupan, kata sumber itu.

"Ada kesan petrol di badannya…dan kecederaan di kepala."

Berikut merupakan kronologi kes kematian Allahyarham Nazrin Hassan:

Infografik Astro AWANI

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon