Friday 21 September 2018

Senarai Keputusan Pemenang Dan Juara Super Spontan Xtravaganza 2018.

Tags




Cabaran peserta dalam Super Spontan Xtravaganza 2018 kini sudah berada di penghujungnya dengan menyaksikan 6 peserta final Super Spontan Xtravaganza 2018 akan membuat perhitungan terakhir.

Finalis Super Spontan Xtravaganza 2018 iaitu Izzue Islam, Shahrol Shiro, Achey, Atu Zero, Fad Bocey dan Joey akan berentap secara individu untuk merebut gelaran juara yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 serta hadiah sampingan lain.

Final Super Spontan Xtravaganza yang berlangsung pada hari Jumaat, 21 September 2018 juga bersiaran secara langsung dari Dewan Percubaan UPM, Serdang bermula jam 10 malam dan ditayangkan serentak menerusi Astro Warna (saluran 132) dan Mustika HD (saluran 124).

Berikut ialah senarai RASMI kedudukan pemenang Super Spontan Xtravaganza 2018 Akhir:
  1. Juara: Fad Bocey (Wang Tunai RM100,000 + Trofi)
  2. Naib Juara: Izzue Islam (Wang Tunai RM50,000 + Trofi)
  3. Tempat Ketiga: Achey (Wang Tunai RM25,000 + Trofi)
  4. Tempat Keempat: Atu Zero (Wang tunai RM5,000)
  5. Tempat Kelima: Joey (Wang tunai RM5,000)
  6. Tempat Keenam: Shahrol Shiro (Wang tunai RM5,000) 
Tahniah diucapkan kepada pemenang dan juara Super Spontan Xtravaganza edisi 2018.

Loading...

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon