Wednesday 19 September 2018

Senarai Penuh Peserta Gegar Vaganza Musim Ke-5 (GV5) 2018.

Tags




Buat julung kalinya, rancangan popular Gegar Vaganza (GV) menampilkan kelainan dengan penyertaan tiga peserta berkumpulan antara 12 peserta yang bakal bersaing menerusi musim kelima ini.

Mereka ialah kumpulan Elite, Forteen dan pasangan duo Billy Zulkarnain yang akan memberi persaingan kepada peserta solo lain.

Berikut senarai penuh peserta GV5 2018:

1. Elite
2. Billy Zulkarnain (Duo)
3. Forteen
4. Zamani
5. Dia Fadila
6. Maya Matahari
7. Amelina
8 . Farahwahida
9. Shafie (Rio)
10. Hetty Sarlene
11. Noryn Aziz
12. Safura

GV5 akan bersiaran selama lapan minggu bermula 30 September ini secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), dekat sini.

Ia akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad, 9 malam.

GV5 masih mengekalkan Jihan Muse dan Nabil Ahamd sebagai hos manakala pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim akan duduk di kerusi juri tetap.

Juara Gegar Vaganza musim kelima bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.



Apa pun, sama-sama kita nantikan bagaimana kehebatan para peserta GV5 ni...

Loading...

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon