Sunday 7 October 2018

Siaran Langsung Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2018 Ke-31.

Tags




Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) yang telah memasuki edisi ke-31 menampilkan tema "Infiniti".

Pemilihan tema tersebut kerana ia menggambarkan kepada jumlah tidak terhingga atau tanpa had, diserapkan dalam semua medium terutama media sosial dan platform digital utama.

Penganjuran Anugerah Bintang Popular BH ke-31 (ABPBH 31) adalah untuk memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada penggiat seni merangkumi industri perfileman, muzik, drama TV dan penyiaran selain membuka peluang kepada peminat bagi menentukan pemenang pilihan mereka melalui undian yang dibuat.

Penaja utama ABPBH 31 adalah Alha Alfa, produk kosmetik tempatan keluaran Syarikat Alha Alfa Rich Legacy Sdn Bhd. Rakan Penaja adalah McCafe. Stesen radio rasmi adalah Kool FM dan Hot FM manakala Tonton (platform digital rasmi) serta Hijab & Heels (media digital rasmi).

Anugerah Bintang Popular BH ke-31 (ABPBH 31) akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada hari Ahad, 07 Oktober 2018 bermula jam 9.00 malam secara langsung di TV3.

Live streaming ABPBH 2018 Anugerah Bintang Popular BH 31:



TONTON INI JUGA:
Loading...

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon