Thursday 22 November 2018

Makanan Kaum Kadazan-Dusun Yang Perlu Anda Cuba Jika Datang Ke Sabah.

Tags




Makanan bagi sesuatu kaum merupakan identiti dan pengenalan bagi sesuatu kaum atau masyarakat. Terdapat banyak jenis makanan yang unik dan menarik dalam masyarakat suku kaum Kadazan-Dusun, antaranya ialah seperti berikut:

1. Pinaasakan


Pinaasakan merupakan sejenis makanan atau hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah. Sajian ini berasaskan ikan dan herba hutan dimana hidangan yang dihasilkan menggunakan isi ikan sama ada ikan air tawar atau pun ikan air masin.

Pinaasakan adalah antara makanan kegemaran masyarakat Kadazan-Dusun. Cara penyediaan pinaasakan adalah dengan membersihkan ikan dan kemudiannya mengambil isi ikan tersebut dan dicampurkan dengan sedikit kunyit, halia yang telah ditumbuk, asam jawa atau buah asam, garam, serbuk perasa dan sedikit air.

Kemudian ia akan dipanaskan sehingga mendidih dan air hampir kering. Hidangan pinaasakan merupakan hidangan yang tahan lama dan boleh di simpan sehingga beberapa hari. Makanan ini disediakan ketika pesta kaamatan yang disambut 30 dan 31 Mei setiap tahun.

2. Hinava


Hinava atau hinava Ginapan merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa dan merupakan makanan yang paling popular di kalangan kaum Kadazan-Dusun Sabah. Bahan yang diperlukan untuk penyediaan makanan ini ialah isi ikan, biasanya ikan yang digunakan ialah ikan tenggiri.

Isi ikan ini biasanya akan dihiris halus dan bahan-bahan lain yang diperlukan ialah biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah, limau nipis atau limau kapas dan sedikit garam mengikut rasa. Untuk menambahkan rasa yang lebih enak daun saderi turut digunakan.

Isi ikan tidak perlu dimasak, hanya perlu diperah dengan air limau kapas atau limau kasturi. Selain itu, isi sotong atau udang juga boleh digunakan dalam penyediaan hinava ini. Hinava biasanya menjadi makanan istimewa semasa Tadau Kaamatan.

Selain itu, ia juga menjadi hidangan istimewa dalam majlis penting, seperti majlis perkahwinan, pertunangan dan lain-lain. Untuk mendapatkan hinava tidaklah sukar kerana kini banyak tempat makan yang menyediakan hidangan ini dengan harga yang berpatutan.

Sumber

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon