Showing posts with label gosip. Show all posts
Showing posts with label gosip. Show all posts

Tuesday, 27 March 2018

Teringin Nak Tukar Kereta? Sabar Dan Tunggu Dulu - Pakar Ekonomi


Seorang pakar ekonomi memberi amaran kepada pengguna supaya lebih berhemat semasa berbelanja dan “tunggu dan lihat” dahulu sebelum membeli kereta baru tahun ini.

Prof Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak berkata ini kerana ada kemungkinan besar akan berlaku kemelesatan ekonomi tahun ini.

Amaran itu di sebalik kenyataan Persatuan Automotif Malaysia (MAA) yang meramalkan jualan kereta akan bertambah baik berbanding tahun lepas.

Malaysia adalah salah satu daripada 3 negara Asia Tenggara yang menyaksikan penurunan jualan Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) tahun lepas berbanding 2016. Dua negara lain adalah Brunei dan Vietnam.

Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad berkata persatuan itu berharap TIV akan pulih sedikit.

“Dengan pertumbuhan ekonomi yang baik dan model baru yang diperkenalkan, kami harap TIV akan pulih,” katanya.

Barjoyai, bagaimanapun, berkata, lebih baik untuk rakyat Malaysia mengamalkan pendekatan “tunggu dan lihat”.

“Ekonomi sekarang sangat tidak tentu,” katanya.

“Sesetengah pakar ekonomi percaya kita menuju ke arah kemelesetan ekonomi tetapi pakar ekonomi pasaran berpendapat ekonomi lebih baik pada 2018 kerana trend pasaran. Secara peribadi, saya tidak setuju dengan pakar ekonomi pasaran.”

Kitaran kemelesetan setiap 10 tahun

Beliau menasihati rakyat Malaysia untuk berhemat dalam perbelanjaan dan hanya meletakkan wang dalam pelaburan selamat seperti dana amanah.

“Simpan wang anda dengan selamat, apabila peluang baik datang, anda boleh melabur.

“Apabila ekonomi meleset, anda mungkin berpeluang membeli rumah pada harga lebih berpatutan. Ini sepatutnya menjadi proses fikiran.”

Barjoyai menambah, kemelesetan berlaku secara global lebih kurang setiap 10 tahun sejak 1780.

“Ia memang berlaku mengikut trend itu. Di Malaysia, jika kita lihat rekod walaupun sebelum kemerdekaan, kita akan lihat kemelesetan ekonomi berlaku setiap 10 tahun.

“Kemelesetan ekonomi yang terakhir adalah pada 2008. Tahun ini ulang tahun ke-10. Kita akan menghadapi kemelesetan lagi, tidak kira betapa kecilnya kemelesetan itu.”

Barjoyai berkata tempoh kemelesetan itu bergantung kepada banyak perkara, termasuk tuah.

“Jika kita bertuah, kemelesetan itu sangat singkat tetapi tempoh minimum bagi kemelesetan biasanya 6 bulan.”

Sumber

Sunday, 17 December 2017

Ustazah Mashitah Jawab Hukum Beliau Salam Cium Tangan Pak Lah?


Sebelum ini kecoh di internet dan facebook serta twitter tentang penyebaran gambar, Ustazah Umno, Dr Mashitah Ibrahim sedang bersalam dan mencium tangan Tun Abdullah Badawi bekas Perdana Menteri Malaysia sambil diperhatikan oleh Menteri Agama, Jamil Khir. Hari ini tersebar pula satu gambar yang dipetik dari salah sebuah artikel di Sinar Harian tentang soal jawab berhubung perkara itu yang ditulis oleh Dr Mashitah Ibrahim.

Dalam artikel di ruangan soal jawab “Anda musykil Dr Mashitah jawab” itu, beliau membincangkan tentang hukum bersalaman dan mencium tangan di antara lelaki dan wanita bukan mahram.

Antara isi penting yang dinyatakan ialah, Ulama berbeza pendapat tentang hal ini. Namun jika berjabat tangan disertai dengan perasaan ghairah dan boleh mendatangkan fitnah maka hukumnya adalah haram, tulis beliau.


Jadi apakah hukum beliau bersalam dan mencium tangan Pak Lah, lelaki yang bukan mahramnya? Adakah haram, harus, sunat, ataupun wajib?

ReJaM© “Lu fikirlah sendiri…. ”

Sumber

Wednesday, 13 December 2017

Berita Sedih! Penyanyi IKLIM Iaitu Saleem Sedang Sakit Teruk. Inilah Keadaan Terkini Beliau.


Amat mengejutkan kerana kita dikhabarkan dengan satu berita yang mengatakan Saleem dari kumpulan IKLIM itu kini kembali sakit dan masih dalam rawatan. Apa yang menyedihkan ialah kesihatan penyanyi itu semakin bertambah teruk.

Dan ramai juga sahabat handai yang datang melawat penyanyi ini untuk memberi semangat supaya beliau cepat sembuh dan boleh bernyanyi kembali seperti biasa. Dan ramai juga yang datang untuk memberikan sumbangan untuk meringankan beban beliau supaya dapat teruskan rawatan seterusnya.

Kos rawatan yang ditanggung beliau itu agak mahal dan tidak mampu untuk meneruskan rawatan itu tanpa bantuan rakan seperjuangannya yang datang untuk menghulurkan bantuan. Biar pun sumbangan itu tidak sebanyak mana tetapi beliau amat berterima kasih kepada semua rakan yang datang untuk memberikan sumbangan ikhlas itu.


Marilah kita bersama-sama mendoakan supaya beliau cepat sembuh dan aktif bernyanyi semula dengan segala urusan beliau dipermudahkan.

Kalau anda ingin mengetahui apa cerita seterusnya, tonton video ini sampai habis supaya anda semua dapat maklumat sebenar. Jom layan.


Loading...

Contoh Soalan Temuduga Tanah Felcra. Ada Kenal Orang Dalam Tak?


Dipanggil temuduga tanah Felcra? Nak tahu contoh soalan temuduga Tanah Felcra? Anda dikira sangat beruntung jika dapat panggilan temuduga sebab aku tak pernah dipanggil walaupun dah dua kali buat permohonan tanah Felcra, haram dapat panggilan temuduga!

Ok apa yang aku nak cerita di sini bukan sebab aku tak dapat temuduga tanah Felcra atau nak marah Felcra atau pejabat tanah tetapi aku nak kongsikan contoh soalan temuduga tanah Felcra. Mana tahu ianya bermanfaat untuk yang mendapat panggilan temuduga tu.

Aku tak pernah pergi temuduga tanah felcra macam mana tahu soalannya?

Memanglah aku tak pernah pergi tetapi aku dapat tahu soalan temuduga Felcra daripada orang yang pernah pergi temuduga seperti kawan-kawan dan adik ipar.

Contoh Soalan Temuduga Tanah Felcra

Hasil aku berborak dengan kawan dan adik ipar aku yang pernah pergi temuduga permohonan tanah Felcra, inilah yang aku dapat.

Tak susah mana pun soalan dia. Sekejap sangat temuduga! menunggu giliran bukan main lama tetapi bila sampai giliran temuduga tak sampai 10 minit! Ceh…..
  1. Siapa nama dan berasal dari mana? 
  2. Kerja di mana? 
  3. Dah kahwin ke? 
  4. Suami kerja mana? 
  5. Ada tanah sendiri tak? 
  6. Ada rumah tak? 
  7. Pernah buat permohonan tanah Felcra sebelum ini tak? 
Ok tamat sesi temuduga tanah Felcra…. itulah sahaja soalan temuduga tanah Felcra. Boleh balik dan tunggu jawapan LULUS ke tak permohonan tanah Felcra itu.

Mohon Tanah Felcra Kalau Tak Kenal Orang Dalam Atau Bukan Kroni Jangan Harap!

Ini biasa kita dengar! bukan temuduga tanah Felcra sahaja tetapi temuduga kerja kerajaan pun macam tu katanya.

Betul ke begitu?

Mungkin YA atau TIDAK atau ianya sekadar persepsi sahaja.

Daripada aku biasa dengar kalau tak kenal orang pejabat tanah, tak kenal penghulu atau tak kenal orang dalam Felcra jangan mimpi nak dapat tanah Felcra.

Itu tak mengapa lagi, ada yang kata daripada 100 kekosongan tanah Felcra separuh sahaja dah ada nama, kiranya baki itulah nak kena berebut dengan orang lain!

Jadi, fikirlah sendiri peluang nak lulus temuduga tanah Felcra tu bagaimana? Kalau jawab soalan temuduga tanah Felcra dengan yakin pun, belum tentu dapat betul tak?

Apa yang aku cakap ini bukan sebab aku marah tak dapat panggilan temuduga tanah Felcra tetapi aku berharap janganlah berlaku perkara-perkara seperti yang aku nyatakan di atas, bukan apa ianya seperti satu penganiayaan jika benar berlaku.
Ok sekali lagi tahniah kepada yang mendapat panggilan temuduga tanah Felcra tu. Itulah apa yang dapat aku kongsikan beberapa contoh soalan temuduga Tanah Felcra yang aku kutip melalui pengalaman orang lain.
Harap ianya bermanfaat ok.
Kredit

Sunday, 10 December 2017

Zoey Rahman Dan Siti Nordiana Bernikah Di Tanah Suci Mekah?


Sebelum ini penyanyi Siti Nordiana dan Zoey Rahman mengejutkan ramai terutamanya peminat mereka apabila telah memuat naik gambar mereka bersama dan turut menyatakan akan mengumumkan sesuatu.

Pengumuman bernikah?

Sebelum mengumumkannya, pelbagai spekulasi telah timbul termasuklah mengenai mereka bakal mengumumkan tarikh pernikahan mereka.

Akan tetapi, sangkaan para peminat meleset kerana pengumuman yang dibuat adalah mengenai pembukaan kedai jualan produk mereka atas talian dimana kedua-dua selebriti ini aktif berniaga produk mereka sendiri.


Siti Nordiana dan Zoey tunaikan Umrah bersama

Terbaru Siti Nordiana atau lebih mesra disapa sebagai Nana kini sedang berada di Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah. Bukan keseorangan, kerana selain keluarganya, Nana turut ditemani Zoey dan pihak pengurusannya.

Sebelum ini ramai pihak mendoakan agar hubungan pasangan ini berakhir di jinjang pelamin sehingga ada pihak yang mengatakan bahawa mereka ke sana untuk bernikah seperti yang turut heboh diperkatakan mengenai spekulasi hubungan Fattah Amin dan Fazura.




Kami cuba menghubungi pihak pengurusan Zoey, dan menurutnya benar mereka ke sana bersama Nana dan keluarga. Akan tetapi mereka ke sana bukanlah untuk bernikah sebaliknya hanya mengerjakan umrah.



Ketika ditanya apakah status hubungan mereka, Zoey dan Nana berkawan baik dan mengharapkan doa yang terbaik buat mereka. Jadi apa komen anda mengenai hubungan mereka? Kami melihat mereka sebagai pasangan yang cukup secocok!

Loading...

Thursday, 30 November 2017

Ibubapa Berjaya Halang Jamal Rasmi Program Khatan.


Jemputan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos untuk menghadiri Majlis Khatan Perdana di Sekolah Kebangsaan Pandan Indah, di sini tidak disenangi segelintir ibu bapa.

Wakil ibu bapa, Normala Ismail berkata, mereka membantah jemputan itu kerana Jamal dipercayai terlibat dengan pelbagai kontroversi dan tidak memberi contoh yang baik kepada pelajar.

“Kami bimbang budaya ganas yang dipamerkan Jamal Baju Merah akan menular ke dalam sekolah dengan jemputan tersebut.

“Ini bukan caranya untuk mendidik generasi muda yang merupakan harapan negara untuk masa akan datang,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sebelum ini, Adun Chempaka, Datuk Iskandar Abdul Samad turut mempersoalkan mengenai jemputan Jamal untuk merasmikan program itu.

Iskandar berkata, ibu bapa wajar menyuarakan bantahan kerana Jamal adalah individu kontroversi dan bukannya teladan yang baik untuk anak-anak mereka.

Normala juga mendakwa, pihaknya tidak dimaklumkan perkara itu dan mereka hanya mengetahuinya apabila wajah Jamal terpampang di kain rentang yang digantung di luar sekolah sehari sebelum majlis.

“Program Khatan Perdana 2017 anjuran Pemuda UMNO Bahagian Pandan ini tidak dimaklumkan kepada semua ibu bapa Sekolah Kebangsaan Pandan Indah.

“Bukan semua pelajar sekolah tersebut berpeluang untuk menyertai program tersebut,” dakwanya.

Katanya lagi, pihaknya menggesa pihak sekolah, Jabatan Pendidikan Selangor dan Kementerian Pendidikan memberi penjelasan berhubung insiden tersebut.

“Alhamdulillah di atas desakan penduduk, Jamal telah tidak hadir pada hari tersebut.

“Walau bagaimanapun kami menuntut perkara ini tidak berulang,” katanya.

Sementara itu, Jamal memaklumkan beliau tidak pernah datang ke program tersebut kerana pada tarikh majlis itu beliau berada di Program Jualan Ikan Murah di Taman Putra Perdana, Puchong.

“Saya pun tak pernah datang program (Majlis Khatan Perdana 2017) tersebut,” katanya melalui aplikasi Whasapp, hari ini. - MalaysiaGazette

Tuesday, 28 November 2017

GEMPAR! SPRM Gempur Selangor Besar-besaran Esok! Kita Tengok Siapa Yang Kena?


1. Esok SPRM akan menggempur Selangor sebuah negeri syurga kepada rasuah, jenayah dan salahgunakuasa. Begitu banyak laporan salahguna kuasa dan rasuah di negeri Selangor dari DEIG, skandal tanah lot 68504 Paya Indah Wetland, Splash, pegawai khas jutawan (geng kartel), Yawas, skandal Unisel, tanah Ijok Perdana dijual kepada Eco World, mahris, kilang haram, lombong pasir, Skandal tanah Sungai Yu dan bermacam-macam lagi.

2. Satu isu sudah dijerat iaitu rasuah, wang haram dan kemewahan Adam Rosly Ketua AMK Ampang. Lain-lain sedang menunggu.

3. Apakah gempur SPRM esok? Kita teka apa yang kena. Jika Unisel,baru-baru ini beberapa dokumen telah dirampas, kes tanah Ijok pula telah dilaporkan kepada SPRM dan mendapat reaksi dari pelbagai pihak. Bagaimana dengan Pegawai Khas Azmin Ali? Apakah mungkin juga kilang haram dan lombong pasir haram?

4. Mungkinkah lombong pasir haram? Jika pasir tentunya data menunjukkan urusan pasir ini menguntungkan. Azmin Ali pernah menyatakan hasil pasir setahun RM24 juta tahun 2015. Sejak 2008 hingga 2015, RM103.1 juta diraih Kerajaan Selangor.

5. Azmin pernah mengawal industri pasir melalui anak syarikat kerajaan Negeri Selangor Kumpulan Semesta Sdn Bhd. Begitu banyak ketirisan yang berlaku sehingga rasuah berleluasa. Malah Adam Rosly dikatakan kaya raya antara lain mendapat lesen lombong pasir yang diberikan Azmin. Bagaimanapun pada tahun 2016 Azmin membuka kepada lesen persendirian atas desakan taukeh-taukeh cina.

6. Sebagai contoh lombong di Mukim Tanjung Dua Belas, Kuala Langat yang dikatakan aktif sejak tahun lalu sejak beberapa tahun lalu. PBT hanya sikap ‘tutup mata’ di sebalik kerugian hasil pasir dianggarkan bernilai jutaan ringgit, mereka juga didakwa memberi keistimewaan kepada sebuah syarikat kontraktor perlombongan pasir milik persendirian menjalankan kegiatan haram di atas tanah milik kerajaan negeri.Inilah juga kerja Kumpulan Semesta Sdn Bhd yang menjadi orang tengah.


7. Di Selangor syarikat kontraktor melakukan lombong haram secara terang-terangan. Akta Kanun Tanah Negara 1965 melanggar Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Belum masuk melanggar peraturan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

8. Apapun Geng Kartel adalah penentu bagi lesen-lesen pasir di Selangor malah projek di Selangor. Pegawai-pegawai khas Azmin, Adam Rosly adalah antara mereka yang mendapat kawasan melombong pasir. Siapa pula keluarga Azmin Ali yang terlibat?

Apapun kita nantikan esok!

Captain M
28 November 2017

Pasaraya Giant Buat Hal Lagi, Kali Ini Berlaku Di Keningau Dan Lebih Melampau!!!


Sudah beberapa kali admin dihujani komplen daripada para pengguna, dan admin sendiri pun sudah terkena dengan masalah ini.

Masalah tagging harga; lain di tagging (promosi), lain bila bayar di kaunter (harga tinggi / harga asal)

Sepatutnya Giant sebagai sebuah pasaraya yang besar dan terkenal di Malaysia, mengambil berat pengurusan harga barang.

Pihak pengurusan Giant Keningau perlu menyelaraskan harga bermula dari tagging, promosi, hinggalah bila scan di kaunter. Bukan kelam kabut mengurus masalah di kaunter bila sudah kena komplen.

Admin sudah kena tadi buang masa hampir setengah jam di kaunter mempersoal berkenaan harga sahaja, cashier pun marung2 pula muka. Memanglah kamu tekanan, but customer always right!

Promosi kata RM20, bila scan RM25.. kalau banyak barang mana perasan ni, bayar sajalah!

Rasanya isu ini sudah viral, dan admin dapat tahu berlaku pergaduhan juga kelmarin di sana hanya kerana masalah harga tidak selaras ini.

Mohon pihak KPDNKK-Laman Rasmi Keningau mengambil berat isu ini sebelum ia jadi barah yang merebak, dengan pengguna yang rasa ditipu, dan sebelum Giant Keningau gulung tikar seperti giant-giant di daerah lain.



Sorry to say for every Giant Keningau’s staff, but this statement is not about you and not for you, this is for us ! Your CUSTOMERS!

Please fix this ugly issue!


Giant Hypermarket
Pejabat Daerah Keningau
Pejabat Majlis Daerah Keningau

Sunday, 26 November 2017

Proton Bakal Ditukar Nama Ke Bahasa Cina Sebagai 'Bao Teng'.


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baru Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton), Li Chunrung dilapor mencadangkan penukaran nama Proton dalam bahasa Cina kepada nama "Bao Teng".

Katanya ketika berucap dalam persidangan usahawan Malaysia-China ke 7 semalam, orang China sudah biasa menterjemah Proton menjadi "Bao Teng" tetapi rakyat Malaysia menggelarnya "Pu Teng".

Katanya, "Bao" bermaksud khazanah atau harta benda manakala "Pu" membawa maksud biasa.

Pada 24 Mei lalu, DRB-Hicom mengumumkan penjualan sebanyak 49.9 peratus sahamnya dalam Proton kepada Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely), sebuah syarikat gergasi automotif negara China yang sebelum ini telah mengambil alih Volvo dari Sweden.

Penjualan saham itu sekaligus membolehkan Geely menguasai kepentingan sebanyak 51 peratus saham pembuat kereta Britain, Lotus melalui Proton dalam urus niaga bernilai RM277.85 juta, manakala baki 49 peratus lagi menjadi milik Etika Automotive Sdn Bhd. - FMT

Saturday, 18 November 2017

Fattah - Fazura Sah Diijabkabulkan 14 November Lalu?


Pasangan pelakon Fattah Amin, 27, dan Nur Fazura Sharifuddin, 34, bukan berkahwin secara rahsia, sebalik­nya majlis tersebut diadakan secara tertutup bersama ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat sahaja demi memastikan privasi kedua-dua belah pihak.

Menurut sumber kepada Mingguan Malaysia, Fattah dan Fazura telah pun selamat diijabkabulkan sekitar pukul 12.30 tengah malam, 14 November lalu di banglo kediaman nenek pelakon wanita jelita itu di Petaling Jaya, Selangor.

TERKINI:
Dengan hanya sekali lafaz dan berwalikan salah seorang abang kandung Fazura sendiri, pernikahan bintang filem Qaisy dan Laila itu berjalan dengan penuh sederhana tetapi sempurna.

“Benar, mereka telah dinikahkan dalam suasana sederhana sekitar pukul 12.30 malam pada tarikh itu dengan abang sulung Fazura sendiri menjadi wali pernikahan adiknya itu.

“Mereka bukan berkahwin dalam keadaan tergesa-gesa sebagaimana yang dianggap setengah pihak, sebaliknya memi­lih untuk mempercepatkan majlis tersebut beberapa hari lebih awal,” beritahu sumber tersebut.

Menurut sumber yang sama, pada awalnya majlis pernikahan dirancang untuk diadakan di Tanah Suci Mekah tetapi pada saat-saat akhir keputusan diubah pada hari pertunangan mereka. Pasangan itu bertunang sehari sebelumnya, iaitu pada 13 November di lokasi yang sama.

“Perancangan untuk bernikah sudah dibuat sekitar tiga minggu lalu. Ikut perancangan mereka akan bernikah di Tanah Suci tetapi ia tidak boleh dijalankan di sana.

“Oleh itu, pada hari pertunang­an mereka pada 13 November lalu, keluarga telah membuat keputusan untuk pernikahan dipercepatkan beberapa hari sebelum Fattah dan Fazura bersama keluarga berlepas untuk mengerjakan umrah,” jelas sumber yang sama.

Bagaimanapun sehingga kini, baik Fattah mahupun Fazura belum membuat sebarang pengesahan atau pengumuman rasmi mengenai status terkini mereka. - Utusan Online

TONTON INI JUGA:
Loading...

Letak Jari Di bibir Tanda Kunci Mulut, Sidang Media Naelofar Hijab Dibatalkan Serta-merta Lepas Wartawan Aju Soalan 'Kaw-kaw'.

NEELOFA memilih untuk berdiam diri daripada memberi komen berhubung dakwaan pelakon Fattah Amin dan Fazura sudah bernikah.


Neelofa, 28, ketika ditemui pada sidang media selepas pelancaran cawangan terbaru ‘Naelofar Hijab’ di Putatan, Sabah, hari ini, hanya meletakkan jari di bibir sebagai tanda ‘mengunci mulut’ apabila ditanya mengenainya.

Selepas pertanyaan itu, sidang media berkenaan ditamatkan serta-merta.

Neelofa sebelum ini pernah dikaitkan dengan Fattah selepas kedua-duanya bergandingan dalam drama ‘Suri Hati Mr Pilot’.

Terdahulu, Neelofa yang kini popular menerusi drama Red Velvet yang dibintanginya bersama Alif Satar, berkata dia tidak menghiraukan kritikan netizens yang nempersoalkan lakonannya yang dilihat masih ‘kayu’ dalam drama berkenaan.

Katanya, dia juga tidak kisah jika penonton yang membandingkan lakonannya dengan Alif.

“Saya anggap kritikan itu sebagai sesuatu yang membina kerana sesiapa pun berhak menyatakan pendapat mereka.

“Namun, saya selesa bergandingan dengan Alif. Penggambaran darma Red Velvet sudah selesai minggu lalu,”
katanya. -HMetro

Tuesday, 14 November 2017

Eksklusif: Gaji Penjawat Awam Bakal Dibayar 2 Kali Sebulan?


Dalam kalangan pekerja swasta, amalan pembayaran gaji dua kali sebulan bukan perkara baharu malah ini menjadikan mereka lebih peka untuk mengurus kewangan dan berbelanja secara hemah.

Lazimnya gaji dibayar pada pertengahan dan penghujung bulan iaitu masing-masing pada tarikh 15 dan 30. Ini bermakna tiada isu pembayaran awal kerana mengelak daripada bertembung dengan musim perayaan tertentu.

Namun potongan rutin iaitu cukai pendapatan, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Tabung Haji (TH), zakat gaji dan sebagainya hanya dilakukan pada akhir bulan.

Kaedah ini amat popular diguna pakai kebanyakan majikan sektor swasta secara meluas dan ada mendakwa ia sesuai untuk mengelakkan trend petugas sengaja berhenti kerja secara tiba-tiba tanpa makluman notis sebulan.

Bagaimanapun difahamkan secara eksklusif bahawa petugas sektor awam di negara ini juga dijangka kemungkinan besar bakal mengamalkan langkah pembayaran gaji dua kali sebulan dalam masa terdekat.

Langkah tersebut dikatakan perlu diambil bagi membantu kakitangan awam untuk menguruskan perbelanjaan harian individu dan aliran tunai isi rumah ekoran kesan kenaikan harga bahan api yang semakin meningkat.

Untuk rekod, ia pernah dicadang perdana menteri sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sepatutnya dilaksanakan mulai Ogos 2008 setelah diputuskan mesyuarat pasca Kabinet dengan pegawai tinggi kerajaan.

Beliau berkata, usaha yang diambil itu adalah satu pendekatan positif demi membantu mengurangkan tekanan kewangan penjawat awam dan pada masa sama bagi memudahkan pengurusan aliran tunai dalam keluarga.

Malangnya, idea tersebut dibantah keras oleh Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) setelah mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan sendiri ketika itu.

Beberapa parti politik turut menentang syor itu bahkan anggap ia menyusahkan pula. Itu cerita hampir sedekad lalu dan kini cadangan tersebut kembali dibawa oleh pihak Kementerian Kewangan untuk dikaji semula kesesuaiannya.

Berdasarkan skrin yang tular, pembayaran gaji dua kali sebulan ini tidak melibatkan bekas kakitangan yang masih menerima duit persaraan mereka termasuk elaun pencen tua seperti biasa hujung bulan.

Setakat ini belum lagi dapat dipastikan secara muktamad sama ada kaedah pembayaran ini dapat dilaksanakan atau mungkin ditangguhkan sekali lagi setelah menerima maklum balas pelbagai pihak terlibat yang berkepentingan.

Barang kali cadangan ini ada pro dan kontra selain perlu dikaji secara mendalam oleh Perbendaharaan sebelum dilakukan. Pada pandangan penjawat awam, bagaimana pula komen anda sendiri?

Sunday, 29 October 2017

Musa Aman Tidak Kaya Semasa Masuk Umno - Shafie Apdal

Shafie Apdal hari ini menyindir seteru politiknya, Musa Aman dengan mendakwa beliau tahu asal usul Ketua Menteri Sabah itu yang “tidak kaya” sewaktu menyertai Umno.

Presiden Parti Warisan Sabah Shafie Apdal - Foto BorneoPost

Presiden Parti Warisan Sabah itu bagaimanapun tidak bercerita lebih sebaliknya mengatakan Musa, yang juga Pengerusi Umno Sabah, hanya tahu mengayakan dirinya sendiri tetapi membiarkan rakyat Sabah terus miskin.

“Masa kita ambil dulu (masuk) Umno, dia (Musa) mana ada jet, mana ada harta.

“Saya kenal Musa Aman. Tanya Tun Sakaran bin Dandai, saya tahu dia (Musa).

“Sekarang ini di Sabah, orang Semporna, orang Kudat, orang Libaran semua miskin. Yang kaya hanya Musa Aman,” kata Shafie, di hadapan lebih dua ribu penyokongnya yang berhimpun menyambut kepulangannya ke Kg Bubul, dekat Semporna hari ini.

Shafie pulang ke kampung halamannya sehari selepas dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Kota Kinabalu setelah lapan hari ditahan reman.

Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu ditahan reman sejak 20 Oktober lalu bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan dana kementerian itu antara 2009 hingga 2015.

Dana berjumlah RM1.5 bilion yang didakwa diseleweng itu sepatutnya digunakan bagi tujuan bekalan air dan elektrik serta membuat jalan raya di Sabah.

Selepas dibebaskan semalam, Shafie berkata beliau akan mendedahkan segala-galanya tentang Musa sekiranya diberi peluang bercakap di Parlimen minggu depan.

Persaingan antara Shafie dan Musa berlaku sejak bertahun lalu dan dilihat lebih kepada persaingan dua keluarga dari bahagian Timur Sabah yang telah memuncak sebelum ini untuk merebut jawatan Ketua Menteri Sabah pada 2008 dan jawatan naib presiden Umno pada 2013.

Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna sejak 1995 turut mendakwa salah satu projek KKLW di kawasannya dilakukan dengan terbuka sehingga memberi faedah kepada proksi Musa sendiri.

“Projek seperti loji air di Sungai Intan. Ia dinaik taraf supaya saluran bekalan air kepada Semporna makin baik. Kita buat tender terbuka. Bila buat tender terbuka yang dapat anak buah Musa Aman. Bukan anak buah saya.

“Apa kamu ingat saya minta duit dari dia? Saya tidak minta duit dari kontraktor dia (Musa),” kata beliau disambut jeritan sokongan daripada penyokong yang memenuhi dewan di kawasan rumahnya itu.

Loji bernilai lebih RM 40 juta tersebut turut dilaporkan sebagai salah satu projek yang disiasat oleh SPRM oleh beberapa media dan blogger dari Sabah dan juga sebagai alat untuk menyerang Shafie sendiri.

Sementara itu, Ketua Pemuda Warisan, Azis Jamman yang direman selama lima hari 10 Oktober lalu turut mencabar Umno Sabah bagi membuktikan projek KKLW ketika zaman Shafie adalah gagal.

“Ada kata Shafie memiliki 23 syarikat dan projek (bernilai) RM1.5 bilion. Saya mahu tanya orang- orang Umno. Mana projek KKLW yang terbengkalai? Mana yang tak siap. Yang lebih lucu ini projek tahun 2009, ada yang 2013 mengapa sekarang baru tangkap?” kata beliau dalam majlis yang sama.

Bagaimanapun Shafie dan Azis yang juga bekas ketua Pemuda Umno Semporna di bawah Shafie tenang dan menyatakan beliau berpuas hati dengan layanan pegawai SPRM sepanjang direman di ibu pejabat suruhanjaya itu di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri, Kota Kinabalu. 

Pemilik Pasaraya Giant Dedah Punca Penutupan 5 Cawangannya.

Tidak menyambung perjanjian pajakan premis yang telah tamat, menjadi punca 5 cawangan pasaraya Giant akan ditutup serentak pada 5 November ini.


Menurut satu kenyataan Pemilik Giant, GCH Retail Malaysia kepada The Malaysian Insight semalam berkata, pihaknya memutuskan untuk menamatkan operasi di Sri Manjung, Sungai Petani, Shah Alam City Centre Mall, Sibu dan Selayang Lama yang telah tamat tempoh perjanjian pajakan di premis itu.

Ditanya mengapa perjanjian pajakan berkenaan tidak disambung, jurucakap syarikat terbabit bagaimanapun enggan mengulas lanjut. Jurucakap terbabit juga enggan mengulas berhubung nasib pekerja di lima premis terbabit.

Penutupan itu berlaku kerana sektor runcit Malaysia menghadapi sedikit penangguhan jualan pada suku kedua tahun ini, berbanding dengan tiga bulan pertama tahun 2017.

Jualan runcit berkembang pada 4.9% dari April hingga Jun, membalikkan prestasi buruk dari Januari hingga Mac apabila jumlah jualan merosot 1.2% tahun ke tahun.

Bagaimanapun, pemain industri berkata peningkatan itu hanya sementara dan dijana oleh perbelanjaan untuk sambutan Hari Raya, dan menambah kelemahan dijangkan berterusan sepajang tahun ini kerana pengguna mula berjimat cermat dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Subsektor pasar raya dan hipermarket melaporkan penurunan yang lebih buruk daripada jangkaan dalam kadar pertumbuhan 4.8% pada suku pertama tahun 2017, yang paling teruk di kalangan subsektor runcit.

Persatuan Peruncit Malaysia berkata, pengendali pasaraya dan supermarket dijangka akan mengalami penurunan jualan 2.5% pada suku ketiga tahun ini.

Baru-baru ini Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mendedahkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenal 2015 menjejaskan peniaga-peniaga Melayu sehingga menyebabkan mereka menutup operasi.

Baca berita selanjutnya di The Malaysian Insight.

Saturday, 28 October 2017

Pasaraya Giant Gulung Tikar? 5 Cawangan Giant Akan Ditutup Secara Serentak Mulai 5 November 2017.


Sekiranya anda berpendapat pasaraya yang berjaya menjadi pilihan pengguna setempat sejak sekian lama kalis daripada sebarang masalah anda mungkin silap. Terbaru, sebanyak lima pasaraya Giant bakal ditutup secara serentak seawal minggu hadapan.

Antara cawangan pasaraya Giant yang didakwa akan ditutup ialah cawangan Giant Sri Manjung, Perak, Giant Sungai Petani, Kedah, Giant Shah Alam, Selangor, Giant Selayang Lama, Selangor, dan Giant Sibu, Sarawak.

Pelbagai barangan dijual dengan harga yang sangat-sangat murah. Difahamkan barang-barang untuk penghabisan stok dijual pada harga potongan sehingga 70 peratus berbanding harga asal.


Berdasarkan laporan, GCH Retail yang turut memegang hak perniagaan bagi Cold Storage, Mercato dan Jasons Food Hall mengatakan syarikat mereka bersedia untuk membuat perubahan bagi pelan modal bisnes mereka sesuai dengan kehendak pengguna.

Diharap keputusan yang dibuat ini bukanlah petanda ekonomi negara sedang tenat dan sekadar stategi bagi memantapkan bisnes syarikat yang berpengaruh dalam industri peruncitan ini.

BACA INI JUGA:
Loading...

Tuesday, 17 October 2017

Perniagaan Gulung Tikar, Rita Rudaini Nafi Rumah Kueh Tak Laku.


Sebelum ini, pelakon cantik, Rita Rudaini mula menceburi bidang perniagaan makanan dengan membuka restoran, Rumah Kueh yang menjual kuih tradisional yang sukar didapati di bandar Kuala Lumpur.

Malangnya, restoran itu terpaksa ditutup selepas setahun ia beroperasi ekoran jadualnya yang sibuk hingga sukar memberikan fokus untuk perniagaannya.

Menurut sebuah sumber, Rumah Kueh terpaksa menamatkan operasi pada bulan Ramadan lalu selepas setahun beroperasi kerana kesibukan pelakon itu sehingga jarang dapat meluangkan waktu menjenguk restoran sendiri.

Malah, disebabkan dia juga susah untuk mempercayai orang lain selain keluarga, Rita mengambil keputusan untuk menutup restoran tersebut.



Bagaimanapun, ibu kepada dua orang anak itu berkata restoran itu ditutup bukan disebabkan tidak laku tetapi ada masalah-masalah yang tertentu.

Menurut Rita, dia mengakui terkilan dengan apa yang diusahakannya terpaksa ditutup. Namun, katanya setiap bisnes akan merasai pahit manisnya.

Rita juga mengambil pengalaman ini sebagai ilmu dan pengalaman yang berguna untuk masa hadapan kelak.

Ini juga tidak melemahkan semangat Rita untuk terus mengembangkan perniagaannya selepas ini.

Selain itu, Rita juga mempunyai bisnes lain iaitu kosmetik yang diusahakan bersama keluarganya, jadi tidaklah merasa ralat dengan penutupan Rumah Kueh itu.

Pelakon drama Misi Laksa dan Laksam ini juga berkata merencana untuk membuka kembali Rumah Kueh di lokasi yang lain tetapi bukanlah dalam masa yang terdekat.

Friday, 13 October 2017

Nota Hati Seorang Anak Yang Telah Kehilangan Kasih Ibu...

Ibunya telah dijemput kembali ke Rahmatullah akibat kanser paru-paru lebih setahun yg lalu...


Arwah ibunya ketika hayat...pernah dibantu oleh kita di sini. Dan setelah ibunya pergi...kita di sini terus membantu membelikan baju raya dan baju sekolahnya...

Anak lelaki yg baru berusia 12 tahun ini zahirnya periang...namun nota hati yg ditemui oleh ibu saudaranya yg kini mengambil alih tugas menjaga dia di dalam beg sekolahnya...menjawab segalanya.

Sebaknya membaca nota hati ini...terbayang-bayang wajah arwah ibunya....seakan terasa eratnya genggaman tangan arwah...sewaktu menunaikan permintaan terakhirnya utk bertemu Kak Pah sebelum dia pergi utk selamanya hanya beberapa hari sesudah itu...

Ternyata...anak ini memendam kesedihan dan kerinduannya yg amat sgt terhadap ibu yg telah pergi...

Oleh Natipah Abu

Wednesday, 11 October 2017

(VIDEO) 'Saya Taja Berjuta, Sebutir Habuk Pun Tak Sebut Nama Saya.' Datuk Vida Tidak Puas Hati Dengan ASTRO.

Jutawan kosmetik terkenal, Dato' Seri Vida telah memuat naik beberapa rakaman video di laman Instagramnya di mana beliau melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan Astro kerana tidak memberinya peluang bercakap atau menyebutnya namanya sebagai penaja utama dalam sidang media program realiti Gegar Vaganza musim ke-4 semalam.


Dato' Seri Vida atau nama sebenarnya Dato' Seri Hasmiza Othman dalam kepsyennya menyatakan dia kecewa bukan kerana ketagih hendak bercakap, tetapi sebagai penaja utama yang mengeluarkan jutaan ringgit dia perlu mengetengahkan jenama produk yang didagangkannya.

"Tak panggil saya cakap sepatah pun. Saya tak puas hati, pengajur lain yang saya taja pun bagi bercakap mengenai produk sendiri, takut saya sebut pamoga," katanya.

Malah, usahawan kosmetik ini turut menunjukkan dia seolah mahu menangis kerana tidak berpeluang untuk mempromosikan produknya meskipun telah bersudah payah melaram untuk menghadiri sidang media tersebut.

"Satu nama pun tak sebut. Saya taulah sidang media. Ini bukan publisiti murahan tetapi betul.

"Saya dah tunggu, belum apa-apa dah buat hal. Takut saya naik buang masa peserta ke?" katanya.

Selepas sidang media itu, Datuk Vida telah meninggalkan majlis, tidak menyertai jamuan makan yang di sediakan.

"Pujuk diri sendiri, mana Pamoga, mana saya punya maruah..penaja..tak ada..diberi peluang cakap..inilah nasib jika menaja," tulisnya dalam video itu.



Video keempat menunjukkan beliau sudah agak 'sejuk' dan ada peminat berikan beliau air percuma selepas melihat dia mengamuk.

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Thursday, 5 October 2017

RM180 Juta Dibeku, Peter Anthony Orang Kanan Shafie Apdal Ditahan Reman SRPM! SIAPA SETERUSNYA?


Oleh Captain M

1. Setahun yang lalu Captain M sudah melaporkan rasuah Shafie Apdal dan kroninya termasuk Peter Anthony. Search google atau arkib blog anda akan menemuinya. Tahniah dan terima kasih SPRM.

2. Namun beberapa hari ini dari laporan media kecurian dana kementerian lebih RM150 juta akhirnya kepada pembekuan RM 151 juta 3 syarikat di Sabah melibatkan 9 akaun milik taikun nama "Mr Joseph" dan "Mr A" tambahan lagi RM 29 juta telah membawa kepada penangkapan Datuk Peter Anthony Naib Presiden Warisan. Esok Peter Anthony akan direman dan berpakaian "Lokap SPRM".

3. Rupanya gurauan pada 19 Ogos 2017 ketika Shafie Apdal berada di Sipitang dengan paradog berpakaian 'Lokap SPRM' adalah isyarat awal kepada penangkapan Peter Anthony dan boleh jadi tidak lama lagi Shafie Apdal. Warisan mengerah semua bahagian melaporkan kepada polis blog itu dan juga individu yang berkongsi berita itu. Sekarang apa sudah jadi? malu sendiri. Esok kamu bersolidaritilah untuk Peter Anthony di mahkamah. 

Antara berita yang pernah disiarkan oleh media massa

4. Jika syarikat dua taikun Sabah "Mr Joseph" dan "Mr A" boleh dibekukan wang mereka sehingga beratus juta pastinya syarikat Peter Anthony, Asli Jati Engineering Sdn. Bhd yang banyak mendapat projek KKLW bakal dibeku juga.

Mungkinkah peguam Peter Anthony ini juga bakal dipanggil? 

5. Siapa seterusnya esok dan akan datang? taukeh dan kontraktor sudah pasti ramai akan dipanggil menjadi saksi. Mungkinkah bekas pegawai KKLW, Norhartaty Rahmat bekas Timbalan Setiausaha Bahagian Infrastruktur KKLW dan bekas SUB Teknikal KKLW bakal ditahan juga?


6. Atau mungkinkah juga Mohd Ramzan Abdul Wahab bekas Ketua Angkatan Muda PKR Semporna sepupu Dato' Seri Shafie Apdal Presiden Parti Warisan bakal ditangkap juga? Mungkinkah adik-adik Shafie Apdal seperti Hj Hamid Apdal (projek paip) atau Yusof Apdal (Projek elektrik dan Solar). Atau mungkin Dato' Mohd Aziz Jamman anak saudara Shafie Apdal yang kini Ketua Wira Warisan pernah diberi hadiah kenderaan mewah 'hummer' dari kontraktor yang rapat Shafie Apdal.


7. Atas faktor kerahsiaan siasatan SPRM, Captain M simpan dulu nama 3 syarikat taikun yang dibeku SPRM RM 151 juta itu termasuk RM 29 juta yang terbaru. Biar SPRM tangkap dan tiada yang dapat lari. Peter Anthony sudah masuk ke kandang. Hanya menunggu Shafie Apdal saja lagi. 

8. Kepada Pengarah Komunikasi Shafie Apdal bekas kakitangan DBP yang jual buku pun tak laku kamu baca link kuasa menteri, pekeliling kerajaan di sini saja. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri punya kuasa masing-masing dalam meluluskan kewangan. Yang kita bicarakan ialah peruntukan persekutuan dari Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang dicuri Shafie Apdal ketika menjadi Menteri dan bukannya peruntukan kerajaan negeri. 

6 Oktober 2017

Thursday, 28 September 2017

Wartawan Sinar Harian Kantoi Menipu, Nak 'Kipas' BN Tu Kena Agak² La...!!!

Hari ini facebook Malaysia di viralkan dengan isu wartawan Sinar Harian mempergunakan warga emas untuk menipu. Perkara ini telah dibongkar sendiri oleh cucu mangsa.


Ni gambar nenek saya masuk Sinar Harian harini.

She said she didn’t even say a word.

A reporter just came to her and wanted to take her photo and said “nanti masuk surat kabar”. That’s all.

Punya la nak kipas BN tapi menipu. 

Halal ke duit dapat buat berita mcm ni? So desperado and stupid.and btw, her name is hamsah.


Susulan perkongsian dari pemilik akaun tersebut, ia mendapat lebih dari 1000 perkongsian dari netizen yang mengecam tindakan wartawan itu.

Mereka juga menuntut agar waris ini saman wartawan berkenaan.



Netizen juga mengesa agar Sinar Harian memberi respon balas tentang penipuan ini. Dibawah adalah antara printscreen komen dari netizen yang tidak berpuashati tentang penipuan ini.


Loading...