Showing posts with label informasi. Show all posts
Showing posts with label informasi. Show all posts

Tuesday, 2 October 2018

Nak Cepat Terpilih Pergi Naik Haji? Ini Caranya...


Seorang pengguna FB telah menulis dalam akaun FBnya tips bagaimana dapat pergi haji lebih awal daripada tahun giliran yang sebenarnya.

TIPS PERGI HAJI DI USIA MUDA.

Tahukah anda? Kalau anda baru mendaftar haji dalam masa terdekat ini, giliran anda menunaikan Haji adalah pada tahun 2100 ke atas? (Diberitahu dalam kursus Haji Perdana baru-baru ini.) Sanggup anda menunggu sepanjang tempoh itu?

Jangan risau. Itu cuma anggaran tahun. Tak mustahil boleh dipercepatkan lagi dengan izin Allah. Di sini saya nak kongsikan beberapa langkah yang boleh kita usaha demi mendapatkan giliran haji ketika usia muda atau sekurang-kurangnya untuk "lajukan" giliran kita. Cara-cara ni semuanya inshaAllah boleh dilakukan oleh anda semua.

Saya tulis ringkas dalam bentuk point sahaja ya, supaya lebih jelas dan mudah difahamkan. Ada 4 langkah semuanya;

1) Buka akaun Tabung Haji.

2) Daftar Haji.

Untuk mendaftar, anda perlu ada sekurang-kurangnya RM1300 di dalam akaun Tabung Haji. Kemudian anda akan diberi jangkaan tahun berapa anda bakal menunaikan haji. Lokasi untuk mendaftar: Di mana-mana cawangan TH, laman web TH, Cawangan Uniteller Bank Islam dan Bank Rakyat, ATM / CDM Maybank, atau ATM BIMB

3) Kumpulkan duit sekurang-kurangnya RM10k.

Mungkin part ni kita akan rasa susah sedikit. Tapi kalau kita memang betul-betul bersungguh nak capai RM10k tu, inshaAllah tempoh menunggu tu tidak lama jika kita konsisten menabung. (Contoh cara menabung akan diberitahu di akhir artikel).

4) Buat surat rayuan. (Contoh surat rayuan sila rujuk di akhir artikel ini)

a) Bila duit dalam akaun anda dah cukup RM10k, anda dah boleh mula buat rayuan. Kalau tak cukup RM10k pun sebenarnya boleh merayu, tapi kebiasaannya pihak Tabung Haji akan melihat adakah wang kita sudah mencukupi untuk membayar pembiayaan haji. Dikhuatiri jika rayuan diluluskan, tiba-tiba duit belum cukup, jadi tawaran perlu ditolak dan perlu diganti dengan orang baru. Jadi sebaiknya anda cukupkan dahulu RM10k tersebut di dalam akaun anda.

b) Setiap tahun, Tabung Haji akan membuka kaunter rayuan Haji. Anda perlu alert bilakah tarikh kaunter ini dibuka. Ia tidak dibuka sepanjang tahun. Ketika inilah ramai orang akan mula menulis surat rayuan dan menyatakan sebab-sebab kukuh mengapa pihak Tabung Haji perlu meluluskan rayuan mereka. (untuk surat rayuan ini, cubalah beri alasan dan sebab yang kuat mengapa pihak Tabung Haji perlu meluluskan rayuan anda).

c) Kalau anda nak tahu, untuk Haji tahun ini tahun 2016, ada sekitar 2500 orang sekitar Lembah Klang yang dijadualkan akan menunaikan haji, namun selepas ujian pemeriksaan kesihatan, 60% tidak lulus (atas faktor kesihatan) dan tidak dapat meneruskan proses seterusnya untuk menunaikan haji. Bermakna, ada banyak kuota baru yang kini kosong! Itu baru cerita di Lembah Klang, pastinya setiap negeri setiap daerah akan ada kuota kosong yang perlu diganti dengan orang lain. Mungkinkah anda orangnya? Tak mustahil.

d) Ada lagi kuota kosong pada setiap tahun akibat kematian. Iaitu apabila calon haji itu meninggal sebelum sempat menunaikan haji pada tahun tersebut. Jika yang meninggal itu lelaki, dan dia pada asalnya mahu menunaikan haji dengan isterinya, bermakna kuota isterinya juga perlu diganti dengan orang lain. Kerana wanita yang kematian suami, di dalam tempoh iddah, tidak boleh menunaikan ibadah haji.

e) Nak lagi kuota kosong? Yang ini mungkin tidak terlalu banyak, tetapi biasanya tetap ada, iaitu wanita yang hamil sebelum berangkat menunaikan haji. Jika dia sepatutnya menunaikan haji pada tahun sekian-sekian, tetapi ditakdirkan dia hamil sebelum berangkat, maka pihak Tabung Haji tidak akan membenarkannya menunaikan haji. Jadi akan ada lagi kuota kosong untuk anda.

Jadi jelaslah di sini bahawa sebenarnya ada sangat banyak peluang untuk anda mendapatkan kuota haji dan tidak perlu menunggu giliran tahun yang asalnya ditetapkan oleh pihak Tabung Haji untuk anda. Boleh jadi giliran anda pada asalnya ialah tahun 2048, tapi pada tahun 2019 anda sudah berjaya mendapatkan giliran setelah membuat rayuan. Tidak mustahil, dengan izin Allah.

Tentang bilakah tahun yang anda akan dapat tu, ia bergantung kepada Allah, Allah melihat usaha kita, dan percayalah, Allah tidak akan mensia-siakan setiap usaha hambaNya. Namun jika giliran itu tetap juga tidak datang seawal yang anda harapkan, usahlah kecewa, teruskan berusaha, teruskan membuat rayuan SETIAP TAHUN dan yang pasti, berdoalah di sepertiga malam tentang hasrat anda untuk mengunjungi rumahnya, buktikan anda betul-betul mahu ke sana.

Ibadah haji bukan milik orang kaya. Ia milik semua. Ada orang kaya yang tidak dapat pergi kerana masalah kesihatan, ada orang yang kurang kaya tapi dapat juga akhirnya menunaikan haji kerana gigih menabung serta tidak henti berdoa. Allah yang berhak pilih siapakah tetamunya, maka buktikanlah kepada Dia bahawa anda sungguh-sungguh mahu ke sana dengan segera, ketika umur masih muda dan jasad masih kuat.

Nota cara menabung secara ringkas:

1) Untuk menabung dalam tempoh 8 tahun: RM25 seminggu atau sehari RM3.60 sahaja. (Setahun ada lebih kurang 52 minggu. Setahun= RM25 x 52 minggu = RM1300. RM1300 x 8 tahun = RM10400). Atau, nak lagi cepat?

2) Untuk menabung dalam tempoh 4 tahun: RM50 seminggu atau sehari RM7.14 sahaja. (Setahun ada lebih kurang 52 minggu. Setahun= RM50 x 52 minggu = RM2600. RM2600 x 4 tahun = RM10400).

Kesimpulannya kalau sekarang umur anda masih di awal 20-an, tak mustahil sebelum umur 30 anda sudah boleh menunaikan haji, atau selewat-lewatnya sebelum anda mencecah 40 tahun, inshaAllah fizikal masih sihat ketika itu.

P/S: Atau nak cara lebih cepat untuk dapat kuota haji, kahwinlah dengan orang yang giliran hajinya tidak lama lagi. Jika suami sahaja yang mendapat tawaran, isteri boleh buat rayuan dan kebiasaannya pihak Tabung Haji akan luluskan permohonan tersebut tapi pastikan RM10k tersedia di dalam akaun Tabung Haji. Dan untuk kes isteri (yang berumur 44 tahun ke bawah) yang mendapat tawaran haji, suami tak perlu risau kerana secara automatik suami akan dapat pergi bersama isteri kerana si isteri wajib ada mahram.

[Edited: Tambahan tips dari saudara Syafiq Kamil. - Saya berminat untuk tambah info sikit. Bagi yang nak daftar haji, tapi belum cukup wang permulaan sebanyak RM1300, anda hanya perlu print penyata KWSP anda yang terkini dan bawa bersama ketika mendaftar di kaunter TH. Buka akaun TH cuma bayar RM10, manakala daftar haji pula PERCUMA (asalkan ada penyata KWSP). Yang penting daftar siap2, insyaAllah rezeki akan datang kemudian. Dah cuba, memang senang. Pihak TH juga minta war-warkan perkara ini.]

BAGAIMANA MAHU BUAT RAYUAN PERGI HAJI?

Untuk permohonan rayuan haji, sila kemukakan surat rayuan dalam format surat rasmi yang lengkap bertandatangan kepada:

Bahagian Operasi Domestik,
Lembaga Tabung Haji,
Lantai 30,
Bangunan Ibu Pejabat TH,
201 Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.

Isi kandungan surat rayuan:

  1. Nama penuh
  2. Nombor akaun TH
  3. Nombor MyKad
  4. Tujuan rayuan
  5. Tandatangan

Bakal Haji juga boleh melampirkan dokumen berkaitan sebagai sokongan kepada rayuan tersebut.

*****
Contoh Surat Rasmi Rayuan Haji 1440H.

Rosana Binti Mokhtar
Lot 1234, Jalan Sinar,
Kampung Harapan,
84000 Muar,
Johor.

02 Oktober 2018

Kepada,

Bahagian Operasi Domestik,
Lembaga Tabung Haji,
Lantai 30,
Bangunan Ibu Pejabat TH,
201 Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.

Tuan/Puan,

PERKARA: RAYUAN UNTUK MENDAPAT TEMPAT MENUNAIKAN HAJI PADA MUSIM 1440H/2019M

NAMA PENUH: ROSANA BINTI MOKHTAR
KAD PENGENALAN: 450101-01-0400
No AKAUN TH: 12345678
______________________________________________________________________

Perkara di atas adalah dirujuk.

Saya memohon jasa baik dan budi bicara yang ikhlas daripada pihak tabung Haji agar dapat menawarkan tempat kepada saya untuk menunaikan Haji pada tahun 1440H atau 2019 Masihi.

Saya memohon dipercepatkan kerana usia yang telah lanjut (73 tahun) dan saya telah 5 kali menjalani Kursus Haji tetapi masih dalam senarai menunggu. Simpanan saya juga telah mencukupi untuk menunaikan haji dalam waktu terdekat ini.

Semoga pihak tabung haji dapat menunaikan rayuan saya yang tersebut di atas.

Sekian, terima kasih.

Yang mengharap,

(ROSANA BINTI MOKHTAR)
No K/P: 450101-01-0400

*****
Surat rasmi rayuan ini boleh dihantar ke Tabung Haji Contact Center (THCC) melalui:

  • e-mel - th-info@lth.gov.my,
  • faks 03-77284959, atau
  • menghantar surat rayuan haji ke cawangan TH berhampiran.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Tabung Haji Contact Center (THCC) di talian 03-62071919 - THCC

Silakan share untuk manfaat bersama atau sebagai rujukan anda pada masa hadapan.

Kredit

Sunday, 30 September 2018

Sekarang, Borneo Sudah Tahu. Wajib Satu Dunia Diberitahu Bahawa Malaya Sudah Tipu United Nations.


SOALAN: Pakcik, kalau kau mau pakai Malaysia Agreement 1963 dalam kes kau, silakan, tapi jangan pakai IGC Report 1962. Tidak ada pengiktirafan dalam Agreement, Parlimen Malaysia dan Executive. Satu lagi, jangan kau bilang Malaya menyamar sebagai Kerajaan Persekutuan Malaysia. Mana bukti kau?

JAWAPAN: Dua kali awak silap di sana. Silakan awak pergi golong sebatang rokok daun, panjang cerita kita ini hari, tapi banyak maklumat berguna untuk orang terpelajar seperti awak.

Pertama, berkenaan IGC atau Inter-Governmental Committee Report. Pakcik jawab yang ini dulu kerana jawapan ini ada kaitan dengan soalan kedua.

IGC Report 1962 adalah sah dan laku, seharusnya dibaca bersama dengan Malaysia Agreement 1963, dan ianya disebut secara terang-terang dalam Article VIII di dalam MA63.

Article VIII bilang bilamana terdapat kekurangan di dalam Perlembagaan Malaysia berkenaan perkara-perkara yang membabitkan SabahSarawak haruslah segera merujuk kepada IGC Report, khususnya Chapter 3 dan Annexes A and B of the IGC Report.

Malaysia Agreement bukan manifesto. Apa yang sudah ditulis sebelum Malaysia dan selepas Malaysia tidak boleh diubah. Alasan-alasan seperti hutang 1 trillion atau tak cukup data tidak boleh diterima. Persekutuan Malaysia adalah Perjanjian Antarabangsa. Perjanjian tetap Perjanjian. Kalau tidak diperincikan dalam MA63, boleh rujuk dalam IGC Report. MA63 dan IGC Report adalah suami isteri. Sudah jelas?

Kedua, persoalan epik zaman-berzaman. Ke manakah hilangnya Malaya?

Article VIII juga ada menyebut secara khusus harus ada tiga kerajaan membuat keputusan perundangan, executive atau lain-lain tindakan bersabit Persekutuan Malaysia. Seharusnya ini yang berlaku sejurus selepas "Malaysia Day".

Masalahnya ialah ini:

Di dalam Perlembagaan Persekutuan yang ada sehingga ke hari ini tidak ada satu pun definisi "Malaysia Day". Bukan itu sahaja, nama "Federation of Malaya" juga langsung tidak ujud dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam Malaysia Agreement ada tapi dalam Perlembagaan tidak ada.

Apabila tidak ujud istilah Malaysia Day dan Federation of Malaya di dalam Perlembagaan Persekutuan maka perkara di dalam Article VIII di dalam MA63 tidak dapat dilakukan. Stuck. Hanging. Tergantung.

Ada bayang-bayang Malaysia Day. Ada bayang-bayang Malaya. Tapi jasadnya di mana? Bayang-bayang itu pula yang pandai-pandai mengarahkan UMNO masuk Sabah, PPBM masuk Sarawak. Pandai pula hantar Petronas menyedut minyak di perairan Borneo. Nanti bila ditanya apa hak kau masuk sini, dia bilang kami "Persekutuan Malaysia" boleh bah kalau.

Adakah ini disengajakan?

Pakcik bilang YA, ini perbuatan sengaja.

Ke manakah hilangnya Malaya?

Mari kita kembali ke 20 Ogos 1963.

26 hari sebelum Malaysia. Persekutuan Malaysia dibentuk dari Annex A of Malaysia Bill of the Malaysia Agreement. Itu yang Pihak British diberitahukan. Sabah dan Sarawak juga diberitahu begitu. Dan mereka sanggup mengubah status berkerajaan sendiri mereka untuk menjayakan negara baru Malaysia.

Peliknya, Malaya tidak mengubah status mereka di dalam Article 160 Perlembagaan Persekutuan Malaya.

Sebaliknya apa yang berlaku adalah, sejurus selepas Annex A diluluskan istilah Government of the Federation of Malaya yang sudah terpakai semenjak 1957 terpadam hari itu juga. Dan istilah itu diganti dengan satu entiti baru "Malaysia".

Article 160 menjadi sebahagian Perlembagaan Malaysia sehingga ke hari ini dan sehingga kini Article 160 tidak pernah diubah sebagaimana ianya patut diubah pada 1963. Lantaran itu apabila Perlembagaan sekarang menyebut "The Federation" ianya bermaksud "Federation of Malaya 1957" dan bukannya "Federation of Malaysia 1963".

Dan apabila Perlembagaan sekarang menyebut tentang "Merdeka Day" ianya bermaksud 31 Ogos 1957, dan bukannya tarikh sebenar Malaysia dibentuk 16 September 1963.

20 Ogos 1963. 26 hari sebelum Malaysia. Di situ Malaya hilang. Dari situ bermula Malaysia Sesat Malaysia Murtad. Ada pihak tidak jujur. Bukan SabahSarawak yang buat angkara. Malaya yang berbuat durjana.

Berdasarkan fakta-fakta di atas kita boleh merumuskan Parlimen Malaya pada 20 Ogos 1963 dengan sengaja tidak mengubah definisi "The Federation" dalam Article 160. Depan British di London 9 Julai Malaya cakap ya akan ubah. Tapi 20 Ogos di Malaya tidak ubah. Mereka tidak menyangka suatu hari kelak rakyat Sabah Sarawak akan tahu juga.

Sekarang, Borneo sudah tahu. British juga mesti diberitahu. Wajib satu dunia diberitahu yang Malaya sudah tipu United Nations. Siapa bilang? Haji Julaihi Haji Suut yang bilang. #Silakan

BACA INI JUGA:
(Dari Meja Pertanyaan Haji Julaihi Haji Suut)

Wednesday, 26 September 2018

Panduan Memastikan Kestabilan Capaian Internet Semasa Peperiksaan Online SPA.


Ramai calon yang kecewa kerana gagal menjawab dalam peperiksaan online SPA akibat kegagalan sistem atau internet lembab. Sebab utama ialah mereka tak ambil kisah mengenai saranan, tips dan panduan yang telah SPA keluarkan agar memudahkan kelancaran peperiksaan online dijalankan.

Dibawah adalah panduan ringkas untuk membantu calon di dalam persediaan menduduki Peperiksaan Online SPA. Terdapat beberapa faktor utama yang dikenalpasti menyebabkan gangguan terhadap capaian internet. Diantaranya adalah seperti berikut:

1. Virus, Malware, Spyware

Sekiranya dijangkiti, sistem pengoperasian komputer boleh terganggu dan gagal beroperasi dengan baik. Ini juga boleh menyebabkan gangguan terhadap capaian internet.

Pencegahan: Guna antivirus yang diyakini selamat. Sila scan komputer anda dan pastikan pattern antivirus yang digunakan adalah terkini.

2. Browser (add on dan plugin terlalu banyak)

Sesetengah plugin atau add on adalah spyware. Ini boleh memudaratkan prestasi kelajuan capaian ke internet komputer anda.

Pencegahan: Anda boleh menggunakan tetapan default setting bagi browser masing- masing. 

Contoh: 

i. Internet Explorer: internet option > Advanced > Reset Internet Explorer settings 
ii. Chrome: Setting > Reset Settings


Penggunaan browser Mozilla, Google Chrome, Internet Explorer dan Safari adalah yang dicadangkan bagi capaian ke Sistem Peperiksaan Online SPA.

3. Kuota Internet (Pengguna Broadband)

Jika kuota internet anda telah hampir mencapai had maksimum, ini boleh mengakibatkan gangguan capaian internet semasa menduduki Peperiksaan Online SPA.

Pencegahan: Sila pastikan kuota capaian internet anda mencukupi sebelum menduduki Peperiksaan Online SPA.

4. Windows Firewall

Penggunaan Windows Firewall adalah satu cara untuk mengelak dari sebarang ancaman penceroboh. Namun sekiranya tetapan firewall rules yang dilakukan tidak menepati keperluan dan kegunaan seharian, ia boleh mengganggu sistem komputer anda.

Pencegahan: Sila pastikan firewall rules, tidak mengganggu aplikasi rangkaian internet yang sering digunakan.

5. Fungsi Auto Update Perisian

Banyak perisian sekarang yang mempunyai fungsi auto update dari internet secara percuma mahupun berbayar. Proses ini boleh mengganggu prestasi kelajuan capaian internet anda.

Pencegahan: Gunakan msconfig untuk menetapkan setiap program yang jarang anda gunakan supaya tidak autorun pada masa startup. Anda boleh menyemak semula senarai service (dari administrative tools - dalam control panel) yang diprogramkan untuk larian secara auto. Sekiranya tidak perlu, disable service tersebut.

Semoga Berjaya!

Tuesday, 11 September 2018

Takwim Persekolahan Dan Jadual Cuti Sekolah 2019.


Takwim Persekolahan Dan Jadual Cuti Sekolah 2019

Takwim persekolahan termasuk hari persekolahan dan jadual cuti 2019 yang telah dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kumpulan A: Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Johor, Kelantan & Terengganu.


Kumpulan B: Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya.


Takwim persekolahan ini bagi memudahkan pihak ibu bapa atau mereka yang ingin merancang sesuatu sepanjang tahun 2019.

Sumber

Friday, 7 September 2018

Kisah Blossom Wong, Bekas Perisik Wanita PDRM Berbaju Cheongsam.


Generasi baru mungkin tak pernah dengar atau kenal siapakah dia Blossom Wong Kooi Fong. Gambarnya bersama adik Presiden Kennedy, Robert F. Kennedy pernah tersebar di laman media sosial satu ketika dahulu dengan penampilan bergaya dan klasik.

Beliau antara wanita yang telah membukitkan kepada dunia bahawa kaum hawa juga mampu melakukan pekerjaan lelaki sehingga mendapat pengiktirafan luar negara.

Jadi, siapa sebenarnya Blossom Wong Kooi Fong?

KALAULAH KISAH BEKAS PERISIK PDRM INI DIFILEMKAN…

Aku pernah tulis mengenai beliau tak lama dulu. Namanya Supritendan (B) Blossom Wong Kooi Fong. Tak ramai yang tahu kisah Blossom sehinggalah beberapa tahun lepas fotonya mengiringi adik Presiden Kennedy, Robert F. Kennedy sewaktu melawat Malaysia sekitar tahun 60’an, menjadi viral di internet di Amerika Syarikat.

Sunday Times pernah interview dia. Meh aku nak cerita siapa Blossom ini. Beliau yang kini berusia dalam 79 tahun, menyertai pasukan polis beberapa bulan sebelum negara kita mencapai kemerdekaan.

Tamat latihan, beliau ditugaskan sebagai Inspektor dalam Cawangan Khas (SB) dan tugas utamanya adalah melakukan penyamaran bagi mendapatkan maklumat pergerakan komunis.

Sepanjang penyamarannya, pihak komunis langsung tidak menyedari gadis kecil molek yang sering berbaju cheongsam ini adalah seorang inspektor, ini termasuk anggota polis sendiri!

Empat tahun kemudian, Blossom diarahkan ke Perak dan diarahkan menjaga lima buah balai polis dibawahnya. Selepas berkahwin pada tahun 1962, beliau ditukarkan ke Kuala Lumpur.

Ketika inilah beliau sering diberi tanggungjawab mengiringi keselamatan ramai VVIP dan tetamu kenamaan negara, antaranya isteri Presiden Korea Selatan, Park Chung-hee, Perdana Menteri Jepun, Eisaku Sato, Kennedy dan ramai lagi.

Pada tahun 1966, beliau mula ditukarkan sebagai pegawai penyiasat Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat di Kuala Lumpur.

Ketika inilah Blossom terus ‘mengganas’ apabila sering terlibat dalam penyamaran dan operasi membanteras kegiatan haram di ibu negara hingga mencapai banyak kejayaan.


Kehebatan Blossom membuatkan beliau terpilih mengetuai Bahagian Keganasan Se ksual, Penderaan Kanak-Kanak dan Keganasan Domestik di Bukit Aman sebelum bersara pada tahun 1993.

Kalaulah kisahnya difilemkan...

Sumber

Wednesday, 5 September 2018

Gaji Minimum Sektor Swasta RM1,050 Berkuatkuasa 1 Januari 2019.


Kerajaan mengumumkan kadar gaji minimum seragam bagi seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak ditetapkan sebanyak RM1,050 sebulan atau RM5.05 sejam berkuat kuasa 1 Januari depan.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, sebelum ini, Perintah Gaji Minimum 2016 memperuntukkan kadar gaji minimum sebanyak RM1,000 sebulan bagi Semenanjung dan RM920 sebulan bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Menurutnya, seperti diperuntukkan Seksyen 25, Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta732), Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) selesai membuat kajian semula terhadap Perintah Gaji Minimum 2016 dan syor-syor MPGN juga sudah dibincangkan oleh Kabinet hari ini.

Katanya, selepas menimbang syor MPGN daripada pelbagai sudut, kerajaan buat pertama kali bersetuju untuk melaksanakan kadar gaji minimum yang seragam bagi seluruh negara.

Kerajaan juga memutuskan untuk tidak memberikan sebarang subsidi kepada majikan kerana kekangan kewangan semasa negara.

“Peningkatan gaji minimum ini adalah selaras dengan situasi ekonomi semasa negara. Kita harus waspada bahawa sebarang peningkatan gaji yang drastik bakal menimbulkan masalah lain kepada industri yang juga boleh menggugat daya saing negara.

“Adalah lebih wajar jika gaji minimum dinaikkan secara berkala dalam tahun-tahun akan datang supaya industri terutamanya majikan kecil, tidak menutup perniagaan mereka akibat kos operasi yang tinggi yang bakal menyebabkan pemberhentian pekerja.


“Majikan dan peniaga juga diseru supaya tidak menaikkan harga barangan dan perkhidmatan susulan kenaikan gaji minimum ini. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dimohon untuk memantau perkara ini,” katanya.

Sementara itu, Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran berkata, ia adalah satu berita gembira kepada rakyat Malaysia.

Loading...

Friday, 31 August 2018

Facelift Baru Perodua Alza Didedahkan Dalam Ucapan Merdeka.


Ini memang tidak dijangka. Dalam ucapan Merdeka yang diposting di halaman Facebook rasminya, Perodua telah memberi gambaran pertama mengenai facelift Alza yang baru. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, MPV tujuh tempat duduk akan diberikan kemaskini sebelum penggantian baru diperkenalkan.

Imej yang dilampirkan menunjukkan bahagian depan Alza yang baru, fascia yang agak berani. Bumper baru adalah perubahan utama di sini, intake yang lebih rendah membuatkan posisi lampu kabus beralih sedikit kedudukannya. Kawasan-kawasan ini ditandakan dengan jelas dalam warna hitam, yang membentuk isyarat reka bentuk berbentuk X di samping warna badan utama kereta.


Menggantikan bumper juga mengakibatkan pengantian gril baru yang tidak lagi dirangka oleh sekeping trim krom. Sebaliknya, terdapat dua bilah dengan lencana Perodua di tengah, sementara jalur hitam kecil di antaranya dan bonet.

Perodua Alza S 2015

Di kawasan lain, lampu depan kereta kelihatan sama seperti sebelumnya, walaupun bahagian dalam telah menjadi gelap untuk menyerlahkan lagi komponennya. Perkara yang sama boleh dikatakan mengenai roda, yang kelihatan seperti yang sedia ada pada Alza 1.5 Advanced tetapi dalam naungan yang lebih gelap.

Perubahan juga melibatkan bahagian belakang Alza dan juga ruang dalamannya, dengan yang kedua ini mungkin melibatkan trim dan peralatan baru. Di bawah bonet, Alza menggunakan enjin 1.5 liter Dual VVT-i Myvi (2NR-VE) yang menjadikan 102 hp dan tork 136 Nm di hatchback.

Walaupun unit 2NR-VE menyediakan keluaran yang sama dengan unit 1.5 liter DVVT Alza semasa (3SZ-VE), ia mendapat manfaat tambahan Dual VVT-i untuk kecekapan bahan api dan pelepasan ekzos yang lebih baik.

Loading...

Tuesday, 28 August 2018

AWAS!!! 8 Tanda Ini Menunjukkan Ibu Terlebih Penat Buat Kerja.


Jika ditanya pada kaum ibu terutama yang bekerja pasti bila masa mereka berehat rasanya ramai yang ambil masa untuk berfikir. Sebabnya, mereka tiada masa untuk berehat. Apa tidaknya lepas seharian di tempat kerja, kebanyakannya akan kelam kabut pulang mengambil anak dari sekolah, rumah pengasuh atau pun taska.

Sampai di rumah tak sempat tukar baju kaum ibu terus ke dapur menyiapkan makanan anak. Kemudian menyiapkan makanan seterusnya melakukan kerja rumah yang tak berkesudahan.

Walau pun bahagia melakukannya demi insan tersayang tapi awas ya, bila rasa penat dan mengalami ciri-ciri di bawah silalah bawa berehat. Ini tanda sebenarnya sudah mengalami tahap kepenatan melampau dan perlu berehat segera agar tidak menjejaskan kesihatan.

Paling utama para suami perlu memerhati tanda-tanda ini sebab orang perempuan akan tetap melakukan kerja selagi terdaya walaupun sebenarnya keletihan. Suamilah yang perlu prihatin dan beri peluang isteri berehat.

8 tanda menunjukkan ibu terlebih penat buat kerja:

1. Mudah lupa

Wanita biasanya punya daya ingatan yang kuat jadi bila sudah lupa mana letak kunci kereta, dompet atau cermin mata yang biasa dipakai maka sebaiknya bawa berehat.

2. Tak peduli

Isteri biasanya cerewet dalam banyak perkara terutama urusan rumah tangga. Tapi kalau dia sudah tak peduli dengan baju yang kotor, pinggan berselerak atas meja dan hanya ingin tidur harap encik suami faham bahawa dia sedang keletihan.

3. Tidur tak lena

Tidur malam sekejap-sekejap terjaga. Ia merupakan tanda stres yang puncanya boleh jadi kepenatan fizikal yang tak berkesudahan.

4. Mudah marah

Biasanya ibu akan senang melayan kerenah anak tapi bila ada hari dia marah-marah malah meminta anak bermain jauh, sebaiknya suami cepat-cepat tawarkan bantuan. Sama ada bantu buat kerja rumah atau bawa anak keluar supaya ibu ada masa berehat seketika.

5. Hilang keseimbangan

Terasa pening malah seperti mahu jatuh ini tanda yang serius kerana boleh mencederakan. Ada kemungkinan otot-otot di tubuh isteri keletihan sehingga dia hilang keseimbangan.

6. Mengeluh wajah kusam

Kalau dah terlalu sibuk buat kerja rumah, wanita biasanya lupa merawat diri. Tak sempat lagi mengenakan krim apatah lagi masker atau solekan. Inilah yang menyebabkan wajah kusam.

7. Tak fokus

Suami perasan tak, bila tengah berbual isteri tak fokus. Malah ada juga yang malas bersembang, hanya mahu berbaring. Ini tanda dia letih yang amat sangat.

8. Mudah tertidur

Biasa boleh berjaga malam untuk menonton tv tapi awal-awal lagi sudah terlentuk di depan tv malah di dapur pun maka mintalah isteri berehat untuk mengembalikan kecergasannya.

Sumber

Sunday, 26 August 2018

Senarai Penuh 6400 Jenis Barangan Yang Dikenakan Cukai SST 5 Dan 10 Peratus - Ikan Masin, Cendol Pun Kena.


Ikan masin, makanan dalam tin, makanan ringan, makanan proses dan sejuk beku antara 6,400 jenis barangan bakal dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) menjelang 1 September ini.

[SENARAI PENUH - barang-barang yang dikenakan cukai itu boleh dilihat melalui senarai 121 muka surat menerusi laman sesawang: Kastam Malaysia]

Menurut laman itu antara hidupan laut yang dikenakan cukai jualan sebanyak lima peratus ialah ikan jeruk, ikan kering/masin, ikan masin bulu ayam, ikan pekasam, ikan talang masin dan ikan tamban (kering).

Udang kering dan udang geragau, sawi masin, sayuran campur beku dan sayur beku serta kekacang kering dan segar termasuk kacang tanah juga dikenakan cukai jualan lima peratus.

Makanan kegemaran rakyat Malaysia seperti ayam goreng, burger ayam dan daging, bebola ayam, ayam goreng beku dan makanan yang sudah dipek dan perencah makanan dikenakan cukai itu.

Bagaimanapun, ikan dalam sos tomato, ikan tuna (dalam mayonis, tin), kari ikan (dalam tin), kek ikan, nuget ikan, sardin (dalam tin) dikecualikan cukai SST.

SST akan dilaksanakan 1 September depan menggantikan Cukai Barangan dan Jualan (GST) yang dimansuhkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan selepas ia diwujudkan pada 1 April 2015.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia berkata, jumlah barangan yang dikenakan SST lebih rendah berbanding sebanyak 11,197 barangan yang dikenakan cukai semasa pelaksanaan GST.

Berdasarkan senarai itu, bahan-bahan untuk kegunaan bakeri seperti mentega, coklat cip, coklat beras, serbuk koko tanpa manisan, coklat bar, blok, tablet dan coklat masakan juga dikenakan cukai.


Selain itu cendol, keropok ikan/udang dan ketupat nasi tidak terkecuali dikenakan cukai jualan 5.0 peratus. Jus dan kordial disenarai sebagai barangan yang dikenakan cukai.

Barangan rumah, barang plastik, kasut termasuk kasut sekolah, kosmetik serta barangan elektrik tidak terkecuali dengan cukai itu.

Dengan pengumuman barang-barang dikenakan cukai SST dijangka harga barang akan naik mendadak pada 1 September ini. Rakyat mengeluh dalam keadaan 'Zero GST', "Tax Holiday' harga barang tetap naik dan tidak pernah turun.

Lim Guan Eng Menteri Kewangan sendiri menyatakan Kerajaan PH tidak berjanji harga barang akan turun ketika SST diperkenalkan semula.

Sumber

Friday, 24 August 2018

5 Fakta Mengenai Hock Peng, Bapa Kepada Jho Low.


Nama Tan Sri Larry Low Hock Peng mungkin jarang disiarkan di media berbanding Jho Low, namun beliau merupakan antara tokoh korporat terkenal di Malaysia dan Singapura.

Namun namanya menjadi hangat selepas Polis Diraja Malaysia mengumumkan akan mengemukakan permohonan notis merah daripada Interpol bagi mengesan dan menahan beliau dan anaknya iaitu Low Taek Jho atau Jho Low.

Kedua-dua ahli perniagaan itu berdepan sembilan pertuduhan berhubung pembabitan dalam skandal berprofil tinggi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Berikut adalah 5 fakta mengenai Hock Peng, bapa kepada Jho Low:

1. Hock Peng pernah berkhidmat di lembaga MWE Holdings Bhd dari tahun 1985 hingga 2003. Fokus beliau di syarikat berkenaan adalah berhubung pembangunan perniagaan dan hal ehwal korporat.

2. Beliau pernah menjadi pengasas bersama Frenchken Group Limited pada tahun 1995 yang mempunyai operasi di Eropah, Asia dan Amerika Syarikat.

3. Beliau merupakan dermawan untuk Jynwel Charitable Foundation.

4. Kekayaan keluarga ini diwarisi oleh Datuk Low Meng Tak yang dilahirkan pada 1922 di Guangdong, China. Meng Tak melakukan pelbagai perniagaan seperti perlombongan bijih besi dan penyulingan minuman keras di China dan Thailand.

5. Hock Peng berdepan satu tuduhan sementara itu anaknya, Jho Low berdepan lapan pertuduhan susulan pembabitan dalam skandal 1MDB. Pihak mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap ke atas kedua-dua individu berkenaan.

Sumber

Thursday, 23 August 2018

Semakan Status Bankrap Secara Online.


Anda ingin tahu sama ada diisytiharkan muflis atau bankrap? Menurut statistik Jabatan Insolvensi Malaysia (Mdl), menganggarkan hampir 20,000 kes bankrap direkodkan setiap tahun. Untuk pengetahuan, kini anda boleh membuat semakan status bankrap secara online di aplikasi MyDI.

Apa itu Kebankrapan?

Kebankrapan merujuk kepada satu proses di mana seorang penghutang diisytiharkan muflis melalui perintah Mahkamah. Segala harta kepunyaan bankrap terletak hak kepada KPI dan KPI bertanggungjawab untuk menghasilkan dan menjual semua harta tersebut.

Hasil jualan harta akan diagihkan kepada pemiutang yang memfailkan bukti hutang dalam kes kebankrapan bankrap. Jadi disini kongsikan cara membuat semakan status bankrap secara online.

Semakan Status Bankrap Secara Online

Berikut adalah maklumat tentang cara semakan status bankrap atau muflis secara online termasuk aplikasi semakan:

1. Membuat semakan melalui kaunter carian di Ibu Pejabat Jabatan Insolvensi Malaysia. Caj yang dikenakan adalah sebanyak RM10.00.

2. Semakan status bankrap secara online di www.insolvensi.gov.my atau myeg.com.my/. Caj yang dikenakan adalah sebanyak RM12.00.

3. Muat turun aplikasi MyDI di laman https://e-insolvensi.mdi.gov.my/

Kelayakan Yang Hilang Bagi Seorang Muflis

Apabila pengadilan/penghakiman dijatuhkan, bankrap adalah hilang kelayakan daripada:

(a) Memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen;

(b) Memegang jawatan sebagai penjawat awam (tertakluk kepada tindakan tatatertib Jabatan/KPI);

(c) Memegang sebarang jawatan dalam mana-mana badan berkanun, koperasi berdaftar atau organisasi;

(d) Mengamalkan profesion tertentu;

(e) Menjalankan perniagaan secara persendirian atau perkongsian atau menubuhkan syarikat;

(f) Bekerja dalam perniagaan saudara;

(g) Mengekalkan apa-apa tindakan tanpa saksi KPI selain daripada tindakan untuk ganti rugi dalam kecederaan kepada orang lain;

(h) Meninggalkan Malaysia sebelum/tanpa kebenaran KPI atau Mahkamah;

(i) Pencen dan ganjaran lain yang diterima oleh bankrap hendaklah terletak hak kepada Ketua Pengarah Insolvensi untuk dibahagikan kepada pemiutang. Walau bagaimanapun, Ketua Pengarah Insolvensi mempunyai budi bicara untuk menentukan berapa jumlah pencen dan ganjaran yang boleh diberikan kepada bankrap.

(j) Menguatkuasakan haknya di bawah undang-undang tertentu.

Kesan Bankrap

1. Seorang bankrap sama sekali tidak dibenarkan meninggalkan negara kecuali beliau mendapat kebenaran bertulis daripada KPI ataupun Mahkamah yang membenarkannya. Permohonan hendaklah dibuat di cawangan yang mentadbir kes kebankrapan dengan menyertakan dokumen-dokumen sokongan.

2. Seorang bankrap hanya boleh menggunakan kad kreditnya dengan amaun tidak melebihi RM1,000.00. Sekiranya bankrap berniat untuk menggunakan kad kredit melebihi RM1,000.00, beliau hendaklah memaklumkan kepada pihak yang memberikan kemudahan kad kredit tersebut atas status kebankrapannya bagi membolehkan pihak yang berkenaan membuat keputusan sama ada untuk meneruskan pemberian kemudahan kad kredit tersebut.

3. Seorang bankrap tidak dibenarkan untuk memindahmilik hartanya kepada pihak ketiga selepas Perintah Kebankrapan dibuat terhadapnya. Setelah diisytiharkan bankrap, segala harta dan aset secara automatik terletak hak kepada KPI.

4. Seorang bankrap yang belum dilepaskan hilang kelayakan untuk menjalankan tugas sebagai pengarah syarikat berdasarkan Akta Syarikat. Sekiranya bankrap ingin mengekalkan jawatan tersebut, permohonan hendaklah dibuat kepada KPI atau mahkamah.

Semoga perkongsian ini membantu anda menyemak status muflis dengan mudah. Selamat membuat semakan status bankrap secara atas talian.

Sumber

Wednesday, 22 August 2018

Aki Satur: Pejuang Dan Tokoh Dusun Dari Tambunan.


Beliau merupakan tokoh dari Kg. Tontolob Tambunan, seorang Bobolian dan juga pedagang yang sangat suka mengembara ke seluruh Sabah dan Brunei. Kerana sering merantau ke pelbagai tempat, dia fasih bercakap dalam banyak bahasa selain Dusun, misalnya bahasa Sungai, Murut, Brunei, Suluk dan Bajau.

Pada zaman Jepun, beliau diangkat menjadi ketua kampung di Tontolob, Tambunan. Pada awal kepimpinannya, semua berjalan baik. Tapi ketika orang orang suruhan Jepun sering datang meminta padi, ayam, kerbau dan babi setiap minggu kepada penduduk kampung, ini menyebabkan kesusahan yang membebani penduduk kampung. Tindakan ini membuat beliau naik berang lalu bangkit menentang Jepun.

Dia berketurunan Dusun Liwan-Bundu, kerana perkahwinan antara kedua suku ini sangat lazim di daerah Tambunan. Pada zaman PBS beliau diangkat sebagai Chief Bobolian dan bertanggjungjawab sebagai pemegang adat istiadat suku kaum Dusun. Sebagai Chief Bobolian dan pemegang adat istiadat, beliau bertanggungjawab dalam memimpin upacara2 adat istiadat yang berkaitan kebudayaan Dusun.

Pada tahun 1985, beliau telah memimpin upacara pentahbisan Huguan Siou di Kg. Karanaan, Tambunan. Menurut waris beliau, Bobolian Satur seorang yang berkarisma sehingga beliau memiliki banyak talents, misalnya:

1. Chief Bobolian.
2. Ketua Kampung.
3. Businessman.
4. Pengembara.
5. Pengamal seni Kuntau.
6. Motivator.
7. Pemegang adat.
8. "Tukang Sumpah" yang sangat ditakuti dan dihormati.
9. Susukuon (tempat merujuk).
10. "Doktor kampung."

Istilah “Tukang Sumpah” di dalam bahasa Dusun adalah “Pomopol” atau “Ponumpa”. Istilah "Tukang Sumpah" di sini bererti, Bobolian yang memimpin upacara sumpah, entah itu dijalankan di Mahkamah Anak Negeri maupun di dalam ritual-ritual "ponubakan" dan upacara sumpah yang lain, termasuk upacara sumpah di tugu batu sumpah yang paling terkenal di Sabah dan Malaysia, iaitu "Batu Sumpah Keningau".

Beliau juga terkenal sebagai "doktor kampung" kerana memiliki pengetahuan perubatan yang luar biasa. Beliau memiliki pengetahuan botani mengenai herba-herba hutan yang bole dipakai untuk ubat dan juga tahu memimpin ritual-ritual kuno dalam perbuatan tradisional.

Tuesday, 21 August 2018

Panduan Memohon Bersara Pilihan (Bersara Awal).


Kebanyakkan penjawat awam yang telah menandatangani opsyen persaraan pada usia 55, 56, 58 dan 60 tahun masih lagi terkeliru dengan informasi yang telah mereka terima melalui media sosial.

Ramai yang beranggapan mereka terpaksa mencapai umur opsyen berkenaan untuk bersara bagi mendapatkan faedah persaraan seperti pencen bulanan dan sebagainya.

Sebenarnya penjawat awam tidak terikat dengan opsyen tersebut dan boleh memilih untuk bersara lebih awal iaitu seawal usia 40 tahun dengan tempoh perkhidmatan sekurang-kurangnya 10 tahun yang boleh dimasuk kira.


Soalan Penjawat Awam (Bakal Pesara):

Nama saya Mimi Rugayah, saya berumur 45 tahun dan telah berkhidmat selama 18 tahun (dilantik pada 1 Oktober 1999) sebagai Pegawai Tadbir di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Saya telah memilih skim pencen dan memilih opsyen umur persaraan 60 tahun.

Jika saya ingin bersara pada 1 Oktober 2018, bagaimanakah cara untuk saya memohonnya? Apakah faedah-faedah persaraan yang akan saya terima? Betulkah pencen bulanan saya hanya akan dibayar pada umur saya 60 tahun?

Jawapan:

Puan Mimi Rugayah, terima kasih kerana menghubungi pihak kami.

Untuk makluman, mengikut Seksyen 12, Akta Pencen 1980:

Syarat-syarat memohon persaraan pilihan:
  • Berumur sekurang-kurangnya 40 tahun pada tarikh kuatkuasa persaraan pilihan;
  • Berkhidmat sekurang-kurangnya selama 10 tahun dalam perkhidmatan yang boleh diambilkira (tanpa sebarang cuti tanpa gaji, cuti berlebihan atau tempoh yang tidak layak); dan
  • Mendapat sokongan Ketua Jabatan.
  • Bebas tindakan tatatertib.
  • Bebas tapisan SPRM
Cara memohon?
  1. Hantar surat permohonan kepada Ketua Jabatan.
  2. Permohonan dihantar ke JPA/KWAP melalui perakuan dan sokongan Ketua Jabatan.
  3. Dokumen yang lengkap perlu dikemukakan ke JPA/KWAP dalam tempoh tidak kurang dari 3 bulan daripada tarikh persaraan pilihan (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 tahun 2003).
Faedah-faedah yang bakal diterima setelah diluluskan persaraan pilihan?

1. Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) - Terhad sehingga 150 hari sahaja.

Formula perkiraan:
  • 1/30 x GCR x Gaji (gaji pokok termasuk imbuhan tetap)
2. Ganjaran perkhidmatan (gratuity)

Formula perkiraan:
  • 7.5% x tempoh perkhidmatan dalam bulan x gaji pokok akhir
Bilakah PENCEN bulanan mula dibayar?

- Ianya bergantung kepada tarikh lantikan anda.

- Sekiranya anda dilantik sebelum 12 April 1991, jika anda ingin bersara pilihan, sekiranya diluluskan, maka pencen bulanan akan mula dibayar :

a) pada umur 45 tahun bagi semua anggota/pegawai wanita, anggota polis berpangkat rendah daripada ASP (Inspektor ke bawah), anggota bomba berpangkat rendah, pegawai penjara (bawah dari pangkat penguasa penjara) jururawat lelaki yang bertugas di hospital mental Kerajaan; dan

b) pada umur 50 tahun bagi semua anggota / pegawai lelaki selain jawatan di atas (a).

- Sekiranya anda dilantik selepas 12 April 1991, sekiranya anda ingin bersara pilihan, pencen akan mula dibayar kepada anda apabila anda mencapai umur 55 tahun, walaupun opsyen umur persaraan wajib anda adalah pada 60 tahun, anda tetap akan menerima pada umur 55 tahun dan tidak sebelum umur itu.

Ini bagi menjawab soalan ke 3 puan di atas. Peraturan ini adalah sepertimana pindaan yang telah dibuat pada tahun 2011 dan masih berkuatkuasa sehingga ke hari ini.

Formula Perkiraan Pencen:
  • 1/600 x tempoh perkhidmatan dalam bulan yang boleh dimasukkira x gaji pokok akhir
- Kiraan pencen bulanan adalah terhad kepada pencen maksimum iaitu sebanyak 3/5 x gaji pokok akhir atau 60% x gaji pokok akhir atau terhad kepada tempoh 360 bulan (30 tahun) sahaja.

** Sebaiknya untuk penentuan tarikh untuk bersara pilihan, pilihlah tarikh selepas anda menerima kenaikan gaji tahunan. Walau bagaimanapun, tarikh persaraan pilihan anda yang tentukan.

** Tiada sebarang konsep persaraan pilihan bagi penjawat awam yang memilih skim KWSP. Anda dikira meletakkan jawatan dan anda hanya layak menuntut caruman majikan dan caruman pekerja/anggota sahaja, tiada sebarang faedah persaraan dan perubatan akan diberikan kepada anda sekeluarga.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Sila TAG kawan anda atau SHARE post ini supaya keluarga, rakan-rakan atau kenalan anda tahu mengenai info ini.

Sumber: Bahagian Pasca Perkhidmatan
Jabatan Perkhidmatan Awam
8 Januari 2018

Friday, 10 August 2018

Sejarah Peperangan Etnik Iban Di Sarawak.


Etnik Iban merupakan antara etnik yang terkenal dengan sejarah perang mereka. Bukan sahaja ketika Sarawak dibawah pemerintahan Brooke selama 100 tahun sebaliknya ianya telah berlaku lebih lama daripada itu iaitu sejak mereka mula berhijrah daripada kawasan Sungai Kapuas sehinggalah menjelajahi segenap pelusuk Borneo pada awal abad ke 17 Masihi lagi.

Sejarah perang etnik Iban di Sarawak sebenarnya mempunyai sebab yang tertentu samada melalui perang perluasan wilayah mahupun kerana perang untuk menyelesaikan pertikaian yang berabad lamanya.

Apa yang disajikan di dalam artikel ini adalah hanya secara sepintas lalu sahaja sebagai ruang informasi untuk semua.

1. Perang Iban vs Seru dan Buketan

Di ketika etnik Iban mula memasuki wilayah Sarawak, ada 2 etnik yang menjadi musuh mereka kerana kedua-duanya juga mempunyai tradisi yang sama.

2 etnik itu adalah etnik Seru dan Buketan yang mana pada masa sekarang etnik Seru sudah tiada lagi di dalam dermografi Sarawak manakala Buketan menjadi etnik yang lebih kecil.

Pertembungan mereka dengan beberapa etnik seperti Seru malah juga Buketans telah menyebabkan etnik-etnik ini terpaksa menyelusup masuk menjadi etnik-etnik yang berada di sekitarnya bagi tujuan survival kaum mereka pada ketika itu.

Kekuatan dan teknik perang etnik Iban seringkali tidak dapat diduga oleh mereka sehingga menyebabkan ramai antara mereka terkorban dan kepala mereka menjadi “hadiah” perang kayau etnik Iban suatu waktu dahulu.

Kedua-dua etnik ini yang pada mulanya menetap di kawasan persisiran sungai telah “dihalau” sehingga ke kawasan pedalaman Sarawak.

Menurut ceritanya pada ketika Brooke mula bertapak di Sarawak, kedua-dua etnik ini telah melalui penyusutan yang ketara sehingga Brooke sendiri melabelkan mereka antara etnik yang hilang di Sarawak.

2. Perang Iban vs Kaum Orang Ulu dan Bidayuh

Selain itu, etnik Iban juga boleh dikatakan memerangi sesiapa sahaja di dalam proses perluasan wilayah mereka seperti konflik perang dengan Kaum Orang Ulu di utara Sarawak, etnik Bidayuh di selatan Sarawak dan juga mana-mana etnik sehingga ke wilayah Kapuas.

Peristiwa Bung Bratak misalnya menyaksikan bagaimana Iban Skrang telah memerangi etnik Bidayuh sehingga memaksa Panglima Kulow seorang pahlawan Bidayuh mengejar mereka sehingga ke perkampungan mereka dengan kerjasama daripada Brooke yang baru sahaja menggungguli Kuching pada masa itu.

Ini adalah salah satu contoh perang Iban ke atas etnik Bidayuh yang tercatit di dalam sejarah iaitu sebelum Brooke mula melebarkan sayapnya ke seluruh Sarawak suatu waktu dahulu.

3. Perang Iban vs Pembesar Kesultanan Brunei

Umum mengetahui bahawa wilayah Sarawak suatu waktu dahulu adalah juga wilayah kuripan kepada pembesar-pembesar Kesultanan Brunei Darussalam.

Pembesar-pembesar dilantik untuk memungut cukai daripada rakyat-rakyat di dalam wilayah kuripan ini sentiasa tidak disukai oleh etnik Iban.

Dan kerana itulah pernah berlaku beberapa rentetan perang dengan pembesar-pembesar ini seperti cerita perang yang melibatkan Sharif Hamid yang telah dibunuh oleh etnik Iban kerana terlalu sombong.

Dan ada juga beberapa orang pembesar yang sebenarnya bersahabat baik dengan etnik Iban sehingga membenarkan ada beberapa pemimpin Iban turut mendapat gelaran Orang Kaya dan juga Panglima.

Ada antara etnik Iban ini yang menjadi tulang belakang kepada penentangan pembesar lantikan Brunei seperti Indra Lela, Sharif Jaafar dan Sharif Sahap yang terkenal dengan perang mereka ke atas Brooke sebelum Brooke berjaya menjadi Sarawak sebagai wilayahnya daripada Kerajaan Brunei Darussalam suatu waktu dahulu.

Contoh terdekat adalah Perang Patusan iaitu antara perang utama ketika Brooke ingin memperkuatkan pengaruhnya di Sarawak.

Pada ketika itu Iban Undup memihak kepada pembesar Brunei sehingga menyebabkan Brooke yang berang membakar perkampungan Iban Undup kerana berani bersekongkol dengan pembesar lantikan Brunei yang bangun memberontak keatas pemerintahan Brooke di Sarawak.

4. Perang Iban vs Lanun Iranun

Di dalam sejarah juga menyaksikan wilayah Sarawak juga suatu waktu dahulu menjadi kawasan untuk lanun-lanun Iranun bermaharajalela dan seringkali mereka menjarah kawasan perkampungan dengan menjarah apa yang ada serta menculik wanita, kanak-kanak untuk dijadikan hamba.

Hal ini tidak pernah dibiarkan oleh etnik Iban sebaliknya mereka turut memerangi lanun-lanun Iranun ini sehingga mereka cabut lari.

Sejarah memerangi lanun Iranun ini yang paling maha hebat adalah bagaimana seorang pemimpin Iban bersama-sama dengan anak buahnya iaitu Sunggang “Lebor Menoa” telah berjaya menyelamatkan saudagar dari China yang datang berniaga ke Saribas.

Kapal dagangnya hampir dirompak oleh lanun Iranun dan Sunggang “Lebor Menoa” bersama anak buahnya telah menyelamatkan mereka dan memerangi lanun Iranun sehingga mereka bertempiaran lari menuju ke tempat asalnya tanpa pernah singgah lagi untuk merompak selepas itu di wilayah Saribas.

5. Perang Iban vs Iban

Sejarah juga tidak pernah menafikan bahawa etnik Iban juga berperang sesama etnik Iban samada perang tersebut tercetus akibat salah faham mahupun pertikaian atas sesuatu perkara.

Etnik Iban sendiri mempunyai beberapa sub etnik yang diklasifikasikan mengikut dimana penempatan mereka seperti Iban Sebuyau, Iban Balau, Iban Undup, Iban Saribas mahupun Iban Skrang itu sendiri.

Di ketika pengaruh pembesar Brunei masih lagi berkuasa di wilayah Sarawak, ada sesetengah iban yang setia kepada pembesar Brunei dan ada juga yang enggan menerima langsung kedudukan pembesar Brunei di wilayah Sarawak pada masa itu.

Pembesar dilantik oleh Brunei seperti Indra Lela, Wangsa Lingga dan Lela Pelawan misalnya banyak bersandarkan kepada Iban Saribas untuk memerangi Iban Sebuyau yang enggan membayar cukai kepada mereka.

Antara nama-nama besar yang pernah memimpin banyak peperangan sesama sendiri serta mempunyai pasukan tersendiri adalah seperti Iban Saribas dibawah OK Pemancha Dana “Bayang” dari Padeh bersekutu dengan Linggir “Mali Lebu”, Uyut “Bedilang Besi” dari Paku, Bunyau Apai Bakir daripada Entanak dan Unal “Bulan” dari Ulu Layar.

Di bahagian Iban Skrang pula dipimpin oleh Libau “Rentap”, Orang Kaya Gasing dan Orang Kaya Rabong.

Nama Libau “Rentap” telahpun disebut-sebut sebelum Brooke memerintah lagi iaitu sebagai Raja Ulu kerana kegagahannya malah peristiwa Perang Sadok membuktikan Brooke sebenarnya tidak mampu melawan kegagahan seorang pahlawan perang bernama Rentap ini.

Dan Iban Sebuyau pula terkenal dengan pemimpinnya yang bernama Ngelambong dan juga anaknya Temenggong Jugah Lundu yang turut pernah memimpin peperangan sesama etnik Iban suatu waktu dahulu.

Antara contoh perang iban vs iban adalah pada tahun 1834 iaitu Iban Skrang yang dipimpin oleh Orang Kaya Rabong telah memerangi Iban Balau di Bukit Banting. Pada perang itu menyaksikan kemusnahan yang besar di pihak Iban Balau.

Pada tahun 1837 pula menyaksikan perang Iban Saribas dibawah pimpinan OK Pemancha Dana Bayang memerangi Iban Undup.

Perang ini sebenarnya bertitik tolak kepada Iban Undup yang dikatakan telah membunuh Angkum iaitu seorang anak Iban Saribas.

Dikatakan pada masa itu juga Iban Saribas turut bersatu dengan Iban Skrang dan perang ini menyaksikan banyak rumah panjang Iban Undup menjadi mangsa atas hukuman pembunuhan tersebut.

Tahun 1838 pula menyaksikan Iban Balau pula menyerang Iban Saribas di Kalaka. Ini adalah sebenarnya merupakan perang balas dendam memandangkan dikatakan Iban Balau turut menerima kerugian sewaktu perang Iban Saribas terhadap Iban Undup di Banting.

Mereka yang hidup aman damai dan harmoni tidak mencampuri urusan perang iban Saribas ini telah terpalit sama kerana penempatan mereka tidak jauh daripada Iban Undup.

Pada masa itu Iban Balau dibawah Janting telah memerangi rumah panjang besar Orang Kaya Temenggong Tandok di Melupa, Kalaka.

Manakala Iban Balau dibawah pimpinan Ijau “Lang” pula terpaksa mengaku kalah kepada Unal “Bulan” daripada Ulu Layar di sebuah sungai di Saribas.

Kegagahan Iban Saribas dibawah pimpinan Unal tidak mampu ditandingi oleh Iban Balau dibawah Ijau “Lang” pada masa itu.

Dan sekali lagi pada tahun 1839 juga terheret daripada perang 1838, perasaan dendam dan ingin menuntut bela itu ada yang akhirnya Iban Balau sekali lagi menyerang Iban Saribas yang mendiami Paku dan juga di Rimbas.

Peperangan yang dikatakan lokasinya di Nanga Undai itu menyaksikan ramai Iban Saribas yang tinggal di Rimbas terkorban seperti anak-anak Orang Kaya Antau dan Gun yang merupakan antara pemimpin Iban Rimbas pada masa itu.

Apa yang disajikan hanyalah sepintas lalu peperangan Iban sebelum Brooke mula mendominasi Sarawak suatu waktu dahulu.

Etnik Iban sebenarnya gah dengan perang dan tiada siapa yang boleh menidakkan sejarah ini.

Selain daripada itu kerana peperangan inilah Brooke melihatnya sebagai satu peluang kerana mana mungkin dia boleh memenangi setiap perangnya di dalam penentangan serta perluasan wilayahnya pada ketika itu.

Peluang inilah yang dinamakan oleh Brooke, "Only Dayaks Can Kill Dayak" iaitu dengan mengadu domba sesama etnik Iban yang sejak azalinya sudah tidak boleh bersatu-padu.

Kerana itulah ada etnik Iban sendiri yang menyebelahi Brooke dan sanggup menikam belakang etnik Iban yang lain untuk kepentingan serta kebajikan mereka sendiri.

Satu kenyataan yang pahit untuk ditelan.

Sumber

Friday, 3 August 2018

Bayaran RM2 Hingga RM4 Bakal Dikenakan Untuk Setiap Mesej Whatsapp.


Whatsapp mengesahkan bakal mengenakan bayaran antara AS$0.5 (RM2.04) hingga AS$0.90 (RM3.67) bagi setiap mesej yang dihantar sebagai pertukaran jaminan ia diterima.

Jangan risau, pengesahan bayaran itu bagaimanapun hanya melibatkan akaun perniagaan dan bukan untuk pengguna biasa.

Dalam satu laporan berita, Whatsapp mengeluarkan kenyataan demikian menyatakan pihaknya sudah memutuskan untuk mengecaj para pengguna perniagaan yang menggunakan aplikasi WhatsApp Business.

Selepas Whatsapp dimiliki Facebook ia dikatakan tidak banyak melakukan perubahan sehinggalah pada Januari 2018, di mana ia tampil dengan rancangan untuk mengkomersilkan perkhidmatan WhatsApp Business.

Whatsapp menjamin akan menawarkan sokongan masa nyata, tidak akan ‘mengganggu’ orang ramai dengan spam dan kesemua mesej kekal sulit dan kebebasan menyekat perniagaan dengan hanya satu butang.

Whatsapp Business mempunyai kira-kira 3 juta pengguna aktif dan penggunanya boleh memasukkan nombor telefon rumah, menetapkan waktu membalas pesanan, melihat statistik keluar-masuk pesanan, memilih jenis bisnes dan perbezaan logo.

Pengguna juga akan diberikan kawalan penuh terhadap mesej yang diterima, kata Whatsapp.

Dalam satu lagi laporan berbeza di Metro.uk, Whatsapp dikatakan terpaksa mengambil langkah tersebut selepas Mark Zuckerberg berdepan kejatuhan saham terbesar Facebook. - FMT

Tuesday, 31 July 2018

Jawatan Kosong Terkini Di Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) 2018 - Terbuka


Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Lembaga Lebuhraya Malaysia LLM sebagaimana berikut:

1. Penolong Pengawai Teknologi Maklumat, FA29 (Kontrak)
2. Penolong Pengawai Teknologi Maklumat, FA29 (PSH)
3. Pembantu Tadbir (P/O), N19 (PSH)


PERMOHONAN

Permohonan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia. Pemohon dimestikan memenuhi syarat kelayakan yang telah dinyatakan di iklan. Permohonan hendaklah disertakan dengan Resume / CV, maklumat penuh peribadi, gambar serta dokumen-dokumen yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan dan sijil akademik.

Permohonan hendaklah dihantar mengikut cara yang dinyatakan di iklan / mohon online (SILA RUJUK IKLAN). Bagi permohonan online kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem. Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Lokasi: SELANGOR
Tarikh Tutup: 09 OGOS 2018


Iklan Kekosongan

Saturday, 28 July 2018

Biodata Amaniena Binti Kamarul Baharun, Pemegang Watak Antagonis Bernama 'Husna'.


Amaniena binti Kamarul Baharun (lahir pada 14 April 1993) atau lebih terkenal sebagai Niena Baharun merupakan seorang model dan pelakon di Malaysia. Beliau merupakan anak kedua dari empat beradik.

Beliau mula dikenali ramai menerusi drama Sayangku Kapten Mukhriz yang disiarkan di TV3.

Selain itu, Niena juga mempunyai perniagaan secara atas taliannya sendiri iaitu Se7enScarves by NienaBaharun yang menjual telekung, rantai leher dan tudung.

Beliau selamat diijabkabulkan bersama pasangan pilihan hatinya, Aliff Firdaus Abdul Hadi, di Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan pada pagi Khamis, 1 Februari 2018.

Pada 25 Jun 2017, Niena membintangi telefilem Terhentinya Doa yang ditayangkan di TV3 pada Raya Pertama. Telefilem terbitan JS Pictures ini juga, menampilkan Saharul Ridzwan, Ozlynn, Raja Hakim DFKL dan ramai lagi.

Niena bakal muncul di dalam drama Jangan Benci Cintaku yang akan ditayangkan di slot waktu perdana iaitu Slot Akasia TV3 di mana Niena akan membawa watak antagonis bernama 'Husna' dalam drama tersebut pada akhir Jun 2018.


Biodata Niena Baharun @ 'HUSNA':
  • Nama Popular: Niena Baharun
  • Nama Kelahiran: Amaniena binti Kamarul Baharun
  • Tarikh Lahir: 14 April 1993 (umur 25)
  • Asal: Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
  • Warganegara: Malaysia
  • Pendidikan: Kejuruteraan Awam
  • Pusat Pendidikan: Kuala Lumpur Infrastructure University College (KLIUC)
  • Pekerjaan: Pelakon, Model
  • Tahun Aktif: 2013 - kini
  • Terkenal kerana: Jangan Benci CintakuDemi Dia, Din Sardin (telefilem di TV9), Sayangku Kapten Mukhriz
  • Pasangan: Aliff Firdaus (b.2018)
Loading...

Wednesday, 25 July 2018

Permohonan Masuk Ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 2019/ 2020 Secara Online.


Permohonan Kemasukan Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 2019/ 2020 bagi pelajar tingkatan 5 Tahun 2018 (Calon SPM 2018) telah dibuka bermula 19 Julai sehingga 30 November 2018.

PERHATIAN: Bagi melancarkan permohonan, pemohon dinasihatkan untuk menggunakan pelayar Google Chrome. Setiap pemohon perlu mendapatkan nombor pengenalan individu (PIN) untuk membuat permohonan.

Tatacara permohonan dalam talian:

1. Layari laman sesawang https://matrikulasi.moe.gov.my.

2. Klik pada menu Permohonan Baru.



3. Masukkan no. Kad Pengenalan dan no PIN. Klik butang SETERUSNYA untuk meneruskan permohonan.

4. Lengkapkan semua maklumat yang berkaitan seperti senarai di bawah. (untuk panduan mengisi permohonan)


Sila Klik:

Sumber

Thursday, 19 July 2018

Tempoh Masa Lulus Pinjaman Kereta (Car Loan) Menerusi Bank Komersial.


Berikut adalah perkongsian mengenai tempoh masa lulus pinjaman atau loan kereta yang dibuat menerusi bank komersial yang ada di Malaysia. Maklumat ini adalah sangat berguna bagi mereka yang ingin memiliki kereta buat pertama kali.

Apabila anda sudah menyerahkan dokumen kepada penjual kereta, ini bermakna bahawa anda telah setuju dengan proses pembelian kereta tersebut. Pihak jurujual pula akan menghantar semua dokumen tersebut kepada pihak bank untuk urusan pinjaman kereta tersebut.

Syarat Lulus Pinjaman
  • Nama tidak senarai hitam/ Muflis
  • Mempunyai slip gaji atau bukti pendapatan bulanan
  • Bagi tidak mempunyai slip gaji, wajib mempunyai guarantor (Penjamin)
  • Ansuran kereta mestilah 1/3 dari gaji bersih anda
Contoh Pengiraan Lulus Pinjaman Kereta
  1. Bulanan Kereta: RM600
  2. RM600 X 3: RM1800
  3. Maka gaji bersih anda mestilah sekurangnya RM1800 untuk memiliki kereta yang ansuran bulana RM600
Tempoh Masa Lulus Pinjaman Kereta (Car Loan) Menerusi Bank Komersial
  • Setelah jurujual kereta menghantar dokumen lengkap, pihak bank akan menjalankan temuduga menerusi telefon. Biasanya pihak bank akan menghubungi anda dalam 2 hingga 3 hari bekerja. Tujuannya adalah untuk pengesahan bahawa anda membuat pinjaman tersebut.
  • Keputusan bank untuk meluluskan pinjaman adalah selama 2-3 hari bekerja. Pihak bank kebiasaanya akan menghubungi pihak jurujual untuk keputusan pinjaman.
  • Maksimum kelulusan pinjaman juga boleh mengambil masa seminggu bergantung kepada bank yang anda mohon.
Sumber

Wednesday, 18 July 2018

6 Tanda Serangan Jantung Yang Hanya Dialami Oleh Kaum Wanita.


Dengan cara pemakanan kebanyakan wanita sekarang yang tidak dijaga selain gaya hidup tidak sihat, wanita turut berisiko dengan serangan jantung. Bagaimana pun kesedaran terhadap ancaman penyakit jantung kalangan wanita ini kurang kerana kita lebih prihatin dengan masalah kanser yang sangat membimbangkan ketika ini.

6 Tanda Serangan Jantung Yang Hanya Dialami Oleh Kaum Wanita

Walaupun serangan jantung lebih banyak berlaku kalangan wanita berusia 65 tahun ke atas namun ancaman sakit jantung koronori kalangan wanita muda tidak boleh dipandang ringan. Makanan tinggi kalori, lemak, gula dan tidak bersenam yang menjadi gaya hidup sebahagian besar kita mendekatkan kaum wanita dengan masalah serangan jantung.

Oleh itu adalah penting untuk kaum wanita sedar tentang tanda-tanda serangan jantung ini tambah lagi simptom serangan jantung pada wanita berbeza dengan lelaki.

1. Rasa sakit di bahagian belakang, leher, rahang dan lengan

Tanda ini mungkin mengelirukan kerana kebiasaannya simptom serangan jantung berkait dengan sakit di dada atau di bahagian lengan kiri bukan pada leher dan rahang.

Sakit di bahagian ini mungkin datang secara tiba-tiba dan sangat tidak menyelesakan. Ia boleh menyebabkan anda terbangun di tengah malam jika mengalaminya.

2. Sakit perut


Beberapa kes serangan jantung, wanita mengalami rasa sakit perut yang amat. Seperti ditekan oleh sesuatu yang berat.

3. Peluh sejuk


Peluh pada waktu sejuk memang tanda biasa wanita yang mengalami serangan jantung. Ia lebih terasa seperti berpeluh kerana stres bukan seperti kita berpeluh kerana bersenam atau berada di persekitaran panas.

4. Tercungap dan pening

Nafas pendek atau cepat tercungap seperti baru lepas berlari walaupun sebenarnya anda hanya duduk, tidak berbuat apa-apa.

5. Cepat penat

Walau pun sudah berehat, rasa letih tetap dirasai. Rasa letih walaupun hanya berjalan ke bilik air.

6. Tekanan dan sakit di dada

Sakit dada, rasa panas dan tekanan di bahagian dada adalah simpton serangan jantung tak kira lelaki atau wanita. Akan tetapi ada pesakit yang mengalami simptom sakit bukan di bahagian dada belah kiri tapi keseluruhan.

Jika ia tidak reda selama beberapa minit, ada baiknya segera ke hospital atau klinik.

Nota: Simptom ini turut mengambil kira kekerapan simptom ini berlaku. Dapatkan pemeriksaan jika kerap merasainya.

Sumber