Showing posts with label informasi. Show all posts
Showing posts with label informasi. Show all posts

Tuesday, 2 October 2018

Nak Cepat Terpilih Pergi Naik Haji? Ini Caranya...


Seorang pengguna FB telah menulis dalam akaun FBnya tips bagaimana dapat pergi haji lebih awal daripada tahun giliran yang sebenarnya.

TIPS PERGI HAJI DI USIA MUDA.

Tahukah anda? Kalau anda baru mendaftar haji dalam masa terdekat ini, giliran anda menunaikan Haji adalah pada tahun 2100 ke atas? (Diberitahu dalam kursus Haji Perdana baru-baru ini.) Sanggup anda menunggu sepanjang tempoh itu?

Jangan risau. Itu cuma anggaran tahun. Tak mustahil boleh dipercepatkan lagi dengan izin Allah. Di sini saya nak kongsikan beberapa langkah yang boleh kita usaha demi mendapatkan giliran haji ketika usia muda atau sekurang-kurangnya untuk "lajukan" giliran kita. Cara-cara ni semuanya inshaAllah boleh dilakukan oleh anda semua.

Saya tulis ringkas dalam bentuk point sahaja ya, supaya lebih jelas dan mudah difahamkan. Ada 4 langkah semuanya;

1) Buka akaun Tabung Haji.

2) Daftar Haji.

Untuk mendaftar, anda perlu ada sekurang-kurangnya RM1300 di dalam akaun Tabung Haji. Kemudian anda akan diberi jangkaan tahun berapa anda bakal menunaikan haji. Lokasi untuk mendaftar: Di mana-mana cawangan TH, laman web TH, Cawangan Uniteller Bank Islam dan Bank Rakyat, ATM / CDM Maybank, atau ATM BIMB

3) Kumpulkan duit sekurang-kurangnya RM10k.

Mungkin part ni kita akan rasa susah sedikit. Tapi kalau kita memang betul-betul bersungguh nak capai RM10k tu, inshaAllah tempoh menunggu tu tidak lama jika kita konsisten menabung. (Contoh cara menabung akan diberitahu di akhir artikel).

4) Buat surat rayuan. (Contoh surat rayuan sila rujuk di akhir artikel ini)

a) Bila duit dalam akaun anda dah cukup RM10k, anda dah boleh mula buat rayuan. Kalau tak cukup RM10k pun sebenarnya boleh merayu, tapi kebiasaannya pihak Tabung Haji akan melihat adakah wang kita sudah mencukupi untuk membayar pembiayaan haji. Dikhuatiri jika rayuan diluluskan, tiba-tiba duit belum cukup, jadi tawaran perlu ditolak dan perlu diganti dengan orang baru. Jadi sebaiknya anda cukupkan dahulu RM10k tersebut di dalam akaun anda.

b) Setiap tahun, Tabung Haji akan membuka kaunter rayuan Haji. Anda perlu alert bilakah tarikh kaunter ini dibuka. Ia tidak dibuka sepanjang tahun. Ketika inilah ramai orang akan mula menulis surat rayuan dan menyatakan sebab-sebab kukuh mengapa pihak Tabung Haji perlu meluluskan rayuan mereka. (untuk surat rayuan ini, cubalah beri alasan dan sebab yang kuat mengapa pihak Tabung Haji perlu meluluskan rayuan anda).

c) Kalau anda nak tahu, untuk Haji tahun ini tahun 2016, ada sekitar 2500 orang sekitar Lembah Klang yang dijadualkan akan menunaikan haji, namun selepas ujian pemeriksaan kesihatan, 60% tidak lulus (atas faktor kesihatan) dan tidak dapat meneruskan proses seterusnya untuk menunaikan haji. Bermakna, ada banyak kuota baru yang kini kosong! Itu baru cerita di Lembah Klang, pastinya setiap negeri setiap daerah akan ada kuota kosong yang perlu diganti dengan orang lain. Mungkinkah anda orangnya? Tak mustahil.

d) Ada lagi kuota kosong pada setiap tahun akibat kematian. Iaitu apabila calon haji itu meninggal sebelum sempat menunaikan haji pada tahun tersebut. Jika yang meninggal itu lelaki, dan dia pada asalnya mahu menunaikan haji dengan isterinya, bermakna kuota isterinya juga perlu diganti dengan orang lain. Kerana wanita yang kematian suami, di dalam tempoh iddah, tidak boleh menunaikan ibadah haji.

e) Nak lagi kuota kosong? Yang ini mungkin tidak terlalu banyak, tetapi biasanya tetap ada, iaitu wanita yang hamil sebelum berangkat menunaikan haji. Jika dia sepatutnya menunaikan haji pada tahun sekian-sekian, tetapi ditakdirkan dia hamil sebelum berangkat, maka pihak Tabung Haji tidak akan membenarkannya menunaikan haji. Jadi akan ada lagi kuota kosong untuk anda.

Jadi jelaslah di sini bahawa sebenarnya ada sangat banyak peluang untuk anda mendapatkan kuota haji dan tidak perlu menunggu giliran tahun yang asalnya ditetapkan oleh pihak Tabung Haji untuk anda. Boleh jadi giliran anda pada asalnya ialah tahun 2048, tapi pada tahun 2019 anda sudah berjaya mendapatkan giliran setelah membuat rayuan. Tidak mustahil, dengan izin Allah.

Tentang bilakah tahun yang anda akan dapat tu, ia bergantung kepada Allah, Allah melihat usaha kita, dan percayalah, Allah tidak akan mensia-siakan setiap usaha hambaNya. Namun jika giliran itu tetap juga tidak datang seawal yang anda harapkan, usahlah kecewa, teruskan berusaha, teruskan membuat rayuan SETIAP TAHUN dan yang pasti, berdoalah di sepertiga malam tentang hasrat anda untuk mengunjungi rumahnya, buktikan anda betul-betul mahu ke sana.

Ibadah haji bukan milik orang kaya. Ia milik semua. Ada orang kaya yang tidak dapat pergi kerana masalah kesihatan, ada orang yang kurang kaya tapi dapat juga akhirnya menunaikan haji kerana gigih menabung serta tidak henti berdoa. Allah yang berhak pilih siapakah tetamunya, maka buktikanlah kepada Dia bahawa anda sungguh-sungguh mahu ke sana dengan segera, ketika umur masih muda dan jasad masih kuat.

Nota cara menabung secara ringkas:

1) Untuk menabung dalam tempoh 8 tahun: RM25 seminggu atau sehari RM3.60 sahaja. (Setahun ada lebih kurang 52 minggu. Setahun= RM25 x 52 minggu = RM1300. RM1300 x 8 tahun = RM10400). Atau, nak lagi cepat?

2) Untuk menabung dalam tempoh 4 tahun: RM50 seminggu atau sehari RM7.14 sahaja. (Setahun ada lebih kurang 52 minggu. Setahun= RM50 x 52 minggu = RM2600. RM2600 x 4 tahun = RM10400).

Kesimpulannya kalau sekarang umur anda masih di awal 20-an, tak mustahil sebelum umur 30 anda sudah boleh menunaikan haji, atau selewat-lewatnya sebelum anda mencecah 40 tahun, inshaAllah fizikal masih sihat ketika itu.

P/S: Atau nak cara lebih cepat untuk dapat kuota haji, kahwinlah dengan orang yang giliran hajinya tidak lama lagi. Jika suami sahaja yang mendapat tawaran, isteri boleh buat rayuan dan kebiasaannya pihak Tabung Haji akan luluskan permohonan tersebut tapi pastikan RM10k tersedia di dalam akaun Tabung Haji. Dan untuk kes isteri (yang berumur 44 tahun ke bawah) yang mendapat tawaran haji, suami tak perlu risau kerana secara automatik suami akan dapat pergi bersama isteri kerana si isteri wajib ada mahram.

[Edited: Tambahan tips dari saudara Syafiq Kamil. - Saya berminat untuk tambah info sikit. Bagi yang nak daftar haji, tapi belum cukup wang permulaan sebanyak RM1300, anda hanya perlu print penyata KWSP anda yang terkini dan bawa bersama ketika mendaftar di kaunter TH. Buka akaun TH cuma bayar RM10, manakala daftar haji pula PERCUMA (asalkan ada penyata KWSP). Yang penting daftar siap2, insyaAllah rezeki akan datang kemudian. Dah cuba, memang senang. Pihak TH juga minta war-warkan perkara ini.]

BAGAIMANA MAHU BUAT RAYUAN PERGI HAJI?

Untuk permohonan rayuan haji, sila kemukakan surat rayuan dalam format surat rasmi yang lengkap bertandatangan kepada:

Bahagian Operasi Domestik,
Lembaga Tabung Haji,
Lantai 30,
Bangunan Ibu Pejabat TH,
201 Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.

Isi kandungan surat rayuan:

  1. Nama penuh
  2. Nombor akaun TH
  3. Nombor MyKad
  4. Tujuan rayuan
  5. Tandatangan

Bakal Haji juga boleh melampirkan dokumen berkaitan sebagai sokongan kepada rayuan tersebut.

*****
Contoh Surat Rasmi Rayuan Haji 1440H.

Rosana Binti Mokhtar
Lot 1234, Jalan Sinar,
Kampung Harapan,
84000 Muar,
Johor.

02 Oktober 2018

Kepada,

Bahagian Operasi Domestik,
Lembaga Tabung Haji,
Lantai 30,
Bangunan Ibu Pejabat TH,
201 Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.

Tuan/Puan,

PERKARA: RAYUAN UNTUK MENDAPAT TEMPAT MENUNAIKAN HAJI PADA MUSIM 1440H/2019M

NAMA PENUH: ROSANA BINTI MOKHTAR
KAD PENGENALAN: 450101-01-0400
No AKAUN TH: 12345678
______________________________________________________________________

Perkara di atas adalah dirujuk.

Saya memohon jasa baik dan budi bicara yang ikhlas daripada pihak tabung Haji agar dapat menawarkan tempat kepada saya untuk menunaikan Haji pada tahun 1440H atau 2019 Masihi.

Saya memohon dipercepatkan kerana usia yang telah lanjut (73 tahun) dan saya telah 5 kali menjalani Kursus Haji tetapi masih dalam senarai menunggu. Simpanan saya juga telah mencukupi untuk menunaikan haji dalam waktu terdekat ini.

Semoga pihak tabung haji dapat menunaikan rayuan saya yang tersebut di atas.

Sekian, terima kasih.

Yang mengharap,

(ROSANA BINTI MOKHTAR)
No K/P: 450101-01-0400

*****
Surat rasmi rayuan ini boleh dihantar ke Tabung Haji Contact Center (THCC) melalui:

  • e-mel - th-info@lth.gov.my,
  • faks 03-77284959, atau
  • menghantar surat rayuan haji ke cawangan TH berhampiran.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Tabung Haji Contact Center (THCC) di talian 03-62071919 - THCC

Silakan share untuk manfaat bersama atau sebagai rujukan anda pada masa hadapan.

Kredit

Sunday, 30 September 2018

Sekarang, Borneo Sudah Tahu. Wajib Satu Dunia Diberitahu Bahawa Malaya Sudah Tipu United Nations.


SOALAN: Pakcik, kalau kau mau pakai Malaysia Agreement 1963 dalam kes kau, silakan, tapi jangan pakai IGC Report 1962. Tidak ada pengiktirafan dalam Agreement, Parlimen Malaysia dan Executive. Satu lagi, jangan kau bilang Malaya menyamar sebagai Kerajaan Persekutuan Malaysia. Mana bukti kau?

JAWAPAN: Dua kali awak silap di sana. Silakan awak pergi golong sebatang rokok daun, panjang cerita kita ini hari, tapi banyak maklumat berguna untuk orang terpelajar seperti awak.

Pertama, berkenaan IGC atau Inter-Governmental Committee Report. Pakcik jawab yang ini dulu kerana jawapan ini ada kaitan dengan soalan kedua.

IGC Report 1962 adalah sah dan laku, seharusnya dibaca bersama dengan Malaysia Agreement 1963, dan ianya disebut secara terang-terang dalam Article VIII di dalam MA63.

Article VIII bilang bilamana terdapat kekurangan di dalam Perlembagaan Malaysia berkenaan perkara-perkara yang membabitkan SabahSarawak haruslah segera merujuk kepada IGC Report, khususnya Chapter 3 dan Annexes A and B of the IGC Report.

Malaysia Agreement bukan manifesto. Apa yang sudah ditulis sebelum Malaysia dan selepas Malaysia tidak boleh diubah. Alasan-alasan seperti hutang 1 trillion atau tak cukup data tidak boleh diterima. Persekutuan Malaysia adalah Perjanjian Antarabangsa. Perjanjian tetap Perjanjian. Kalau tidak diperincikan dalam MA63, boleh rujuk dalam IGC Report. MA63 dan IGC Report adalah suami isteri. Sudah jelas?

Kedua, persoalan epik zaman-berzaman. Ke manakah hilangnya Malaya?

Article VIII juga ada menyebut secara khusus harus ada tiga kerajaan membuat keputusan perundangan, executive atau lain-lain tindakan bersabit Persekutuan Malaysia. Seharusnya ini yang berlaku sejurus selepas "Malaysia Day".

Masalahnya ialah ini:

Di dalam Perlembagaan Persekutuan yang ada sehingga ke hari ini tidak ada satu pun definisi "Malaysia Day". Bukan itu sahaja, nama "Federation of Malaya" juga langsung tidak ujud dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam Malaysia Agreement ada tapi dalam Perlembagaan tidak ada.

Apabila tidak ujud istilah Malaysia Day dan Federation of Malaya di dalam Perlembagaan Persekutuan maka perkara di dalam Article VIII di dalam MA63 tidak dapat dilakukan. Stuck. Hanging. Tergantung.

Ada bayang-bayang Malaysia Day. Ada bayang-bayang Malaya. Tapi jasadnya di mana? Bayang-bayang itu pula yang pandai-pandai mengarahkan UMNO masuk Sabah, PPBM masuk Sarawak. Pandai pula hantar Petronas menyedut minyak di perairan Borneo. Nanti bila ditanya apa hak kau masuk sini, dia bilang kami "Persekutuan Malaysia" boleh bah kalau.

Adakah ini disengajakan?

Pakcik bilang YA, ini perbuatan sengaja.

Ke manakah hilangnya Malaya?

Mari kita kembali ke 20 Ogos 1963.

26 hari sebelum Malaysia. Persekutuan Malaysia dibentuk dari Annex A of Malaysia Bill of the Malaysia Agreement. Itu yang Pihak British diberitahukan. Sabah dan Sarawak juga diberitahu begitu. Dan mereka sanggup mengubah status berkerajaan sendiri mereka untuk menjayakan negara baru Malaysia.

Peliknya, Malaya tidak mengubah status mereka di dalam Article 160 Perlembagaan Persekutuan Malaya.

Sebaliknya apa yang berlaku adalah, sejurus selepas Annex A diluluskan istilah Government of the Federation of Malaya yang sudah terpakai semenjak 1957 terpadam hari itu juga. Dan istilah itu diganti dengan satu entiti baru "Malaysia".

Article 160 menjadi sebahagian Perlembagaan Malaysia sehingga ke hari ini dan sehingga kini Article 160 tidak pernah diubah sebagaimana ianya patut diubah pada 1963. Lantaran itu apabila Perlembagaan sekarang menyebut "The Federation" ianya bermaksud "Federation of Malaya 1957" dan bukannya "Federation of Malaysia 1963".

Dan apabila Perlembagaan sekarang menyebut tentang "Merdeka Day" ianya bermaksud 31 Ogos 1957, dan bukannya tarikh sebenar Malaysia dibentuk 16 September 1963.

20 Ogos 1963. 26 hari sebelum Malaysia. Di situ Malaya hilang. Dari situ bermula Malaysia Sesat Malaysia Murtad. Ada pihak tidak jujur. Bukan SabahSarawak yang buat angkara. Malaya yang berbuat durjana.

Berdasarkan fakta-fakta di atas kita boleh merumuskan Parlimen Malaya pada 20 Ogos 1963 dengan sengaja tidak mengubah definisi "The Federation" dalam Article 160. Depan British di London 9 Julai Malaya cakap ya akan ubah. Tapi 20 Ogos di Malaya tidak ubah. Mereka tidak menyangka suatu hari kelak rakyat Sabah Sarawak akan tahu juga.

Sekarang, Borneo sudah tahu. British juga mesti diberitahu. Wajib satu dunia diberitahu yang Malaya sudah tipu United Nations. Siapa bilang? Haji Julaihi Haji Suut yang bilang. #Silakan

BACA INI JUGA:
(Dari Meja Pertanyaan Haji Julaihi Haji Suut)

Wednesday, 26 September 2018

Panduan Memastikan Kestabilan Capaian Internet Semasa Peperiksaan Online SPA.


Ramai calon yang kecewa kerana gagal menjawab dalam peperiksaan online SPA akibat kegagalan sistem atau internet lembab. Sebab utama ialah mereka tak ambil kisah mengenai saranan, tips dan panduan yang telah SPA keluarkan agar memudahkan kelancaran peperiksaan online dijalankan.

Dibawah adalah panduan ringkas untuk membantu calon di dalam persediaan menduduki Peperiksaan Online SPA. Terdapat beberapa faktor utama yang dikenalpasti menyebabkan gangguan terhadap capaian internet. Diantaranya adalah seperti berikut:

1. Virus, Malware, Spyware

Sekiranya dijangkiti, sistem pengoperasian komputer boleh terganggu dan gagal beroperasi dengan baik. Ini juga boleh menyebabkan gangguan terhadap capaian internet.

Pencegahan: Guna antivirus yang diyakini selamat. Sila scan komputer anda dan pastikan pattern antivirus yang digunakan adalah terkini.

2. Browser (add on dan plugin terlalu banyak)

Sesetengah plugin atau add on adalah spyware. Ini boleh memudaratkan prestasi kelajuan capaian ke internet komputer anda.

Pencegahan: Anda boleh menggunakan tetapan default setting bagi browser masing- masing. 

Contoh: 

i. Internet Explorer: internet option > Advanced > Reset Internet Explorer settings 
ii. Chrome: Setting > Reset Settings


Penggunaan browser Mozilla, Google Chrome, Internet Explorer dan Safari adalah yang dicadangkan bagi capaian ke Sistem Peperiksaan Online SPA.

3. Kuota Internet (Pengguna Broadband)

Jika kuota internet anda telah hampir mencapai had maksimum, ini boleh mengakibatkan gangguan capaian internet semasa menduduki Peperiksaan Online SPA.

Pencegahan: Sila pastikan kuota capaian internet anda mencukupi sebelum menduduki Peperiksaan Online SPA.

4. Windows Firewall

Penggunaan Windows Firewall adalah satu cara untuk mengelak dari sebarang ancaman penceroboh. Namun sekiranya tetapan firewall rules yang dilakukan tidak menepati keperluan dan kegunaan seharian, ia boleh mengganggu sistem komputer anda.

Pencegahan: Sila pastikan firewall rules, tidak mengganggu aplikasi rangkaian internet yang sering digunakan.

5. Fungsi Auto Update Perisian

Banyak perisian sekarang yang mempunyai fungsi auto update dari internet secara percuma mahupun berbayar. Proses ini boleh mengganggu prestasi kelajuan capaian internet anda.

Pencegahan: Gunakan msconfig untuk menetapkan setiap program yang jarang anda gunakan supaya tidak autorun pada masa startup. Anda boleh menyemak semula senarai service (dari administrative tools - dalam control panel) yang diprogramkan untuk larian secara auto. Sekiranya tidak perlu, disable service tersebut.

Semoga Berjaya!

Tuesday, 11 September 2018

Takwim Persekolahan Dan Jadual Cuti Sekolah 2019.


Takwim Persekolahan Dan Jadual Cuti Sekolah 2019

Takwim persekolahan termasuk hari persekolahan dan jadual cuti 2019 yang telah dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kumpulan A: Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Johor, Kelantan & Terengganu.


Kumpulan B: Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya.


Takwim persekolahan ini bagi memudahkan pihak ibu bapa atau mereka yang ingin merancang sesuatu sepanjang tahun 2019.

Sumber

Friday, 7 September 2018

Kisah Blossom Wong, Bekas Perisik Wanita PDRM Berbaju Cheongsam.


Generasi baru mungkin tak pernah dengar atau kenal siapakah dia Blossom Wong Kooi Fong. Gambarnya bersama adik Presiden Kennedy, Robert F. Kennedy pernah tersebar di laman media sosial satu ketika dahulu dengan penampilan bergaya dan klasik.

Beliau antara wanita yang telah membukitkan kepada dunia bahawa kaum hawa juga mampu melakukan pekerjaan lelaki sehingga mendapat pengiktirafan luar negara.

Jadi, siapa sebenarnya Blossom Wong Kooi Fong?

KALAULAH KISAH BEKAS PERISIK PDRM INI DIFILEMKAN…

Aku pernah tulis mengenai beliau tak lama dulu. Namanya Supritendan (B) Blossom Wong Kooi Fong. Tak ramai yang tahu kisah Blossom sehinggalah beberapa tahun lepas fotonya mengiringi adik Presiden Kennedy, Robert F. Kennedy sewaktu melawat Malaysia sekitar tahun 60’an, menjadi viral di internet di Amerika Syarikat.

Sunday Times pernah interview dia. Meh aku nak cerita siapa Blossom ini. Beliau yang kini berusia dalam 79 tahun, menyertai pasukan polis beberapa bulan sebelum negara kita mencapai kemerdekaan.

Tamat latihan, beliau ditugaskan sebagai Inspektor dalam Cawangan Khas (SB) dan tugas utamanya adalah melakukan penyamaran bagi mendapatkan maklumat pergerakan komunis.

Sepanjang penyamarannya, pihak komunis langsung tidak menyedari gadis kecil molek yang sering berbaju cheongsam ini adalah seorang inspektor, ini termasuk anggota polis sendiri!

Empat tahun kemudian, Blossom diarahkan ke Perak dan diarahkan menjaga lima buah balai polis dibawahnya. Selepas berkahwin pada tahun 1962, beliau ditukarkan ke Kuala Lumpur.

Ketika inilah beliau sering diberi tanggungjawab mengiringi keselamatan ramai VVIP dan tetamu kenamaan negara, antaranya isteri Presiden Korea Selatan, Park Chung-hee, Perdana Menteri Jepun, Eisaku Sato, Kennedy dan ramai lagi.

Pada tahun 1966, beliau mula ditukarkan sebagai pegawai penyiasat Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat di Kuala Lumpur.

Ketika inilah Blossom terus ‘mengganas’ apabila sering terlibat dalam penyamaran dan operasi membanteras kegiatan haram di ibu negara hingga mencapai banyak kejayaan.


Kehebatan Blossom membuatkan beliau terpilih mengetuai Bahagian Keganasan Se ksual, Penderaan Kanak-Kanak dan Keganasan Domestik di Bukit Aman sebelum bersara pada tahun 1993.

Kalaulah kisahnya difilemkan...

Sumber

Wednesday, 5 September 2018

Gaji Minimum Sektor Swasta RM1,050 Berkuatkuasa 1 Januari 2019.


Kerajaan mengumumkan kadar gaji minimum seragam bagi seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak ditetapkan sebanyak RM1,050 sebulan atau RM5.05 sejam berkuat kuasa 1 Januari depan.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, sebelum ini, Perintah Gaji Minimum 2016 memperuntukkan kadar gaji minimum sebanyak RM1,000 sebulan bagi Semenanjung dan RM920 sebulan bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Menurutnya, seperti diperuntukkan Seksyen 25, Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta732), Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) selesai membuat kajian semula terhadap Perintah Gaji Minimum 2016 dan syor-syor MPGN juga sudah dibincangkan oleh Kabinet hari ini.

Katanya, selepas menimbang syor MPGN daripada pelbagai sudut, kerajaan buat pertama kali bersetuju untuk melaksanakan kadar gaji minimum yang seragam bagi seluruh negara.

Kerajaan juga memutuskan untuk tidak memberikan sebarang subsidi kepada majikan kerana kekangan kewangan semasa negara.

“Peningkatan gaji minimum ini adalah selaras dengan situasi ekonomi semasa negara. Kita harus waspada bahawa sebarang peningkatan gaji yang drastik bakal menimbulkan masalah lain kepada industri yang juga boleh menggugat daya saing negara.

“Adalah lebih wajar jika gaji minimum dinaikkan secara berkala dalam tahun-tahun akan datang supaya industri terutamanya majikan kecil, tidak menutup perniagaan mereka akibat kos operasi yang tinggi yang bakal menyebabkan pemberhentian pekerja.


“Majikan dan peniaga juga diseru supaya tidak menaikkan harga barangan dan perkhidmatan susulan kenaikan gaji minimum ini. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dimohon untuk memantau perkara ini,” katanya.

Sementara itu, Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran berkata, ia adalah satu berita gembira kepada rakyat Malaysia.

Loading...

Friday, 31 August 2018

Facelift Baru Perodua Alza Didedahkan Dalam Ucapan Merdeka.


Ini memang tidak dijangka. Dalam ucapan Merdeka yang diposting di halaman Facebook rasminya, Perodua telah memberi gambaran pertama mengenai facelift Alza yang baru. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, MPV tujuh tempat duduk akan diberikan kemaskini sebelum penggantian baru diperkenalkan.

Imej yang dilampirkan menunjukkan bahagian depan Alza yang baru, fascia yang agak berani. Bumper baru adalah perubahan utama di sini, intake yang lebih rendah membuatkan posisi lampu kabus beralih sedikit kedudukannya. Kawasan-kawasan ini ditandakan dengan jelas dalam warna hitam, yang membentuk isyarat reka bentuk berbentuk X di samping warna badan utama kereta.


Menggantikan bumper juga mengakibatkan pengantian gril baru yang tidak lagi dirangka oleh sekeping trim krom. Sebaliknya, terdapat dua bilah dengan lencana Perodua di tengah, sementara jalur hitam kecil di antaranya dan bonet.

Perodua Alza S 2015

Di kawasan lain, lampu depan kereta kelihatan sama seperti sebelumnya, walaupun bahagian dalam telah menjadi gelap untuk menyerlahkan lagi komponennya. Perkara yang sama boleh dikatakan mengenai roda, yang kelihatan seperti yang sedia ada pada Alza 1.5 Advanced tetapi dalam naungan yang lebih gelap.

Perubahan juga melibatkan bahagian belakang Alza dan juga ruang dalamannya, dengan yang kedua ini mungkin melibatkan trim dan peralatan baru. Di bawah bonet, Alza menggunakan enjin 1.5 liter Dual VVT-i Myvi (2NR-VE) yang menjadikan 102 hp dan tork 136 Nm di hatchback.

Walaupun unit 2NR-VE menyediakan keluaran yang sama dengan unit 1.5 liter DVVT Alza semasa (3SZ-VE), ia mendapat manfaat tambahan Dual VVT-i untuk kecekapan bahan api dan pelepasan ekzos yang lebih baik.

Loading...