Showing posts with label luahan hati. Show all posts
Showing posts with label luahan hati. Show all posts

Friday, 24 November 2017

'Terkejut Tengok Mulut Isteri Macam Ni, Normal Ke?' - Warganet Ketawa Baca Luahan Suami Ini…


“Allahu, terkejut saya. Macam nak pengsan,” demikian reaksi awal apabila si suami melihat ‘kelebihan’ isterinya yang baru dia kahwini dua minggu lalu.

In the begining katanya, dia tidak percaya apabila isteri memberitahu yang dia mempunyai ‘kelebihan’ yang luar biasa, iaitu melipat mulutnya.

“Terkejut saya tengok mulut isteri saya macam ni. Dia cakap bibir dia boleh lipat. Saya macam tak percaya. Kemudian saya suruh dia lipat, nak tengok depan-depan. Allahu, terkejut saya macam nak pengsan.

“Soalan saya, normal ke ada sesetengah orang boleh lipat (bibirnya) macam ni? Ada ke yang boleh lipat? Kalau tak normal, saya nak bawa dia pergi ke hospital,” soal si suami, memetik kenyataannya dari laman Facebook Kisah Rumah Tangga.

Pertanyaan si suami mengundang pelbagai reaksi kelakar dari netizen. Antaranya, ada beberapa wanita yang cuba melipat mulut mereka.

“Tak tahu nak gelak atau simpati. Nak gelak, rasa berdosa pula. Tengok gambar ini teringat semalam ada tengok satu video mamat negro mulut dengan bibir dia yang besar. Mulut dia boleh sumbat satu tin air coke.

“So normal lah tu bro. Mungkin isteri awak ada kelebihan begitu, mulut elastik. Tak perlu bawa dia ke hospital, nanti kecil hati dia. Pujilah isteri dan tepuk tangan sikit sebagai tanda awak kagum dengan kelebihan dia.

“Tapi kena selalu perhatikan isteri awak, takut nanti periuk belanga dia sumbat masuk dalam mulut pula,” seloroh Afny Reanna Aryanna.

“Dengan secara tiba-tiba saya cuba melipat mulut sendiri. Serius memang tak jadi. Buruk benor muka renyot-renyot. Apa pun isteri awak memang istimewalah, boleh lipat-lipat mulut dia,” kata Rose Feb.

Adakah korang tengah cuba melipat bibir selepas membaca post ini? - KRT

Loading...

Wednesday, 22 November 2017

Luahan Hati Seorang Bapa Menerima Keputusan UPSR Anak Perempuannya. SEDIHNYA...

Saya terbaca sebaran poster kenyataan Dato Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia.


Beliau berpesan supaya pada hari keputusan UPSR diumumkan, tidak perlu diadakan majlis khas meraikan pelajar cemerlang 6A sedang ratusan calon murid UPSR lain hanya memerhatikan dengan perasaan diri mereka tidak dihargai.

Betapa saya merasai pengalaman 'getir' itu sebelum ini. Bukan sebagai murid. Tetapi sebagai bapa.

Pada hari itu, subuh lagi isteri sudah berpesan, "Abang, nanti jangan lupa datang sekolah. Zulfa ambil UPSR hari ni."

Saya hanya angguk dan senyum. Mana mungkin saya lupa.

Kali pertama dalam hidup anak sulung menerima keputusan peperiksaan besar.

Pagi itu, saya ke pejabat dulu. Rakan sepejabat pelik melihat saya masih berlegar-legar di meja.

"Encik Ammar tak pergi ambil result anak?"

"Relakslah. Bukannya keputusan keluar terus. Menteri umum dulu, baru result boleh ambil."

Terus menyambung kerja-kerja yang sedang menunggu.

Henfon berpusing di meja diiringi deringan lagu lembut.

"Abang, dah gerak dari ofis belum?"

"Belum. Baru nak gerak." Sambil menolak kerusi merapat ke meja.

"Result dah boleh tengok online. Tapi Ryn tak berani nak tengok. Kalau abang nak tengok, tengoklah. Tapi jangan beritahu Ryn."

Lif dari tingkat 7 turun ke B1 hari itu terasa sangat perlahan. Jantung berdegup lain dari biasa. Detak dan berombak seperti berlari.

Ya, saya gugup.

Zulfa sederhana saja di sekolah. Dari darjah 1 hingga 6, sering juga berpindah kelas. Pernah merasai kelas tertinggi semasa darjah 5, tetapi turun ke kelas kedua untuk menghadapi UPSR.

Tiada apa yang istimewa pada pencapaian. Jarang dia menerima anugerah akademik. Tetapi saya tidak boleh menyangkal seperkara. Dia anak rajin dan tak banyak soal. Diminta belajar, dia belajar. Diminta menolong kerja di rumah, dia menolong.

Walaupun akademik sederhana, tidak pernah saya rasa mahu memarahi Zulfa.

Dalam perjalanan balik dari sekolah selepas KAFA, dia akan tertidur kepenatan di dalam kereta.

Sampai saja di rumah, terus mandi dan menyelesaikan kerja-kerja sekolah tanpa disuruh.

Tiba maghrib, dia berhenti solat sendiri.

Selepas makan malam, sambung semula menyiapkan kerja sekolah.

Ada hari, apabila tiada kerja sekolah, dia menilik jadual belajar di dinding dan terus membuat latihan dalam buku aktiviti. Tanpa suruh.

Ada masa, dia minta saya mengajar apa yang sukar dia fahami. Tanpa sedar, kadang-kadang saya tertidur atas katilnya. "Abah, Zulfa nak tidur." Saya melihat jam dinding, pukul 12 malam.

Hari minggu, dia selalu memujuk rayu minta untuk belajar di rumah kawan. Jika tidak diizin, monyok sepanjang hari.

Bukan kami tak sokong, tetapi jarak rumah ke Putrajaya bukannya dekat. Rasanya, cukup setiap hari, abah mama berulang alik untuk kerja. Tidak betah rasanya hari minggu masih memandu jauh.

Tapi rajuknya sebentar. Sedang kami leka, dia sudah di dalam bilik, belajar sendiri.

Untuk anak yang begini, apa lagi mahu saya paksa.

Lalu, fahami saja jika saya gugup pagi itu.

Sebagai bapa, saya boleh menerima apa saja. Dengan usaha Zulfa, saya tidak menyesal apa-apa. Saya sudah melihat prosesnya. Hasilnya hanya bonus bagi saya.

Tetapi dia. Bagaimana dia?

Bukankah di mana-mana pun orang berkata, usaha tangga kejayaan. Mudah fahamnya, berusaha, pasti berjaya. Jika sudah usaha, tetapi tidak berjaya?

Saya tinggalkan soalan itu begitu saja. Kerana berjaya itu luas tafsirannya.

Lagipun, beberapa minggu sebelum itu, Zulfa pernah berbincang hati ke hati dengan saya. Dia sudah usaha, dia terima saja apa keputusannya. Ketika itu saya sudah lega. Harapnya apabila hari itu tiba, dia benar-benar kota apa dikata.

Ikon Google Chrome di henfon saya sentuh dan biarkan 'loading'. Alamat url yang disebut isteri saya taipkan satu persatu. 'Enter'. Paparan telah tersedia. Masukkan no. IC dan angka giliran, keputusan dipaparkan.

Lama saya duduk dalam kereta yang enjinnya telah dihidupkan. Sungguh saya tidak kecewa. Tidak. Saya sedang mencongak-congak bagaimana mahu berhadapan Zulfa. Apa yang saya lihat terpapar di skrin sudah saya redhakan. Sekarang ini, ayat apa mahu saya ucapkan nanti.

"Abang, guru besar belum balik dari pejabat PPD untuk ambil keputusan. Tapi Ryn dengar 'result online' dah keluar. Abang dah tengok?"

"Dah." Perlahan dan bergetar. Isteri, dari intonasi saja sudah terbaca di hati apa yang saya cuba sampaikan dari getar itu.

"Allah bang..." Itu saja yang terungkap dari mulut isteri selepas saya didesak untuk memberitahu keputusannya. Aneh juga wanita bergelar ibu. Satu masa dia berpesan seperti tak mahu peduli. Tidak lama dia pula mendesak untuk mengetahui.

Ketika itu, saya seperti baru memahami apa perasaan seorang doktor yang sudah tahu pesakitnya menghidap kanser tahap 4 dan didiagnos sukar untuk diubati lagi. Perasaan mahu mengkhabarkan berita itu, seperti pedih menoreh dada.

Dari jauh, saya mendengar pengumuman nama anak-anak bertuah yang memperoleh 5A. Menaiki tangga menuju dataran sekolah, terhidang di hadapan saya deretan anak-anak yang sedang duduk beratur menunggu nama masing-masing dipanggil.

Saya mencari kelibat Zulfa dan menangkap dia sedang bergelak ketawa mengusik rakan-rakan dalam barisan yang berada sedikit ke tengah.

Dia sedang enak ketawa dan hati saya pula sedang mendung. Dia masih belum tahu keputusan, sedangkan saya masih gagal menemui kata terbaik mahu diungkapkan.

Zulfa terpaling ke arah saya, melambai-lambai dan menunjukkan ibu jari tanda bagus. Itu keyakinan dia ketika itu.

"Ya Allah, teruji sungguh hati ini hari ini." Saya hanya mampu bersandar pada dinding.

Selepas menamatkan bercakap dengan ibu seorang pelajar, isteri datang merapati, "Bang, tengok Zulfa tu bang. Dia seronok lagi tu. Tak tahu apa. Kesiannya dia bang." Mata isteri mula berair.

Saya memerhati Zulfa dari jauh. Kepalanya terdongak-dongak menanti namanya dipanggil. Sesekali dia bertanya kawan hadapan, nama siapa yang disebut apabila tidak dapat mendengar dengan jelas. Kawan sekeliling yang tadi ramai, sudah mula bangun seorang demi seorang meninggalkan dia. Yang dapat 4A sudah. Yang dapat 3A sudah. Sedang diumum mereka yang 2A. Dia mula gelisah.

"Allah, Allah, Allah..." Itu saja mampu saya dalam hati. Kau takkan mampu untuk pandang wajah dia yang sedang menanti itu.

Zulfa memandang saya dari tempat duduknya. Kali ini, pandangannya tidak seceria dan bercahaya seperti awal tadi. Dia seperti sudah mengagak sesuatu. Jika kau pernah lihat wajah anak yang sedang bersalah, itulah wajah Zulfa ketika itu. Cuma kali ini, dia tidak salah, dia tidak berbuat apa dosa pun. Dan itu yang menyebabkan airmata seorang ayah hampir tumpah.

Sebaik saja slip peperiksaan bertukar tangan, barulah wajah putih tadi mula merah. Saya membiarkan saja dia memilih bahu siapa yang mahu dipinjam. Ternyata bahu yang diperlukan adalah ibu. Berlaku drama airmata yang kehilangan skrip. Tiada sebarang kata-kata, hanya pelukan penuh emosi hiba.

Saya berjaya mengawal 'ego' seorang lelaki pada pagi itu hanya untuk menanti akhirnya airmata itu tumpah pada waktu berdoa selepas solat maghrib berjemaah.

"Ya Allah, kami bersyukur dengan apa yang telah engkau rezekikan kepada kami ya Allah. Selepas segala usaha, jika ini yang kau berikan pada kami, penuhkan hati kami dengan rasa cukup ya Allah. Tidak ada kuasa yang mampu memberi bahagia melainkan engkau ya Allah.

Tanpa dirancang, saya berpaling ke belakang dan menitipkan doa khusus untuk Zulfa ketika itu.

Ya Allah, Zulfa sudah berusaha sebaiknya ya Allah. Dia sudah redha dengan hasil yang diperolehi ya Allah. Kau kuatkanlah hatinya ya Allah. Jangan kau padamkan api semangatnya yang mahu terus menimba ilmu-Mu ya Allah.

Sesungguhnya, kami sangat LEMAH ya Allah.... "

Sebut saja perkataan LEMAH, serentak itu juga, jatuh habis airmata yang dari pagi diempang. Saat itu, sebagai bapa, betapa saya sedar, sekalipun kau manusia boleh berusaha tanpa batas masa, menghimpun segala kepandaian manusia, merancang strategi 'pasti berjaya', apabila akhirnya Allah putuskan begitu, maka begitulah! Kau tidak akan berdaya. Kau selemah-lemah manusia.

Lama saya terhenti. Jelas ada esak tangis juga di belakang saya. Ya, ego manusia jatuh. Mana lagi mahu meminta pertolongan jika bukan dari-Nya.

Saya serahkan sepenuhnya urusan untung nasib persekolahan anak saya seterusnya pada Allah.

Ketika itu, baru terasa betapa nikmatnya hati yang bulat sepenuhnya, lillahi taala.

****

Alhamdulillah... Selepas satu tahun, saya mula nampak mengapa Allah menyusun apa yang berlaku sedemikian rupa. Di sekolah menengah, Zulfa sangat berbeza dari dia yang saya kenal di sekolah rendah sebelum ini. Potensinya dicungkil dalam pelbagai bidang. Mendapat rakan-rakan sekolah yang bagus akhlak. Dia seperti tidak terkesan langsung dengan apa yang berlaku tahun sebelumnya. Saya lega.

Cukuplah sekali itu. Saya memang berharap keputusan peperiksaan tidak lagi diumumkan sedemikian rupa. Serahkan saja keputusan peperiksaan mengikut nama kepada anak murid dan biarkan mereka membaca sendiri keputusan mereka. Mana yang keputusannya cemerlang, sekolah boleh raikan dalam satu majlis khas buat mereka kemudian dari itu. Tidaklah murid lain yang menunggu terpinga-pinga.

Tidak mahu lagi ada bapa atau ibu lain yang merasai apa yang saya rasa.

Siapa rakan di KPM, sampaikan salam pada YB Menteri. Saranan beliau saya hargai.

Ammar Kamilin,
Tidak kuat melihat anak-anak berduka.

Thursday, 9 November 2017

Aku Dah ‘Projek’ Berkali-kali Dengan Isteri Kau!!! Dilema Seorang Lelaki Dapat Isteri ‘Sisa’ Rakan.


SAYA berkahwin hampir tiga tahun lalu dan ada seorang anak. Selama tempoh itu saya rasa sungguh bahagia. Namun, yang menjadi masalah kepada saya sejak setahun lalu ialah, saya tertekan dengan sejarah silam isteri.

Saya dapat tahu isteri saya pernah melakukan hubungan se#ks dengan bekas teman lelakinya. Berita ini saya dengar daripada mulut bekas teman lelakinya.

Sejak cerita itu masuk ke telinga, saya rasa dunia ini sungguh gelap. Sejak itu saya hilang rasa hormat kepadanya sebagai isteri dan ibu kepada anak saya.

Hubungan kami tidak semesra dulu, ibarat air laut yang pasang dan surut, tambahan pula saya panas baran dan berdendam. Saya cuba lebih mendekatkan diri dengan Allah SWT dengan pelbagai cara.

Bagaimanapun, setiap kali itu terngiang-ngiang di telinga saya kata-kata bekas teman lelakinya: “Aku dah ‘projek’ berkali-kali dengan isteri kau. Pergilah tanya dia, tak kan dia tak mengaku dan kenal aku.”

Setiap kali hendak bersama, saya berasakan isteri saya terbayang dia melakukan hubungan se#ks dengan bekas teman lelakinya. Ini membuatkan saya hilang mood dan mula mencari salah.

Saya pernah terfikir untuk menceraikannya, tetapi saya kasihan pada anak kami yang masih kecil dan tidak tahu apa-apa.

Namun, pada masa sama saya benci melihat muka isteri, terutama bila teringat kata-kata bekas teman lelakinya. Saya harap Dang Setia dapat membantu saya dalam hal ini.

RAUL
Perak


Masalah saudara memang rumit, namun yang merumitkannya lagi ialah saudara tidak bertindak secara proaktif untuk menyelesaikannya, tetapi memendamnya.

Apabila sesuatu masalah dipendam, ia sama sekali tidak akan selesai, sebaliknya bertambah rumit.

Dalam menangani masalah rumit ini, Dang Setia berpendapat saudara perlu lebih realistik, tidak bertindak terburu-buru dan bijak mengawal emosi.

Bagi Dang Setia, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah memastikan apakah dakwaan kawan saudara yang juga bekas teman lelaki isteri saudara benar atau palsu.

Ada kemungkinan terhadap kedua-duanya. Mungkin benar isteri pernah ditiduri bekas teman lelakinya dan mungkin juga ia tidak benar, sebaliknya perkara itu sekadar rekaan bekas teman lelakinya untuk memporak-perandakan rumah tangga saudara.

Dia mungkin bertindak begitu kerana ingin membalas dendam selepas hasratnya untuk berkahwin dengan isteri saudara tidak kesampaian.

Justeru, cara terbaik untuk mengetahui sama ada ia benar atau palsu ialah bertanya soalan itu kepada isteri saudara. Dang Setia sedar tindakan ini bukan mudah, namun saudara sebenarnya tiada pilihan.

Mahu atau tidak, saudara perlu melakukannya dan perlu ada keberanian, ketabahan serta ketahanan mental untuk melakukannya. Ini kerana, jika jawapan isteri saudari tidak, tentu ia sungguh melegakan.

Namun, timbul juga pertanyaan, adakah saudara akan mempercayai kata-katanya atau masih berterusan diselubungi curiga dan syak wasangka yang sekali gus menyebabkan hubungan anda berdua terus dingin.

Bagaimana pula jika jawapan isteri saudara ya, maksudnya dia mengaku pernah tidur bersama bekas teman lelakinya. Apakah pula sikap dan penerimaan saudara? Apakah saudara sudi memaafkannya atau terus menjatuhkan pelbagai hukuman ke atasnya?

Saudara, soal hati dan perasaan saudara memang sukar diubah. Ia hadir secara semulajadi dan kita tidak boleh berpura-pura atau menipu diri sendiri untuk menidakkan apa yang sebenarnya kita rasa.

Jadi, yang mampu Dang Setia lakukan ialah sekadar memberi pandangan dan ada dua perkara yang Dang Setia mahu saudara fikirkan. Pertama, cuba bayangkan diri saudara di tempat isteri.

Dia sudah kehilangan dara dan Dang Setia yakin dia pasti menyesali keterlanjurannya. Apabila saudara melamarnya, tentu dia dihimpit dilema sama ada mahu berterus terang mengenai kisah silamnya atau merahsiakannya.

Jika berterus terang, dia bimbang saudara tidak sudi mengahwininya dan dia kemudian mengambil risiko dengan merahsiakan perkara itu. Nyata, langkahnya tepat sehinggalah saudara mengesan kisah hitamnya selepas hampir tiga tahun berkahwin.

Jadi, jika saudara di tempat isteri, apa agaknya perasaan saudara jika dituduh tidak jujur, sedangkan saudara menyesali keterlanjuran yang berlaku serta percaya berahsia adalah langkah paling baik yang wajar dilakukan?

Kedua, apakah sejarah kehidupan lampau isteri terlalu penting buat saudara? Selain itu, mana satu yang lebih penting, sejarah silam atau perlakuannya masa kini?

Andai kata saudara tidak diberitahu mengenai kisah silam isteri, bukankah persepsi positif saudara terhadapnya selama ini tidak akan berubah? Ini kerana saudara berpuas hati dengan perlakuannya kini.

Dang Setia berani berkata begitu kerana saudara sendiri menyatakan sepanjang dua tahun pertama perkahwinan, kehidupan saudara sungguh bahagia. Ini menunjukkan isteri saudara berjaya menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu dengan baik, sebagaimana saudara inginkan.

Oleh itu, wajarkah segala kebahagiaan itu digadaikan dek kesilapan lampaunya yang sangat dikesalinya? Berbaloikah juga saudara menjejaskan tumbesaran dan masa depan anak yang saudara kasihani semata-mata kerana kesilapan lampau isteri?

Akhir sekali, jangan lupa apa yang diajar Allah SWT dan Rasulullah SAW kepada kita umat Islam. Jika Allah SWT sentiasa bersedia mengampunkan hamba-Nya, begitu juga Rasulullah SAW yang sedia memaafkan kesilapan umatnya, bukankah kita sewajarnya mengikut contoh yang diberikan itu?

~ Kolum Dang Setia, Metro

Kredit

Monday, 23 October 2017

Korang Wajib Baca Nie...Jangan Cuba² Kahwin Dengan Lelaki KELANTAN. Nanti Kau Akan Menyesal...

Jangan kahwin dengan lelaki KELANTAN. Nanti kau akan menyesal. Lelaki KELANTAN ramai yang hi#sap dadah dan kaki perempuan.


Ramai orang kata kalau nak cari suami jangan cari lelaki berasal dari Kelantan. Mana tidaknya lelaki Kelantan selalu dibabitkan dengan kisah JAHAT, KAKI PUKUL, KAKI PEREMPUAN, KAKI DADAH dan boleh dikatakan lelaki Kelantan dicop lelaki nereka.

Aku kahwin dengan lelaki Kelantan dan aku nilai sendiri. Memanglah kalau dengar cara diorang cakap memang kasar dan aku sendiri pernah menangis dalam almari sembunyi dari suami aku sebab suami aku selalu marah-marah aku. Tapi suami aku cakap "bila masa abe marahnyo? Abe suruh dan oyak jah. Memang org jate kelate kecek laguni. Kecek serupa nak gocoh. Bo la duduk dlm almarinya. Macam susut ko org jahat" sambil dia ketawa terbahak-bahak.

Korang boleh bayangkan tak? Aku lari sembunyi dalam almari sebab aku ingat dia jenis suka marah-marah dan memang luaran lelaki Kelantan nampak kasar tapi kalau korang nak tahu lelaki Kelantan yang kasar tu la, yang didik aku bab agama dan dia jugalah orang selalu bekerja keras mencari rezeki. Dia orang yang selalu pastikan keluarga kami bahagia dan dapat kehidupan yang baik. Dia rajin dan berfikiran matang. Lelaki Kelantan memang nampak luaran kasar tapi hati diorang baik. Siap ada bunga-bunga lagi ok. Lelaki Kelantan tak sweet tapi penyayang. Jadi siapa yang dapat suami dari Kelantan tu kira bertuah la.

Lelaki Kelantan tu la yang ringan tulang, tolong basuh berak anak, tolong jaga anak, tolong kemaskan rumah, tolong masak, jaga aku dalam pantang dan boleh kata aku bertuah dapat kahwin dengan lelaki Kelantan tu. Mana tidaknya, masa umur dia 23 tahun tak seperti remaja lain. Dia tidak suka keluar lepak dan tidak pernah buat perkara yang sia-sia.

Dia pandai cari duit, umur dia 25tahun dia dah simpan aset dan berjaya dalam hidup. Dia tak suka membazir dan dia jenis suka berjimat. Dia seorang suami yang bertanggjawab. Rokok dia tak hisap apatah dadah. Bagi yang selalu bersangka buruk dengan lelaki kelantan ni, korang kena buka hati yang tak semua lelaki Kelantan ni jahat dan masih ramai lagi lelaki Kelantan yang baik-baik dan soleh. Yang jahat hanya sebilangan kecil sahaja.

Sumber: Anyss Azemi

Friday, 20 October 2017

Baru Ke-40 Hari Berpantang, Suami Sudah ‘Buang Dalam’...

Saya sedang dalam dilemma dimana saya ingin berpantang bersama suami selama 60 hari, tetapi suami minta saya ‘menunaikan nafkah’ pada hari ke-40 di mana saya masih belum habis tempoh berpantang. 


Pada mulanya, saya tidak berani disebabkan berasa ngeri dengan bekas jahitan selepas bersalin secara normal.

Tetapi, suami saya pula berkata, "di dalam Islam, pasangan suami isteri sudah boleh bersama setelah darah nifas sudah kering. Bab berpantang 44, 60 atau pun 100 hari ini hanyalah merupakan peraturan yang ditetapkan oleh manusia, bukannya tuhan".

Jadi, saya sebagai isteri hanya patuh setelah suami berkata macam itu. Akan tetapi, masalah saya sekarang adalah suami ‘buang dalam’ sedangkan saya sudah merayu yang saya tidak mahu mengandung dalam tempoh terdekat. 

Bila saya tanya macam mana kalau saya mengandung lagi nanti, suami cuma menjawab sambil gelak-gelak:

“Awak bersalinlah macam mana awak bersalin hari itu...”

Terus saya berasa sebak sangat masa itu sedangkan suami sendiri yang menyaksikan betapa azabnya saya masa mahu bersalin hari itu. Suami mahu saya bersalin tiap-tiap tahun, tetapi saya tidak bersetuju sebab saya memang tidak mahu mengandung lagi di dalam jangka masa terdekat ini sebab rasa sakit semasa bersalin hari itu masih lagi terasa.

Kalau diikutkan hati, saya teringin mahu memasang implan, tetapi ada yang menasihati saya dengan memberitahu perbuatan itu bakal mendatangkan dosa sekiranya saya merancang anak tetapi suami pula mahukan anak lagi.

Sumber: KRT via OMM

Sunday, 15 October 2017

'Dah Lebih 100k Dalam Bank Saya Sekarang, Tapi Tak Tau Nak Buat Apa Sebab...' - Luahan Gadis Binggung.

Kebiasaannya seorang perempuan akan gembira apabila diberi kejutan dan hadiah-hadiah istimewa oleh insan yang disayangi.


Tambahan lagi, lelaki yang romantik menjadi idaman setiap wanita.

Namun, gadis ini sangat terkejut dengan wang yang telah dikumpulkan setiap bulan hasil pemberian daripada tunangnya. Melihat perbuatan lelaki itu, gadis tersebut menjadi rimas dan tidak mahu diberi kemewahan yang melampau dan kisah tersebut telah dikongsi disebuah laman sosial.

Ikuti kisahnya:

Asalamualaikum admin tolong hide nama saya disini saya nak tanya pendapat akak2 di laman sosial ini saya perempuan berusia 22 tahun.

Saya sudah bertunang saya ada kenal seorang lelaki ni berumur 28 tahun dia berniat untuk jadikan saya wife dia saya ok je sebab nampak ikhlas dia nak saya...tapi sekarang ni yang jadi masalah sangat...tiap kali dia ada duit...mesti dia hulur kat saya...bila saya tak ambik mesti merajuk lepastu dia masuk acc saya senyap2...saya tak pernah guna duit dia bagi…benda yang dia buat dah lama...sekarang dalam bank saya dah lebih 100k.

Saya tak tahu nak buat apa dengan duit tu...saya tak berani guna sebab dia belum sah jadi suami saya...dan saya takut kalau apa jadi...saya jadi mangsa...tolong saya...apa perlu saya buat? Saya dah cakap cara baik dengan dia...jangan masukkan duit kat saya...tapi dia masuk jugak...semalam dia baru masuk acc saya 2k...laki yang saya kenal ni bos di syarikat...sekarang yang buat saya tak suka duit...sebab saya bukan gilakan harta dia...hmm...

Dia baik selalu belanja saya makan...sebab saya memang suka makan je...tak suka benda2 lain...dia bagi kasih sayang sepenuhnya dekat saya...pernah dia hadiahkan saya kereta...tapi tak nak...macam2 dia bagi dekat saya…Saya serabut la fikir...bila jumpa mesti bagi hadiah kat saya mahal2...saya tak suka laa…saya nak makanan je kalau jumpe...tapi dia degil selalu bagi iphone...beg tangan dan macam2...aaarghh...saya jadi serabut...

Tolong bagi pendapat sis2...

Sunday, 1 October 2017

Kisah Benar Isteri Tak Tahan Digoda.

SUDAH hampir setahun suaminya berkhidmat di sebuah negara di kutub utara. Tinggallah Zamira (bukan nama sebenar) bersama tiga anaknya di ibu kota meneruskan kehidupan seperti biasa. Faktor tidak biasa dengan cuaca terlalu sejuk membuatkan Zamira memilih membesarkan anak-anak di negara tercinta sahaja.


Jika sebelum ini dia hanya menjadi suri rumah sepenuh masa, Zamira juga memilih untuk bekerja bagi menghilangkan rasa bosan di rumah.

Wanita berusia 31 tahun ini akhirnya berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan di sebuah syarikat telekomunikasi.

Anak-anaknya berusia lingkungan lima hingga lapan tahun juga sudah mula ke sekolah, dek kerana cita-cita tertangguh dahulu, Zamira turut mendaftarkan diri sebagai pelajar sambilan di sebuah universiti tempatan mengambil jurusan pentadbiran perniagaan.

Hidup Zamira memang penuh dengan aktiviti, setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8 pagi hingga 7 malam dia akan berada di pejabat.

Bila balik pula dia menguruskan kelengkapan anak-anak untuk ke sekolah esok hari dan hujung minggu pula Zamira menghadiri kelas menuntut ilmu di peringkat ijazah.

“Suami memang ada menyarankan saya memenuhi masa supaya saya tidak akan rasa bosan dan merinduinya. Memang semenjak bercinta kami tidak pernah berenggang dan langsung tidak pernah berpisah walau untuk sehari.

“Jadi setelah suami ditugaskan ke luar negara sesuatu yang amat sukar bagi saya melepaskannya. Atas sebab itu saya disuruh suami menyambung pelajaran dan bekerja supaya ada rakan-rakan yang dapat menghiburkan hati,” cerita Zamira di awal pertemuan kami.

Mujurlah juga Zamira mempunyai seorang pembantu rumah yang baik hati dan jujur jadi Zamira tidak mempunyai tekanan memikirkan keadaan rumah dan anak-anaknya di rumah.

Dek kerana jauh, suami Zamira hanya akan pulang ke tanah air kira-kira lima bulan sekali. Kerinduan Zamira dan anak-anak pada suami dilepaskan semata-mata menerusi internet atau panggilan video.

“Hampir setahun suami berkhidmat di sana saya semakin boleh mengadaptasi kehidupan tanpanya. Kalau dulu saya tidak boleh memandu, kini saya sudah berjaya memiliki lesen memandu dan suami juga membelikan saya sebuah kereta mewah semata-mata untuk menggembirakan hati saya yang berkorban menjaga anak-anak sepanjang peninggalannya ke luar negara.

“Semakin seronok saya bergaya dengan kereta dan kerjaya yang memerlukan interaksi dengan orang ramai. Hingga pada satu hari saya bertemu dengan seorang pelanggan lelaki yang berusia dalam 30 tahun. Pada awalnya hubungan sekadar pelanggan, lama-lama kami berkawan pula. Dia mengajak saya keluar minum dan tanpa ragu saya menerima pelawaan,” imbas Zamira.

Biarpun sibuk dengan pelbagai aktiviti, Zamira mengakui jiwanya begitu kosong tanpa teman yang bernama lelaki. Bila semakin lama suaminya di luar negara, perasaan kebergantungan menjadi semakin nipis dan Zamira kini sungguh berdikari.

“Walaupun baru dua kali keluar minum dengan Irfan (bukan nama sebenar), saya tidak mampu menidakkan rasa hati. Saya tahu saya mula sukakannya, bukan bermakna saya mahu bercerai dengan suami, tapi saya menganggap Irfan teman di kala sunyi semata-mata dan tidak lebih dari itu.

“Irfan bukanlah jejaka persis hero tempatan tapi bagi saya dia mempunyai daya tarikan tersendiri. Walaupun dia lebih muda dua tahun dari saya, kematangannya terserlah. Pengetahuan amnya juga luas, dari perbualan dengannya saya tahu dia seorang yang kuat membaca.

“Paling saya tertarik dengannya ialah sikapnya yang sungguh mengambil berat. Satu hari kereta saya rosak, Irfan pantas datang menghulur bantuan, perasaan saya padanya semakin hari semakin kuat hinggakan saya lebih banyak berSMS dengannya daripada suami sendiri,” akui Zamira.

Dua bulan berlalu selepas mengenali Irfan, Zamira merasakan kehidupannya sungguh ceria. Jiwanya rasa seakan gadis yang baru mula mengenali erti cinta, satu perasaan yang mengujakan Zamira setiap hari dan dia bersemangat ke pejabat semata-mata untuk makan tengah hari bersama Irfan.

Tersedar dari khayalan

Kemesraannya dan Irfan menyebabkan Zamira ada terdetik di hati untuk berkahwin dengan Irfan. Dia mula merancang strategi mencari alasan berpisah dengan suami. Hinggalah pada satu hari anak sulung Zamira diserang demam denggi, betapa paniknya Zamira kerana terpaksa menguruskan anaknya di hospital seorang diri.

“Di hospital melihat begitu ramai orang sakit, sayu pula hati saya. Makin saya terharu melihat pengorbanan seorang ibu yang menjaga anak dan suami yang sakit di hospital. Begitu tabah ibu itu yang usianya seakan kakak saya sahaja. Berkongsi cerita dengan kakak tersebut, umpama menyedarkan saya daripada khayalan sendiri.

“Ketika itu saya mula mengenang kesilapan diri, betapa jauh saya terlanjur walau tidaklah sampai berdua-duaan dengan Irfan di tempat sunyi tapi saya merasa seakan besar beban dosa yang saya tanggung.

“Ketika menjaga anak di hospital, Irfan ada beberapa kali menghubungi tapi saya tiada hati untuk menjawabnya. Kepada suami saya adukan kegusaran hati tentang anak yang sakit dan akhirnya saya sedar kekhilafan diri.

“Saya mengelak berhubung dengan Irfan dan akhirnya saya memilih untuk berhenti kerja. Saya menukar nombor telefon dan memutuskan hubungan dengan Irfan walaupun di laman sosial. Sementara menunggu notis berhenti, anak saya juga semakin sihat dan pembantu rumah saya juga mahu berhenti kerja kerana akan bernikah.

“Bagaikan satu hikmah yang terbaik disusun yang maha pencipta, saya akhirnya kembali kepada fitrah seorang isteri. Biarpun sudah berhenti kerja dan menguruskan rumah tangga saya rasa puas kerana dapat berbakti untuk suami.

“Suami saya tidak pernah mengetahui tentang apa yang telah terjadi dan menerima keputusan saya dengan hati terbuka, itulah yang terbaik untuk kami,” ujarnya mengakhiri bicara.

Sumber: UtusanMalaysia

Wednesday, 20 September 2017

Sedihnya, Saya Nampak Si Ayah Dan Anak Ini Hanya Makan Nasi Putih Berlaukkan Kuah Tanpa Air Di Restoran.

Terbaca admin hari ini sebuah luahan hati yang berlaku oleh seorang netizen di mana sebuah kejadian yang berlaku di sebuah restoran cukup membuatkan hati sebak.

Gambar Hiasan

Mana tidaknya seorang ayah yang bersama anaknya yang makan di sebuah restoran hanya memakan nasi bersama kuah sedangkan anaknya kelihatan hendakkan lauk sotong, mungkin kerana tidak mampu untuk membayar harga lauk, dia dan anak hanya memakan nasi berlaukkan kuah.

Jom kita baca.

Salam admin, nak share crite...maaf lari topik…berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, berat lagi bahu memikul.

Ni citer beberapa hari lepas masa cod barang, saya singgah di sebuah warung makan sebab anak saya ni dah menjerit2 dahaga nak minum air.

Masa duduk dalam warung tu saya perasan ada seorang lelaki tua dengan sorang budak lelaki sebaya umur anak saya mungkin dalam 4 tahun gitu.

Lelaki tu nampak selekeh sangat, kaki tangan hitam berminyak, baju seluar kasut lusuh mungkin orang susah so nampak uzur je. Budak lelaki tu pun kurus sangat, nampak terketar2 mungkin lapar sangat agaknya.

Saya perhati je dua beranak tu, si ayah pegang pinggan berisi nasi putih bersama anak kehulu kehilir depan lauk2 atas tray makanan. Dua beranak tu memang menarik perhatian semua orang dalam kedai tu, tak kurang juga ada yang pandang sinis seolah2 geli tengok mereka yang kotor. Astaghfirullah.

Hati ni dah rasa semacam, air saya dah lama habis tapi masih melekat bontot saya nak duduk kat situ, leka saya duk perhati ayah lama berdiri depan lauk tapi tak jugak ambil2 lauknya. Anak pula duk tunjuk2 lauk sotong. Mungkin nak makan sotong agaknya.

Last2 si ayah ni ambik kuah je. Nasi putih dengan kuah kosong, jangankan lauk sotong, satu ketul lauk dia tak ambil pun, takde lauk langsung. Anak ni diam je tak cakap apapun bila ayah dia suruh duduk makan nasi kosong dengan kuah semata2.

Masa tu Allah je tahu camana perasaan saya bila tengok dua beranak tu makan nasi putih sepinggan dengan kuah kosong. Air memang takde. Lagi sedih si ayah ni tak jamah pun, duduk sebelah je tengok si anak ni makan. Ayahnya cuma kutip nasi yang tumpah tepi pinggan anak je suap ke mulut sendiri. Sayu hati tengok.

Ya Allah..

Time tu jugak mengalir air mata saya, sebaknya tak payah cakap la. Susahnya hidup mereka. Kita rasa hidup kita dah susah, rupanya ada lagi orang yang lebih susah dari kita.

Sedih tengok dua beranak tu, saya pun ke kaunter minta pembantu kedai letakkan nasi sepinggan dengan lauk2 sekali. Adalah sikit sotong, ikan bakar, sayur, telur mata dengan lauk lain. Kemudian saya minta pembantu kedai tu hantar nasi tu ke meja 2 beranak tadi.

Mulanya lelaki tu nampak terkejut, saya dengar dia kata tak nak sebab takde duit nak bayar, tapi pembantu kedai tu kata, ambil laa ada orang belanja. Si anak ni panjang leher2 duk tengokk je nasi penuh lauk, tapi sikit pun tak merengek kat ayah mintak nak makan. Last2 ayah tu amik jugak nasi tu.

Saya dah berjalan menuju ke kereta, dalam kereta saya perhati lagi 2 beranak tu dari jauh. Terkejut saya, bila tengok lelaki tu menangis. Kepala dia tunduk je ke meja. Tangan duk kesat2 air mata, sesekali dia gosok cium kepala anak yang tengah makan nasi tadi.

Ya Allah lagi la sebak dada tengok lelaki tu menangis sambil peluk anak dia. Bagi saya air mata lelaki kalau gugur membasahi pipi adalah air mata yang sangat2 jujur.

Bayangkan..

Sampai anak saya tanya, mama kenapa mama nangis, ayyad tak naughty lagi, soryy mama.

Saya terus peluk kedua2 anak saya sambil menangis.

Sedih...

Bersyukurla dengan apa yang kita ada sebab bukan semua orang dapat rasa nikmat kesenangan. Kita susah, ingat...ada lagi insan lain yang jauh lebih susah dari kita. Semoga Allah memelihara kedua beranak itu.

Wednesday, 30 August 2017

Apabila Suami Tak Romantik...Patutkah Si Isteri Mencari Pengganti Baru Atau Kekasih Untuk Mengisi Kekosongan Di Hati?

Biasanya saya dengar suami mengeluh kerana isterinya tak romantik setelah berkahwin dan mempunyai anak. Dengan alasan tersebut mereka akan mencari orang ketiga untuk mengisi kekosongan di hati.



‘‘Jadi saya nak tanya pembaca semua jika keadaan terbalik, suami pulak tidak romantik setelah berkahwin dan mempunyai anak, apakah patut si isteri mencari pengganti baru atau kekasih untuk mengisi kekosongan di hati?’’ Demikian pertanyaan Norjaslina dalam emelnya kepada penulis.

‘‘Suami sering menyalahkan isteri tak romantik, tak pandai layan suami, tak tahu bersolek, badan berbau, pakaian di rumah buruk. Semua masalah itu menjadi punca mereka cari kekasih. Tetapi pada saya suami juga teruk perangai serta busuknya bau badan mereka.

‘‘Macam suami saya, sejak mula bercinta macam nak matilah kita raikan hari lahirnya, dia haram tak pernah ingat hari lahir saya. Alasannya terlupa. Waktu bercinta apa juga alasannya saya terima. Kerana sayang konon.

‘‘Tetapi sekarang dah lebih 10 tahun berkahwin, alasannya masih sama juga. Percaya tak kalau saya katakan dia tak pernah belikan saya hadiah langsung untuk hari lahir saya. Bila saya tanya dia kata buat apa membazirkan duit.

‘‘Suami saya, Fikri ni bukan setakat lupakan hari lahir saya, ulang tahun perkahwinan pun dia tak pernah ingat. Bila saya tanya tak ada kad ke dia kata, ‘‘Buat apa beli kad mulut ada ucaplah sendiri!’’ ‘‘Sekarang saya nak dengar ucapan dari mulut abang!’’ Dia kata, ‘‘awak dah ingat tu kira samalah tu’’ Aduh sakitnya hati.

Begitulah hati dan perasaan Fikri sejak dari mula kami kahwin hinggalah sekarang. Agaknya kalau panjang jodoh kami sampai saya mati pun dia tak akan belikan alasannya terlupa.

‘‘Biasanya tiap-tiap tahun saya akan ajak dia makan kat luar atau saya masak special untuk raikan ulang tahun perkahwinan kami, dia boleh tanya: ‘‘Buat apa makan kat luar. Saya pulak terpaksa bagi tahu hari ini ulang tahun perkahwinan kita.

Istimewa

‘‘Hairannya bila saya raikan hari lahirnya dia tak kata pun membazir bila saya beri dia hadiah istimewa. Dia kata terima kasih. Senyum sampai telinga.

‘‘Sekarang bila anak-anak dah besar bila saya ingatkan dia hari lahir saya, maka dia akan panggil anak-anak suruh nyanyi lagu selamat ulang tahun. Lepas tu dia akan buat ucapan menyakitkan hati saya, ‘‘dah semakin tua you sekarang ya’’.

‘‘Bila saya tanya mana hadiah dia akan membebel, tak ada duit. Kalau saya minta hadiah juga dia akan hulur duit RM30 atau RM50. ‘‘Hah awak ambillah duit ni belilah hadiah apa awak suka.

‘‘Saya bukanlah romantik sangat, tetapi saya akan periksa apa keperluannya, sama ada dia perlu baju baru, tali leher, pewangi, kasut atau apa sahaja yang dia suka. Bila dapat hadiah senyum sampai telinga.

‘‘Tapi kalau raikan hari lahir saya dan anak-anak dia mula kata membazir. Bukan saya buat minta duit dia. Tambah pelik dia tak pernah ingat hari lahir anak-anak apa lagi saya. Agaknya dia kedekut, takut kami minta belikan hadiah.

‘‘Mulai tahun ini saya dah buat keputusan muktamad, saya tak akan raikan hari lahir Fikri lagi, kerana dia tak pernah ingat hari lahir saya atau ulang tahun perkahwinan kami. Tapi untuk anak-anak saya akan tetap raikan, bukan nak buat parti besar-besaran, cukup sekadar kami anak beranak.

Pada saya meraikan hari lahir atau ulang tahun perkahwinan adalah untuk menimbulkan rasa ceria dan gembira dalam keluarga.

‘‘Kesan daripada tindakan saya tidak meraikan hari-hari yang bermakna ini mungkin perasaan kasih sayang antara kami semakin jauh, cinta kami semakin hambar dan jiwa saya semakin kosong. Jadi apa lagi yang tinggal kalau jiwa dah hambar dan tidak menggembirakan lagi?

‘‘Kebanyakan suami berfikiran apabila sudah jadi isterinya sama ada suka atau tidak wanita itu akan terus jadi isterinya. Jadi tak payahlah nak jaga hati dan perasaan isteri. Pada saya itu satu perangai buruk suami tak tahu menilai dan menjaga hati isteri.

‘‘Satu lagi perangai buruknya tak suka kalau kawan atau jiran kita datang ke rumah dia akan tunjukkan perangai buruk menengking dan memarahkan anak-anak dengan suara amat kasar depan tetamu.

‘‘Tujuannya supaya kawan saya segera balik, jadi tak dapatlah saya nak berbual dengan tetamu. Pernah Fikri kata kawan pejabat habis kat pejabat, jiran cukup sekadar bertanya khabar bukan nak datang ke rumah mengganggu aja. Itulah perangai buruknya membuat jiwa saya lebih tertekan.

‘‘Sebenarnya banyak lagi perkara buruk yang dilakukannya yang membuat jiwa saya tertekan. Hingga sampai satu peringkat saya fikir lebih baik saya tak ada suami, namun untuk menjadi ibu tunggal dengan 3 orang anak bukan mudah, sebab itu saya terpaksa sabar dengan perangai buruknya. Tapi sampai bila saya mesti sabar?’’

Demikian cerita Norjaslina panjang lebar tentang masalah yang dihadapi.

Namun apabila berdepan dengan suami seperti ini, peranan isteri amat penting, cuba cari dan fikirkan perangai baik yang tersembunyi dalam diri suami anda yang perlu anda beri pujian, lama kelamaan mungkin dia boleh berubah, semoga anda terlepas daripada tekanan yang menyiksa jiwa.

Friday, 25 August 2017

Silap Saya Tidak Pernah Periksa Setiap Kali Suami ‘Outstation’, Sebab Saya Terlalu Percayakan Dia.

Ini akaun fake saya yang ketiga. Dua akaun fake saya sebelum ini sudah pun kena padam dengan Facebook sebab mereka panggil geng untuk report.


Satu jalan saja yang saya tinggal untuk kongsikan masalah rumah tangga saya ini adalah dengan menyiarkannya di laman media sosial sebagai pengajaran dan peringatan kepada isteri-isteri di luar sana supaya jangan mudah percaya terhadap semua yang suami kata, terutamanya bila dia asyik kerja di luar atau tidak balik ke rumah.


Silap saya sebab tidak pernah periksa dengan tempat kerjanya sama ada betul atau tidak dia pergi outstation itu semua kerana sesetengahnya memang betul ada, jadi saya percaya semuanya.

Saya dan suami telah berkahwin selama lima tahun selepas berkenalan selama dua tahun. Kami dikurniakan seorang anak lelaki selepas setahun berkahin dan kini saya tengah mengandungkan anak yang kedua. InsyaAllah bulan depan saya akan bersalin.

Perempuan yabg berstatus janda anak satu berusia 40 tahun ini mula muncul sekitar bulan Disember 2016 ketika suami saya ditugaskan untuk bekerja di outlet Pavillion kerana outlet di KLCC sedang renovation.


Daripada kawan tegur-tegur sehinggalah melarat ke hubungan sulit sampai pernah bercuti bersama ke Thailand dan Singapura lagi. Lebih menyedihkan, wanita itu langsung tidak berasa malu menjalinkan hubungan haram di hadapan anak lelaki beliau.

Saya yang pada ketika itu masih berada di awal kehamilan mengalami alahan yang sangat teruk dan terpaksa dihantar pulang ke kampung. Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, sikap suami menjadi semakin pelik dan sering memberikan alasan untuk outstation, busy dan balas Whatsapp pun lewat dan kadang-kadang langsung tidak balas.

Hati menjadi semakin gelisah, resah dan risau takut kalau apa-apa yang terjadi kepadanya. Saya tekad untuk pulang sendiri ke KL tanpa pengetahuan suami. Niat mahu surprise tadi memang betul. Saya yang mendapat surprise rupa-rupanya. Saya balik dan suami terkejut. Saya secara spontan bertanya adakah dia ada perempuan lain. Tidak tahu mengapa soalan yang terpacul keluar setelah melihat keadaanya sihat-sihat saja.



Alangkah runtuhnya hati ini bila si suami mengaku malah cakap akan berkahwin dengan janda tu selepas saya bersalin nanti. Pada ketika itu, saya berasa betul-betul sedih, kecewa. Saya merayu, melutut dan banyak kali cuba untuk membunuh diri tetapi suami tidak pernah peduli. Dia sentiasa dingin dengan saya seperati jijik dgn isteri sendiri.

Terima kasih kepada keluarga mertua dan ipar-ipar yang banyak memberikan sokongan moral dan bantuan bagi mengharungi dugaan ini. Hubugan suami dengan keluarganya yang dahulu sangat rapat dan akrab bertukar menjadi dingin. Seluruh keluarga menentang hubungan terlarang mereka. Saya berasa sangat sedih melihat perubahan suami yang rela untuk membuang kami anak beranak malahan keluarganya juga.

Saya tidak mahu bercakap panjang mengenai janda itu kerana banyak cerita sudah saya dengar mengenainya dan memang tiada satu pun yang baik. Berdasarkan daripada info daripada rakan-rakan sekerjanya, wanita itu sudah menjanda lebih kurang 7 tahun. Selama ini jugalah, dia telah mengganggu banyak rumah tangga orang lain.

Untuk pengetahuan semua, sebelum saya berkahwin, saya juga bekerja di Pavilion, jadi kenalan saya banyak juga yang mengenali janda ini kerana kita di retail line ini pusing-pusing jumpa muka itu juga.




Sejak berkahwin, suami beli motor besar dan sejak ini juga dia berubah seperti rasa sahamnya semakin tinggi. Ramai perempuan jatuh hati. Dulu masa awal-awal penglibatan dengan geng motor besar, mereka gemar pergi ride bila ada cuti. Walaupun saya surirumah (tidak dibenarkan bekerja) namun masa kami untuk bersama jalan-jalan sangat kurang kerana suami kalau cuti akan pergi ride.

Tetapi saya tidak kisah walaupun hidup berkurung hati tidaklah sesakit sekarang. Sejak ada skandal ini, dia sudah tidak pergi ride lagi. Kebanyakkan masa akan dihabiskan bersama dengan janda dan anak lelakinya itu, tetapi apa yang sedihnya bila anak sendiri dibiarkan tanpa belaian dan kasih sayang daripada seorang bapa. Anak dalam perut ini jangan ceritalah, tidak pernah diambil tahun. Semua surusan check-up saya pergi sendiri dengan Grabcar.

Kemuncak masalah apabila kami bertengkar kerana saya sangat geram diengan dia, 24/7 melekat dengan telefon dan ber-Whatsapp dengan janda itu even di rumah di hadapan kami.






Iya, dia pernah menangis teresak-esak cakap yang dia memang akan berkahwin dengan janda itu. kalau dulu, memang saya sujud merayu pada dia kerana memikirkan nasib anak-anak. Tetapi setelah dia naik tangan pada saya, saya berasa yang saya benar-benar tiada lagi tempat di hatinya. Segala usaha sudah saya buat namun perempuan mengandung memanglah emosi, jadi saya tidak stabil dan cepat berasa marah.

Keluarga mentua juga sudah tolang bawa berubat, tetapi entahlah, malas saya mahu cakap detail pasal hal ini sebab nanti orang tuduh saya menuduh orang. Jadi, biarlah kami sekeluarga saja yang tahu apa mistik yang berlaku. Kini suami masih lagi bekerja di butik KLCC, manakala si janda itu bekerja di butik The Gardens.

Oleh kerana jandia ini tinggal berdekatan dengan Hospital Ampang dan kami di Keramat, jarak yang dekat ini membuatkan mereka senang berjumpa sentiasa. Untuk pengetahuan semua, masa saya mula-mula balik ke KL, si janda pernah ke rumah saya dengan kakaknya untuk periksa betul ke saya sudah pulang dari kampung?

Mereka berlakon cari rumah orang yang buat kelas menjahit. Saya tahu mereka sebab suami yang cakap dia ada datang ke rumah cakap buat-buat cari rumah yang buat kelas menjahit dan perempuan itulah teman wanitanya dan yang gemuk itu adalah kakaknya.







Tujuan saya nak viralkan ini sebab saya mahu semua orang berhati-hati dengan janda ini sebab keluarga dia sentiasa menyokong tindakan dia. Dia ini sudah yatim piatu jadi kakak-kakaknya lah yang menjadi penasihat dan pendorong terhadap semua perbuatannya. Apa yang saya khuatiri, janda ni hanya nak musnahkan kami sekeluarga saja tapi sebenarnya tidak berniat pun nak serius macam yang dia sudah buat sebelum-sebelum ini. Saya tidak tahu nak mengharap apa lagi. Saya kusut dan keliru dalam keadaan saya ini.

Walaupun sy kelihatan tenang tapi jauh disudut hati sy betul2 sedih. Terima kasih admin kerana sudi siarkan kisah sy ni. Dan terima kasih juga pada semua yg memberi semangat dan kecaman. Terima kasih juga kepada Ieka kerana dah porak perandakan kehidupan dan keluarga saya. p/s: Ni semua gambar2 mereka dan wassap mereka yg cari curi dr hp suami masa dia tgh tido. Atas admin la nak publishkan ke tak. Saya tak kisah dan hal ni pun dah dibincang dgn family mertua.

Thursday, 24 August 2017

Selalu Kerja Offshore. Satu Hari KANTOI Perbuatan Adik Aku Kat Isteri. Tak Sangka Dia Rupa²nya….


Betul lah org ckp, kalau isteri tak happy, rumah kite takde aura. Bini aku sejak dua menjak ni asyik stress je. Aku kerja off shore. 3 bln kat laut, 3 bln kat darat. Jadi, aku habis duty dan stay kat rumah, masa kat rumah tu aku perhati je adik perempuan aku…tak sangka rupa-rupanya. Mari baca selebihnya di bawah.

ADIK AKU DAPAT KERJA BERDEKATAN RUMAH

Nak jadik cerita, adik aku dpt kerja area dekat2 rumah aku. Kire ok lah, aku ajak dia stay sambil boleh teman isteri dgn anak. Aku berlayar lah dlm masa 3 bln ni. Dua minggu lps aku turun. So blk rumah, isteri ok je. Tp blh nampak raut wajah dia yg stress tp dia senyum je lah.

Dalam masa hampir 2 minggu ni aku perhatikan adik perempuan aku punya perangai..Harap muka je cantik putih tapi hmmmm perangai, kelaut betul. Nak jr aku humban perangai dia kat luar tmpt aku keje tu. Kalau cuti, bgn pukul 12/1. Bgn2 cari mkn kat dpr. Aku diam lagi. Lps tu bsh baju tinggal je dlm mesin, sampai isteri nk guna, isteri aku lah yg masuk kan baju dlm bakul.

“BEST KE TINGGAL SINI?”

Tgk TV, time masak dia dok lenjan dpn TV sambil main henset. Isteri kat dpr masak. Aku perhatikan je…Sampai seminggu jugak lah. Satu hr aku tegur tanya happy ke stay umah ni. Dia ckp happy sebab sewa xpyh byr, xde dgr mak kami membebel2…aku jawab ooo…Happy lah…Tak rasa nk tlg Kak long ke? Dia jawab dia tlg masa aku kat kapal dulu. Ni dia nk rehat2 lah sebab dia tgk aku dh tlg isteri kemas umah, jaga anak, masak.

Minggu lps jugak lah..cuti isteri tgh masak dia tgk TV. Aku gi dapur, aku tlg2 lps tu aku pesan kat isteri, masak cukup2 je untk kite. Xpyah lebih. Isteri diam je lah. Masa mkn, aku ckp kat adik aku, ko nk mkn g masak sediri, tadi Kak long ko masak, ko senang2 kat dpn. Mencuka jr muke.. Mls masak, dia tibai meggi.

ISTERI STRESS DENGAN PERANGAI ADIK IPAR

Kain baju dia jemur, dia tak angkat, aku larang isteri angkat. Biar kn je kena embun mlm. Dia sedap tdor magrib. Aku tanya isteri kenapa tak bagitau perangai hantu adik aku.. Isteri bls, dia just ipar je… Rumah ni rumah abg dia, sapa isteri nk marah2. Kalu tegur takot disampaikan pada keluarga aku.

Patotlah setiap kali aku call, suara isteri mcm stress, penat..sekarang aku dh cari rumah sewa kat adik aku. Dia dh dok luar. Pandai2 lah berdikari. Aku cuma perhati dr jauh je lah..isteri pom nampak tenang, aura rumah pom rasa nyaman je…Bukan aku nk sebelahkan isteri tp kalau dpn aku pon dh tunjuk perangai…apatah lg kalo aku takde.

Tuesday, 22 August 2017

Bapa Luah Perasaan Kecewa Dan Sedih Anak Gadis Bagai Ditantang Minyak Penuh Tiada Dara Di Tebuk Teman Lelaki.

Petang tadi, tiba-tiba seorang ibu muda baru 20 hari lepas melahirkan anak lelaki, datang duduk bersimpuh depan saya, "Ummi, ayah saya ada cakap ke bila mereka nak datang ambik saya?" 


Oh..kasihan ibu muda ini, selalu nampak menangis sendirian. Bila kita tengok, cepat-cepat kesat air mata. Semalam dia menangis di bahu ini, meluahkan apa tersimpan dalam hati melalui air mata. 

"Ayah ada janji mahu ambik apabila tiba waktu kamu kena sambung penggajian semula. Sebelum itu ayah mahu kamu menetap di sini, mengasuh anak sendiri. Bersabarlah, muhasabah diri, selepas ini jangan sekali kali mengulangi perbuatan ini. Tak seronokkan, waktu kita sedang getir, berjuang membetulkan iman dan akhlak, kita sendirian, jauh dari orang disayang. Semua ini atas kesilapan diri sendiri. Sangat mahal harganya. Asuh dan susukan anak elok-elok." 

Saya yang sebak bila ada pelatih yang bertanya, bila keluarga nak ambik mereka. Usahkan nak ziarah, telefon tanya khabar anak pun jauh sekali. Masing-masing berusaha mencari identiti diri. 

Ibu dan bapa mencari kekuatan untuk berhadapan dengan maruah yang tercemar. Anak mencari kekuatan apabila rasa tersisih dan terbuang. Padahal bukan mereka dibuang tetapi untuk mereka sedar akan kesilapan, kecuaian sehingga melanggar peraturan Allah. Zina bukan sekadar main-main. 

Akibat zina sangat besar. Impaknya nyata dan sangat terkesan pada semua jiwa yang merasainya. Ujian pada seluruh ahli keluarga, kesabaran, kekuatan menghadapinya dan mencari jalan keluar masalah. Semua rasa akan bersatu, terkumpul dan menyebabkan rabak jiwa. 

Kepada ummah di luar sana, usah bermain-main dengan pendosa, menganiya mereka, mengata, mengumpat kerana setiap diri kita juga tidak terlepas akan diuji dengan ujian yang hebat ini. 

Dua hari lepas, dan petang tadi, seorang bapa menelefon bertanyakan kemasukkan Baitus Solehah. Mula mula antara segan untuk bertanya dan bercerita. Tetapi akhirnya saya mendengar luahan dan tangisan seorang bapa. Mudah bapa tu menangis didalam telefon sebab tidak nampak mukanya, dia meluahkan rasa kecewa, terkilan, hampa dengan penganiyaan lelaki terhadap anak gadis yang ditatang dan dibungkus rapi. Anaknya tongkol jagung, berlapis-lapis bungkusan tetapi masih ada yang meragut kesucian dalam kejijikan. Perk0sa! 

Tidak kuat bapa itu untuk menghadapi ujian berat ini, namun apakah perlu dibuang anak itu? Apa peranan kita? 

Didik anak-anak lelaki kita menjadi soleh, pertahankan iman dari panahan syaitan. Syaitan mengoda sejak dulu lagi. Sebab itu ada kisah, antara 10 lelaki yang masuk syurga apabila dapat menahan diri daripada berzina. Kalau dulu, lelaki yang dapat menahan dari berzina kerana terpesona dengan godaan dan rayuan perempuan. Zaman ini, tidak mengira siapa perempuan itu, hinggakan perempuan tidak waras pun sanggup diperk0sa dengan zalimnya. Dashyat sungguh fitnah dajal zaman ini yang hampir tiba penghujungnya. 

Admin, 
Ummi Muna liza binti Ismail 

Friday, 18 August 2017

Suami TERKEJUT BERUK Isteri Ada Tabiat Pelik Masa Mengandung Buat Ramai TERPANA!!!

Macam ni min, bini aku sekarang tengah mengandung anak ke 3, baru 3 bulan. Yang aku perati dia ni, dia ada tabiat pelik masa mengandung ni.

Gambar sekadar hiasan

Dia suka sangat bau tembakau aku. Maklumlah aku hisap rokok daun je, nak jimat kos. Tu pun sebab dia selalu marah aku hisap rokok mahal.

Hmm, sebenarnya aku risau tengok tabiat dia. Dia pegang je aku punya plastik tembakau tu. Kejap² kang dia bau, dah macam orang hisap gam dah aku tengok. Aku takut ada effect kat baby je. Macam mana nak buat ye. 

Takpa ke kalau biar je dia dengan tabiat dia tu. Masa mengandung anak 1st dia suka korek pusat aku, masa anak 2nd pulak dia suka picit cuping telinga aku, sampai leper dah telinga aku. Makin lama makin pelik perangai dia. Hmm...

Thursday, 17 August 2017

Isteri Biar Jer Kakak Dia Tanpa Seurat Benang Peluk Aku, Bila Aku Tanya Kenapa Biarkan? Jawapan Isteri Aku Memang TAK MASUK AKAL!!!

Salam warga kisah rumah tangga. Admin KRT tolong tutup id saya.

Gambar sekadar hiasan

Saya dah berkahwin dan baru berusia 25 tahun. Dan bekerja sebagai seorang juruterbang. Saya telah mendirikan rumah tangga pada awal tahun 2017.

Kisah saya bermula seminggu lepas mendirikan rumah tangga. Kakak ipar saya sangat rapat dengan saya. Ke mana-mana sahaja saya pergi, dia akan ikut sekali. Walaupun dalam bilik saya sendiri pun dia selalu masuk dan usik-usik saya. Saya jadi agak kurang selesa dengan sikap kakak ipar saya ini.

Kami tinggal dengan mentua sementara waktu kerana menunggu rumah saya dan isteri siap. Semakin lama, semakin teruk jadinya, Kakak ipar saya jadi semakin berani. Kakak ipar saya pernah berb0gel depan saya tanpa sehelai benang pun. Isteri saya boleh pula gelak tengok kelakuan kakak dia tu. Saya terpandang sekali dan terus masuk bilik. Malas nak cakap apa-apa. Nak tunggu rumah sendiri saya siap mungkin makan masa lagi setahun.

Pernah di dapur saya tengah siang ikan tolong isteri nak masak, kakak ipar saya boleh pula datang nak cuci tangan boleh pula dia peluk saya untuk cuci tangan. Badan dia memang sentuh saya sepenuhnya.

Kakak ipar saya tu dah berkahwin. Tetapi suami dia pun jenis tak endah je apa bini dia lakukan. Saya dah tak tahan apa yang berlaku.. Saya terus bertanya kakak ipar kenapa buat mcm tu. Jawapan dia simple je. Suka.. Suka gurau dengan saya dan suka dekat saya sebab saya hensem (x hensem mana pun)…

So.. apa pandangan warga krt sekalian. Apakah yang patut saya lakukan ? Nk tegur takut bergaduh pula. Isteri saya pun jenis tak tegur atau marah dengan kakak ipar saya tu. Walapun dia dah berkelakuan luc4h dengan saya ni.

Tolong saya please… Tq

KRT

Wednesday, 16 August 2017

Saya Hanya Mampu Menangis Tengok Anak² Kelaparan.

Tq admin hide fb sy.. assalamualaikum semua.. maaf bukan niat mau buka aib tp sy just nak share masalah sy alami.. Sy suda berkahwin dgn duda anak 1.. perkahwinan dgn sy d kurniakan 2org anak..


Perkahwinan kami baru melangkau tahun ke3.. dan baru melahirkan anak ke2.. saya berkerja gaji bulanan..suami brkerja sndri dgn pendapatan harian.. gaji sy lebih besar dari suami tp sy tak kisah walaupun da tau sblm berkahwin lg..Sy sedih sgt2 skrg ni sbb suami tidak menjalankan tanggujawabnya sebagai suami dan ayah.. Sejak dari awal perkahwinan kami lg suami tidak pernah bagi sy nafkah.. 

(Mgkin dia fikir sy berkerja dan ada duit sndri) Sy sendri terpaksa meyara semua berbelanjaan rmh dan anak 3org.. bayar kereta, bayar pengasuh, belanja dapur, baju2 anak, pempers, susu, smpi 1tahap belanja pakaian harian kami termasuk suami pn sy yg kluarkan.. dr anak pertama lahir smpi la yg ke2 ni smua perbelanjaan sy kluarkan sbb suami tidak pernah hulurkan tuk anak2.. habis gaji sy sebulan selepas tolak smua belanja dan beri kepada org tua sy tanpa ada simpanan tuk sy mahupun anak2.. kadang2 sblm smpi masa gaji sy trpaksa ikat perut sndri agar perbelanjaan tuk anak2 ckup..

Biar sy tidak mkn janji anak2 dpt keperluan mereka.. suami lngsung tidak ambil kisah kekurangan makan pakai kami.. semasa masi dalam berpantang sy juga ke hulur ke hilir bawa anak ke klinik seorng diri, beli brg2 dapur, beli keperluan anak2 dan baby.. semua sy yg urus.. dr urus anak, kerja rmh, masak, cuci kain, mgemas smua sy buat sndri.. 

(Berpantang sndri) Bkn tidak pernah ckp/minta tolong dgn suami tp mcm2 alasan dia.. smpi kami bergaduh.. apa yg sy tgk dia hanya bayar kereta dia dan beri org tuanya belanja.. sy tidak kisah dia beri org tua, tp kami anak beranak mcm mna.. sy trpaksa juga kluarkan duit sy sndri untuk tampung perbelanjaan kami..sbb klu tidak kami anak beranak nak mkn/pkai apa.. bukan sy berkira, tp d mana rasa tanggungjawab sebagai suami.. semua sy yg tanggung..

Tidak tau smpi bila sy bole bertahan..sedih sgt sbb gaji sy pn bkn besar sgt mau tampung kos sara hidup skrg.. pernah 1malam susu anak habis..anak mngis2 mau myusu tp sy tiada duit poket sbb hjung bln dan blm gaji.. sy hnya mampu mngis tgk anak² kelaparan.. suami pn pernah minta duit sy klu sy baru gaji.. Tp bila smpi masa sy susah perlukan belanja, dia buat xtau.. sy tidak mau anak2 turut merasa susah klu boleh biar la mereka ckup makan pakai.. 

Sy tidak apa asal bole berkeja cari duit tuk besarkan mereka.. sy redha.. setakat ni sy masi kuat hadapi smua ni demi anak2.. doakan sy agar bole hadapi semua ini demi membesarkan anak2.. 

Friday, 11 August 2017

Luahan Seorang Wanita Muslim Yang Pernah Tukar² Suami Dengan Rakan Sendiri.

Nama saya Laila. Saya dan suami kahwin atas dasar cinta. Kami memang jenis gila-gila dan memang tak pernah amal ajaran Islam. Halal haram memang kami terjah je. Saya dan suami pernah dua kali melakukan perbuatan terkutuk apabila bertukar pasangan dengan suami serta isteri rakan kami sendiri.

Gambar sekadar hiasan

Itu perkara paling teruk yang saya pernah lakukan ketika melalui zaman jahiliah lebih lima tahun lalu. Kini saya menyesali perbuatan terkutuk itu dan sudah meninggalkan gaya hidup tidak bermoral berkenaan, kata Laila, 36, yang diceraikan suami selepas berhijrah kepada cara hidup lebih baik manakala lelaki itu kekal dalam kejahilan.

Dulu Laila dan suaminya, Khairul, 37, yang mengusahakan perniagaan kenderaan terpakai gemarkan kehidupan bebas, malah melakukan banyak perkara mungkar sejak berkasih ketika masih di sekolah menengah lagi. Bagaimanapun, Laila yang bertugas sebagai pegawai perhubungan awam di sebuah syarikat swasta di Johor akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti melakukan perkara terkutuk itu selepas rakan baiknya yang juga seorang wanita memeluk islam.

Semuanya berlaku pada 2011 apabila rakan setugas yang juga seorang perempuan tiba-tiba menyuarakan hasrat mahu memeluk Islam kerana beranggapan ia agama yang indah. Dia turut meminta saya mengajarnya berkaitan Islam. Saya terkejut kerana tidak mempunyai pengetahuan mendalam berkaitan Islam, malah boleh dianggap jahil, katanya.

Menurutnya, sejak tu dia mula menyimpan hasrat mahu berubah jadi insan yang lebih baik. Katanya, 3 bulan selepas rakannya memeluk Islam, Laila mula mengenakan pakaian sopan untuk ke pejabat selain tidak lagi mengikuti pelbagai aktiviti sosial bersama suaminya. Bagaimanapun, perubahan Laila tidak menarik minat suaminya, malah lelaki itu mengatakan ianya hanya sementara dan dia akan kembali dengan perbuatan terkutuk mereka.

Saya sedih dengan kenyataan suami, namun bersyukur kerana keluarga serta mertua memberi sokongan penuh untuk saya berubah. Selepas itu, saya dan suami bercerai akibat tiada lagi persefahaman hidup. Saya mula mengikuti kelas agama pada masa lapang dan berdoa kesalahan saya diampuni tuhan, katanya lagi.

Loading...