Showing posts with label luahan hati. Show all posts
Showing posts with label luahan hati. Show all posts

Thursday, 11 January 2018

Betul Ke Buku Teks Bahasa Inggeris Super Minds Merosakkan Akidah?


Mutakhir ini isu berkenaan buku teks terbaharu yang digunapakai murid-murid Tahun 1 & 2 2018, SUPER MINDS terbitan Cambridge University Press agak hangat diperkatakan, dibahaskan, diperdebatkan di media.

"Ada topik Halloween! Ada Easter Bunny! Ada template Merry Christmas!"

"Rosaklah akidah!"

"Bukan budaya kita!"

"Pembaziran wang" 
dan sebagainya.

Baiklah, sebagai seorang Guru Bahasa Inggeris, situasi ini saya kira sesuatu yang positif dimana ibu bapa, ahli politik, individu tertentu nampaknya terus mengambil berat pendidikan anak-anak mereka/ generasi akan datang ini. Namun, ada baiknya sekiranya kebimbangan mahupun tohmahan itu disalurkan pada saluran sepatutnya.

Saya menyambut baik usaha penambahbaikan pendidikan Bahasa Inggeris dinegara kita dengan membawa masuk CEFR ini. Masih terngiang-ngiang betapa berkobar-kobar amanat yang disampaikan Prof. Dr. Zuraidah Mohd Don, Pengerusi ELSQC (English Language Standards and Quality Council) Malaysia mengenai CEFR. Beliau dan beberapa rakannya yang telah menghasilkan The RoadMap 2015-2025 dalam usaha mempertingkatkan standard Bahasa Inggeris dikalangan pelajar Malaysia.

CEFR places importance on communication. Sebelum ini bukan tiada pelajar kita yang cemerlang BI. Ramai yang mampu menghasilkan masterpiece dalam writing mereka, namun speaking wise? Agak mendukacitakan.

Baseline study yang dijalankan diseluruh Malaysia pada 2013 menunjukkan majoriti murid tahun 6 berada pada level A1 CEFR. Penguasaan bahasa yang dikira minimum. Boleh rujuk CEFR Global scale untuk further details. Lepas saya tengok scale tu baru saya dpt relate dengan bahagian belakang certificate result APTIS yang saya ambil pada 2014. Ketika itu markah keseluruhan saya 169/200 dan saya dpt C1, rakan saya 172/200 dpt B2. Barulah saya tahu weightage setiap skill berbeza dan pemberat untuk speaking lebih, so kalau skor speaking skill more, tahap kita boleh naik.

Alright, bila kita belajar new language, of course kita kalau boleh nak ada opportunity to use the language especially in daily conversation. Masalahnya, before this kita agak exam-oriented, too much drilling on our students, result exam bagus tapi nak suruh mereka communicate, a big question mark there. Itulah kebimbangan bila graduan kita mula seek for jobs xlepas kerana communication yang lemah. Result power tapi lack on communication skill.

Alright. Super Minds pada saya jauh lebih friendly dan hands-on berbanding previous textbook utk Year 1 (KSSR semakan 2017). Bukan itu sahaja, colourful, attractive dan xde lenghty texts dah. Buku teks sebelum ini ada around 24 units if saya x silap dan frankly speaking, memang rushing nak cover semua unit yang ada dan towards end of year, untuk beberapa unit-unit terakhir macam touch & go je. Cepat-cepat nak cover all the words sebab ada tendency those words diuji dalam LINUS BI. Nampak tak?

On the contrary, Super Minds hanya ada 10 Units (saya +1 yang unit Friends tu sbb pada saya itu dh dikira unit juga coz ada contents mengenai colours, numbers and greetings). Dan lebih menarik, separuh unit diajar masa Tahun 1, selebihnya unit 5-9 di tahun 2. Roughly, 1 - 1 1/2 bulan untuk satu unit setahun.

Tak perlu rushing, more focus, more comprehensive. Bermula 2018 juga, guru-guru BI kena focus Phonics sahaja untuk sebulan pertama Tahun 1 dan 2 minggu pertama Tahun 2. As for me this year i'm teaching Year 2, dan dah nak habis week 2 ni, apa yang boleh saya katakan, penekanan Phonics selama 2 weeks ni memang memberi impak dan membuatkan murid lebih ready sebelum kita masuk unit-unit Super Minds.

Buku teks sebelum ini bukanlah tidak bagus sepenuhnya, tapi saya merasakan contents dalamnya ada yang beyond capability Year 1 students. Contohnya ada satu text - Kiran's Planner yang pada saya agak lengthy dan ada penggunaan 4 syllable words lagi didalamnya. Cukup berbeza dengan Super Minds.


Baiklah, berbalik kepada persoalan diatas. Merosak akidah and etc. Guru-guru BI yang mengajar Year 1 & 2 sepatutnya dah aware tentang material adaptation. Is either they attend the course last year or the information being cascaded time in--house training di sekolah masing-masing.

Actually kita boleh lakukan some adaptation on the materials. Remember Super Minds kan imported text book, jadi pasti ada elemen yang tak kena dengan culture kita. So what to adapt? Kita boleh adapt contents, level, language dan process. Dan dalam course tu pun kita dah diajar on how to adapt - sama ada nak simplify, add or delete something, modify mahupun reorder balik activity/ task dalam tu.

I could remember masa course tersebut, ada one topic on weather, dia guna international punya map, and through discussion, we agreed to adapt kepada Malaysian map. Process adapattion ni dilakukan untuk make sure contents tersebut more contextualised and personalized to our pupils. To me, time nak ajak Halloween nanti, boleh add sekali festivals in Malaysia - Hari Raya, Thaipusam etc. Dan apa masalahnya greeting card Merry Christmas tu? Bukankah negara kita berbilang kaum? Takkan itu pun sampai akan rosakkan akidah etc. And ramai juga persoalkan kenapa tak hasilkan our own version of CEFR textbook? Perhaps kita belum ada expertise and believe me, soon InshaAllah.

Akhir kata, risau tu boleh tapi janganlah terlalu risau sampai melebih-lebih pula. InshaAllah kami guru-guru yang diamanahkan untuk melaksanakan kurikulum baharu ini akan melaksanakan dengan sebaiknya. Bagi kami ruang juga. Ni baru minggu ke-2 sekolah dah ada ibubapa concern psl assessment CEFR mcm mana pula. *facepalm* Sabar sikit. Bukankah baru-baru ini, our Education Minister dah highlight supaya kita x emphasize pada bilangan As semata-mata tapi lebih kepada melihat murid secara total yakni kemenjadian murid tersebut.

Let's gear up English teachers dan majulah pendidikan Bahasa Inggeris untuk negara Malaysia!

Maaf jika ada kesalahan tafsiran mahupun kata-kata (minta maaf - ini budaya kita),

Mr. Qarl Haiqal

Sumber: Media Sosial

Monday, 8 January 2018

Aku Tak Suka Najib, Tapi Apa Ada Pada PAKATAN Untuk Aku Suka?


Aku tak suka Mahathir, tapi aku sokong tindakan Mahathir buat Putrajaya untuk kebaikan ekonomi malaysia waktu itu yang berdepan dengan krisis kewangan dan resesi ekonomi (tapi bab mengkayakan kroni, ini aku tak suka lah.

Cuma pertimbangan ekonomi membuat aku sedar lebih baik Putrajaya dibina dengan mengkayakan kroni dari haram tak dibina lansung dengan alasan kononnya nak berjimat dan takut negara bankrup kemudian ekonomi menjadi lebih teruk).

Aku tak suka Mahathir tapi aku sokong tindakan dia buat capital control dan menolak cadangan IMF untuk menaikan tingkat kadar bunga (inilah yang Anwar lakukan sebelum beliau dipecat, dengan mendengar nasihat IMF).

Paling aku tak sokong adalah tindakan Mahathir menyerahkan aset aset kerajaan kepada kroni-kroni beliau, tindakan penswastaan ini juga sangat disokong Anwar waktu itu kerana Anwar berideologi neo-liberal dan pro Washington Consensus.

Aku tak suka Najib, tapi aku sokong sepenuhnya kepimpinan Najib yang buat MRT fasa 1, 2 dan 3 dan juga mengintegrasikan pengangkutan awam di Malaysia.

Aku tak suka Najib tapi aku sokong sepenuhnya pelaburan syarikat kerajaan China dan projek pembangunan bersama Malaysia-China dalam membangunkan pelabuhan di Melaka dan ECRL. Dalam masa yang sama aku menolak projek spekulasi hartanah antara syarikat private China dengan kerajaan negeri, Forest City di Johor.

Aku juga tak suka Najib kerana 1MDB. Aku juga menentang GST!

Aku nak jugak suka Pakatan, tapi apakah idea dan polisi bernas dibawa PAKATAN? Idea bernas tak ada kerana itu PAKATAN angkat balik Mahathir. Dan habis semua dibangkang PAKATAN, sampaikan MRT pun dibangkang. PAKATAN memang hanya layak jadi pembangkang sahaja.

Oleh Anas Abd Jalil

Friday, 24 November 2017

'Terkejut Tengok Mulut Isteri Macam Ni, Normal Ke?' - Warganet Ketawa Baca Luahan Suami Ini…


“Allahu, terkejut saya. Macam nak pengsan,” demikian reaksi awal apabila si suami melihat ‘kelebihan’ isterinya yang baru dia kahwini dua minggu lalu.

In the begining katanya, dia tidak percaya apabila isteri memberitahu yang dia mempunyai ‘kelebihan’ yang luar biasa, iaitu melipat mulutnya.

“Terkejut saya tengok mulut isteri saya macam ni. Dia cakap bibir dia boleh lipat. Saya macam tak percaya. Kemudian saya suruh dia lipat, nak tengok depan-depan. Allahu, terkejut saya macam nak pengsan.

“Soalan saya, normal ke ada sesetengah orang boleh lipat (bibirnya) macam ni? Ada ke yang boleh lipat? Kalau tak normal, saya nak bawa dia pergi ke hospital,” soal si suami, memetik kenyataannya dari laman Facebook Kisah Rumah Tangga.

Pertanyaan si suami mengundang pelbagai reaksi kelakar dari netizen. Antaranya, ada beberapa wanita yang cuba melipat mulut mereka.

“Tak tahu nak gelak atau simpati. Nak gelak, rasa berdosa pula. Tengok gambar ini teringat semalam ada tengok satu video mamat negro mulut dengan bibir dia yang besar. Mulut dia boleh sumbat satu tin air coke.

“So normal lah tu bro. Mungkin isteri awak ada kelebihan begitu, mulut elastik. Tak perlu bawa dia ke hospital, nanti kecil hati dia. Pujilah isteri dan tepuk tangan sikit sebagai tanda awak kagum dengan kelebihan dia.

“Tapi kena selalu perhatikan isteri awak, takut nanti periuk belanga dia sumbat masuk dalam mulut pula,” seloroh Afny Reanna Aryanna.

“Dengan secara tiba-tiba saya cuba melipat mulut sendiri. Serius memang tak jadi. Buruk benor muka renyot-renyot. Apa pun isteri awak memang istimewalah, boleh lipat-lipat mulut dia,” kata Rose Feb.

Adakah korang tengah cuba melipat bibir selepas membaca post ini? - KRT

Loading...

Wednesday, 22 November 2017

Luahan Hati Seorang Bapa Menerima Keputusan UPSR Anak Perempuannya. SEDIHNYA...

Saya terbaca sebaran poster kenyataan Dato Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia.


Beliau berpesan supaya pada hari keputusan UPSR diumumkan, tidak perlu diadakan majlis khas meraikan pelajar cemerlang 6A sedang ratusan calon murid UPSR lain hanya memerhatikan dengan perasaan diri mereka tidak dihargai.

Betapa saya merasai pengalaman 'getir' itu sebelum ini. Bukan sebagai murid. Tetapi sebagai bapa.

Pada hari itu, subuh lagi isteri sudah berpesan, "Abang, nanti jangan lupa datang sekolah. Zulfa ambil UPSR hari ni."

Saya hanya angguk dan senyum. Mana mungkin saya lupa.

Kali pertama dalam hidup anak sulung menerima keputusan peperiksaan besar.

Pagi itu, saya ke pejabat dulu. Rakan sepejabat pelik melihat saya masih berlegar-legar di meja.

"Encik Ammar tak pergi ambil result anak?"

"Relakslah. Bukannya keputusan keluar terus. Menteri umum dulu, baru result boleh ambil."

Terus menyambung kerja-kerja yang sedang menunggu.

Henfon berpusing di meja diiringi deringan lagu lembut.

"Abang, dah gerak dari ofis belum?"

"Belum. Baru nak gerak." Sambil menolak kerusi merapat ke meja.

"Result dah boleh tengok online. Tapi Ryn tak berani nak tengok. Kalau abang nak tengok, tengoklah. Tapi jangan beritahu Ryn."

Lif dari tingkat 7 turun ke B1 hari itu terasa sangat perlahan. Jantung berdegup lain dari biasa. Detak dan berombak seperti berlari.

Ya, saya gugup.

Zulfa sederhana saja di sekolah. Dari darjah 1 hingga 6, sering juga berpindah kelas. Pernah merasai kelas tertinggi semasa darjah 5, tetapi turun ke kelas kedua untuk menghadapi UPSR.

Tiada apa yang istimewa pada pencapaian. Jarang dia menerima anugerah akademik. Tetapi saya tidak boleh menyangkal seperkara. Dia anak rajin dan tak banyak soal. Diminta belajar, dia belajar. Diminta menolong kerja di rumah, dia menolong.

Walaupun akademik sederhana, tidak pernah saya rasa mahu memarahi Zulfa.

Dalam perjalanan balik dari sekolah selepas KAFA, dia akan tertidur kepenatan di dalam kereta.

Sampai saja di rumah, terus mandi dan menyelesaikan kerja-kerja sekolah tanpa disuruh.

Tiba maghrib, dia berhenti solat sendiri.

Selepas makan malam, sambung semula menyiapkan kerja sekolah.

Ada hari, apabila tiada kerja sekolah, dia menilik jadual belajar di dinding dan terus membuat latihan dalam buku aktiviti. Tanpa suruh.

Ada masa, dia minta saya mengajar apa yang sukar dia fahami. Tanpa sedar, kadang-kadang saya tertidur atas katilnya. "Abah, Zulfa nak tidur." Saya melihat jam dinding, pukul 12 malam.

Hari minggu, dia selalu memujuk rayu minta untuk belajar di rumah kawan. Jika tidak diizin, monyok sepanjang hari.

Bukan kami tak sokong, tetapi jarak rumah ke Putrajaya bukannya dekat. Rasanya, cukup setiap hari, abah mama berulang alik untuk kerja. Tidak betah rasanya hari minggu masih memandu jauh.

Tapi rajuknya sebentar. Sedang kami leka, dia sudah di dalam bilik, belajar sendiri.

Untuk anak yang begini, apa lagi mahu saya paksa.

Lalu, fahami saja jika saya gugup pagi itu.

Sebagai bapa, saya boleh menerima apa saja. Dengan usaha Zulfa, saya tidak menyesal apa-apa. Saya sudah melihat prosesnya. Hasilnya hanya bonus bagi saya.

Tetapi dia. Bagaimana dia?

Bukankah di mana-mana pun orang berkata, usaha tangga kejayaan. Mudah fahamnya, berusaha, pasti berjaya. Jika sudah usaha, tetapi tidak berjaya?

Saya tinggalkan soalan itu begitu saja. Kerana berjaya itu luas tafsirannya.

Lagipun, beberapa minggu sebelum itu, Zulfa pernah berbincang hati ke hati dengan saya. Dia sudah usaha, dia terima saja apa keputusannya. Ketika itu saya sudah lega. Harapnya apabila hari itu tiba, dia benar-benar kota apa dikata.

Ikon Google Chrome di henfon saya sentuh dan biarkan 'loading'. Alamat url yang disebut isteri saya taipkan satu persatu. 'Enter'. Paparan telah tersedia. Masukkan no. IC dan angka giliran, keputusan dipaparkan.

Lama saya duduk dalam kereta yang enjinnya telah dihidupkan. Sungguh saya tidak kecewa. Tidak. Saya sedang mencongak-congak bagaimana mahu berhadapan Zulfa. Apa yang saya lihat terpapar di skrin sudah saya redhakan. Sekarang ini, ayat apa mahu saya ucapkan nanti.

"Abang, guru besar belum balik dari pejabat PPD untuk ambil keputusan. Tapi Ryn dengar 'result online' dah keluar. Abang dah tengok?"

"Dah." Perlahan dan bergetar. Isteri, dari intonasi saja sudah terbaca di hati apa yang saya cuba sampaikan dari getar itu.

"Allah bang..." Itu saja yang terungkap dari mulut isteri selepas saya didesak untuk memberitahu keputusannya. Aneh juga wanita bergelar ibu. Satu masa dia berpesan seperti tak mahu peduli. Tidak lama dia pula mendesak untuk mengetahui.

Ketika itu, saya seperti baru memahami apa perasaan seorang doktor yang sudah tahu pesakitnya menghidap kanser tahap 4 dan didiagnos sukar untuk diubati lagi. Perasaan mahu mengkhabarkan berita itu, seperti pedih menoreh dada.

Dari jauh, saya mendengar pengumuman nama anak-anak bertuah yang memperoleh 5A. Menaiki tangga menuju dataran sekolah, terhidang di hadapan saya deretan anak-anak yang sedang duduk beratur menunggu nama masing-masing dipanggil.

Saya mencari kelibat Zulfa dan menangkap dia sedang bergelak ketawa mengusik rakan-rakan dalam barisan yang berada sedikit ke tengah.

Dia sedang enak ketawa dan hati saya pula sedang mendung. Dia masih belum tahu keputusan, sedangkan saya masih gagal menemui kata terbaik mahu diungkapkan.

Zulfa terpaling ke arah saya, melambai-lambai dan menunjukkan ibu jari tanda bagus. Itu keyakinan dia ketika itu.

"Ya Allah, teruji sungguh hati ini hari ini." Saya hanya mampu bersandar pada dinding.

Selepas menamatkan bercakap dengan ibu seorang pelajar, isteri datang merapati, "Bang, tengok Zulfa tu bang. Dia seronok lagi tu. Tak tahu apa. Kesiannya dia bang." Mata isteri mula berair.

Saya memerhati Zulfa dari jauh. Kepalanya terdongak-dongak menanti namanya dipanggil. Sesekali dia bertanya kawan hadapan, nama siapa yang disebut apabila tidak dapat mendengar dengan jelas. Kawan sekeliling yang tadi ramai, sudah mula bangun seorang demi seorang meninggalkan dia. Yang dapat 4A sudah. Yang dapat 3A sudah. Sedang diumum mereka yang 2A. Dia mula gelisah.

"Allah, Allah, Allah..." Itu saja mampu saya dalam hati. Kau takkan mampu untuk pandang wajah dia yang sedang menanti itu.

Zulfa memandang saya dari tempat duduknya. Kali ini, pandangannya tidak seceria dan bercahaya seperti awal tadi. Dia seperti sudah mengagak sesuatu. Jika kau pernah lihat wajah anak yang sedang bersalah, itulah wajah Zulfa ketika itu. Cuma kali ini, dia tidak salah, dia tidak berbuat apa dosa pun. Dan itu yang menyebabkan airmata seorang ayah hampir tumpah.

Sebaik saja slip peperiksaan bertukar tangan, barulah wajah putih tadi mula merah. Saya membiarkan saja dia memilih bahu siapa yang mahu dipinjam. Ternyata bahu yang diperlukan adalah ibu. Berlaku drama airmata yang kehilangan skrip. Tiada sebarang kata-kata, hanya pelukan penuh emosi hiba.

Saya berjaya mengawal 'ego' seorang lelaki pada pagi itu hanya untuk menanti akhirnya airmata itu tumpah pada waktu berdoa selepas solat maghrib berjemaah.

"Ya Allah, kami bersyukur dengan apa yang telah engkau rezekikan kepada kami ya Allah. Selepas segala usaha, jika ini yang kau berikan pada kami, penuhkan hati kami dengan rasa cukup ya Allah. Tidak ada kuasa yang mampu memberi bahagia melainkan engkau ya Allah.

Tanpa dirancang, saya berpaling ke belakang dan menitipkan doa khusus untuk Zulfa ketika itu.

Ya Allah, Zulfa sudah berusaha sebaiknya ya Allah. Dia sudah redha dengan hasil yang diperolehi ya Allah. Kau kuatkanlah hatinya ya Allah. Jangan kau padamkan api semangatnya yang mahu terus menimba ilmu-Mu ya Allah.

Sesungguhnya, kami sangat LEMAH ya Allah.... "

Sebut saja perkataan LEMAH, serentak itu juga, jatuh habis airmata yang dari pagi diempang. Saat itu, sebagai bapa, betapa saya sedar, sekalipun kau manusia boleh berusaha tanpa batas masa, menghimpun segala kepandaian manusia, merancang strategi 'pasti berjaya', apabila akhirnya Allah putuskan begitu, maka begitulah! Kau tidak akan berdaya. Kau selemah-lemah manusia.

Lama saya terhenti. Jelas ada esak tangis juga di belakang saya. Ya, ego manusia jatuh. Mana lagi mahu meminta pertolongan jika bukan dari-Nya.

Saya serahkan sepenuhnya urusan untung nasib persekolahan anak saya seterusnya pada Allah.

Ketika itu, baru terasa betapa nikmatnya hati yang bulat sepenuhnya, lillahi taala.

****

Alhamdulillah... Selepas satu tahun, saya mula nampak mengapa Allah menyusun apa yang berlaku sedemikian rupa. Di sekolah menengah, Zulfa sangat berbeza dari dia yang saya kenal di sekolah rendah sebelum ini. Potensinya dicungkil dalam pelbagai bidang. Mendapat rakan-rakan sekolah yang bagus akhlak. Dia seperti tidak terkesan langsung dengan apa yang berlaku tahun sebelumnya. Saya lega.

Cukuplah sekali itu. Saya memang berharap keputusan peperiksaan tidak lagi diumumkan sedemikian rupa. Serahkan saja keputusan peperiksaan mengikut nama kepada anak murid dan biarkan mereka membaca sendiri keputusan mereka. Mana yang keputusannya cemerlang, sekolah boleh raikan dalam satu majlis khas buat mereka kemudian dari itu. Tidaklah murid lain yang menunggu terpinga-pinga.

Tidak mahu lagi ada bapa atau ibu lain yang merasai apa yang saya rasa.

Siapa rakan di KPM, sampaikan salam pada YB Menteri. Saranan beliau saya hargai.

Ammar Kamilin,
Tidak kuat melihat anak-anak berduka.

Monday, 23 October 2017

Korang Wajib Baca Nie...Jangan Cuba² Kahwin Dengan Lelaki KELANTAN. Nanti Kau Akan Menyesal...

Jangan kahwin dengan lelaki KELANTAN. Nanti kau akan menyesal. Lelaki KELANTAN ramai yang hi#sap dadah dan kaki perempuan.


Ramai orang kata kalau nak cari suami jangan cari lelaki berasal dari Kelantan. Mana tidaknya lelaki Kelantan selalu dibabitkan dengan kisah JAHAT, KAKI PUKUL, KAKI PEREMPUAN, KAKI DADAH dan boleh dikatakan lelaki Kelantan dicop lelaki nereka.

Aku kahwin dengan lelaki Kelantan dan aku nilai sendiri. Memanglah kalau dengar cara diorang cakap memang kasar dan aku sendiri pernah menangis dalam almari sembunyi dari suami aku sebab suami aku selalu marah-marah aku. Tapi suami aku cakap "bila masa abe marahnyo? Abe suruh dan oyak jah. Memang org jate kelate kecek laguni. Kecek serupa nak gocoh. Bo la duduk dlm almarinya. Macam susut ko org jahat" sambil dia ketawa terbahak-bahak.

Korang boleh bayangkan tak? Aku lari sembunyi dalam almari sebab aku ingat dia jenis suka marah-marah dan memang luaran lelaki Kelantan nampak kasar tapi kalau korang nak tahu lelaki Kelantan yang kasar tu la, yang didik aku bab agama dan dia jugalah orang selalu bekerja keras mencari rezeki. Dia orang yang selalu pastikan keluarga kami bahagia dan dapat kehidupan yang baik. Dia rajin dan berfikiran matang. Lelaki Kelantan memang nampak luaran kasar tapi hati diorang baik. Siap ada bunga-bunga lagi ok. Lelaki Kelantan tak sweet tapi penyayang. Jadi siapa yang dapat suami dari Kelantan tu kira bertuah la.

Lelaki Kelantan tu la yang ringan tulang, tolong basuh berak anak, tolong jaga anak, tolong kemaskan rumah, tolong masak, jaga aku dalam pantang dan boleh kata aku bertuah dapat kahwin dengan lelaki Kelantan tu. Mana tidaknya, masa umur dia 23 tahun tak seperti remaja lain. Dia tidak suka keluar lepak dan tidak pernah buat perkara yang sia-sia.

Dia pandai cari duit, umur dia 25tahun dia dah simpan aset dan berjaya dalam hidup. Dia tak suka membazir dan dia jenis suka berjimat. Dia seorang suami yang bertanggjawab. Rokok dia tak hisap apatah dadah. Bagi yang selalu bersangka buruk dengan lelaki kelantan ni, korang kena buka hati yang tak semua lelaki Kelantan ni jahat dan masih ramai lagi lelaki Kelantan yang baik-baik dan soleh. Yang jahat hanya sebilangan kecil sahaja.

Sumber: Anyss Azemi

Sunday, 15 October 2017

'Dah Lebih 100k Dalam Bank Saya Sekarang, Tapi Tak Tau Nak Buat Apa Sebab...' - Luahan Gadis Binggung.

Kebiasaannya seorang perempuan akan gembira apabila diberi kejutan dan hadiah-hadiah istimewa oleh insan yang disayangi.


Tambahan lagi, lelaki yang romantik menjadi idaman setiap wanita.

Namun, gadis ini sangat terkejut dengan wang yang telah dikumpulkan setiap bulan hasil pemberian daripada tunangnya. Melihat perbuatan lelaki itu, gadis tersebut menjadi rimas dan tidak mahu diberi kemewahan yang melampau dan kisah tersebut telah dikongsi disebuah laman sosial.

Ikuti kisahnya:

Asalamualaikum admin tolong hide nama saya disini saya nak tanya pendapat akak2 di laman sosial ini saya perempuan berusia 22 tahun.

Saya sudah bertunang saya ada kenal seorang lelaki ni berumur 28 tahun dia berniat untuk jadikan saya wife dia saya ok je sebab nampak ikhlas dia nak saya...tapi sekarang ni yang jadi masalah sangat...tiap kali dia ada duit...mesti dia hulur kat saya...bila saya tak ambik mesti merajuk lepastu dia masuk acc saya senyap2...saya tak pernah guna duit dia bagi…benda yang dia buat dah lama...sekarang dalam bank saya dah lebih 100k.

Saya tak tahu nak buat apa dengan duit tu...saya tak berani guna sebab dia belum sah jadi suami saya...dan saya takut kalau apa jadi...saya jadi mangsa...tolong saya...apa perlu saya buat? Saya dah cakap cara baik dengan dia...jangan masukkan duit kat saya...tapi dia masuk jugak...semalam dia baru masuk acc saya 2k...laki yang saya kenal ni bos di syarikat...sekarang yang buat saya tak suka duit...sebab saya bukan gilakan harta dia...hmm...

Dia baik selalu belanja saya makan...sebab saya memang suka makan je...tak suka benda2 lain...dia bagi kasih sayang sepenuhnya dekat saya...pernah dia hadiahkan saya kereta...tapi tak nak...macam2 dia bagi dekat saya…Saya serabut la fikir...bila jumpa mesti bagi hadiah kat saya mahal2...saya tak suka laa…saya nak makanan je kalau jumpe...tapi dia degil selalu bagi iphone...beg tangan dan macam2...aaarghh...saya jadi serabut...

Tolong bagi pendapat sis2...

Wednesday, 20 September 2017

Sedihnya, Saya Nampak Si Ayah Dan Anak Ini Hanya Makan Nasi Putih Berlaukkan Kuah Tanpa Air Di Restoran.

Terbaca admin hari ini sebuah luahan hati yang berlaku oleh seorang netizen di mana sebuah kejadian yang berlaku di sebuah restoran cukup membuatkan hati sebak.

Gambar Hiasan

Mana tidaknya seorang ayah yang bersama anaknya yang makan di sebuah restoran hanya memakan nasi bersama kuah sedangkan anaknya kelihatan hendakkan lauk sotong, mungkin kerana tidak mampu untuk membayar harga lauk, dia dan anak hanya memakan nasi berlaukkan kuah.

Jom kita baca.

Salam admin, nak share crite...maaf lari topik…berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, berat lagi bahu memikul.

Ni citer beberapa hari lepas masa cod barang, saya singgah di sebuah warung makan sebab anak saya ni dah menjerit2 dahaga nak minum air.

Masa duduk dalam warung tu saya perasan ada seorang lelaki tua dengan sorang budak lelaki sebaya umur anak saya mungkin dalam 4 tahun gitu.

Lelaki tu nampak selekeh sangat, kaki tangan hitam berminyak, baju seluar kasut lusuh mungkin orang susah so nampak uzur je. Budak lelaki tu pun kurus sangat, nampak terketar2 mungkin lapar sangat agaknya.

Saya perhati je dua beranak tu, si ayah pegang pinggan berisi nasi putih bersama anak kehulu kehilir depan lauk2 atas tray makanan. Dua beranak tu memang menarik perhatian semua orang dalam kedai tu, tak kurang juga ada yang pandang sinis seolah2 geli tengok mereka yang kotor. Astaghfirullah.

Hati ni dah rasa semacam, air saya dah lama habis tapi masih melekat bontot saya nak duduk kat situ, leka saya duk perhati ayah lama berdiri depan lauk tapi tak jugak ambil2 lauknya. Anak pula duk tunjuk2 lauk sotong. Mungkin nak makan sotong agaknya.

Last2 si ayah ni ambik kuah je. Nasi putih dengan kuah kosong, jangankan lauk sotong, satu ketul lauk dia tak ambil pun, takde lauk langsung. Anak ni diam je tak cakap apapun bila ayah dia suruh duduk makan nasi kosong dengan kuah semata2.

Masa tu Allah je tahu camana perasaan saya bila tengok dua beranak tu makan nasi putih sepinggan dengan kuah kosong. Air memang takde. Lagi sedih si ayah ni tak jamah pun, duduk sebelah je tengok si anak ni makan. Ayahnya cuma kutip nasi yang tumpah tepi pinggan anak je suap ke mulut sendiri. Sayu hati tengok.

Ya Allah..

Time tu jugak mengalir air mata saya, sebaknya tak payah cakap la. Susahnya hidup mereka. Kita rasa hidup kita dah susah, rupanya ada lagi orang yang lebih susah dari kita.

Sedih tengok dua beranak tu, saya pun ke kaunter minta pembantu kedai letakkan nasi sepinggan dengan lauk2 sekali. Adalah sikit sotong, ikan bakar, sayur, telur mata dengan lauk lain. Kemudian saya minta pembantu kedai tu hantar nasi tu ke meja 2 beranak tadi.

Mulanya lelaki tu nampak terkejut, saya dengar dia kata tak nak sebab takde duit nak bayar, tapi pembantu kedai tu kata, ambil laa ada orang belanja. Si anak ni panjang leher2 duk tengokk je nasi penuh lauk, tapi sikit pun tak merengek kat ayah mintak nak makan. Last2 ayah tu amik jugak nasi tu.

Saya dah berjalan menuju ke kereta, dalam kereta saya perhati lagi 2 beranak tu dari jauh. Terkejut saya, bila tengok lelaki tu menangis. Kepala dia tunduk je ke meja. Tangan duk kesat2 air mata, sesekali dia gosok cium kepala anak yang tengah makan nasi tadi.

Ya Allah lagi la sebak dada tengok lelaki tu menangis sambil peluk anak dia. Bagi saya air mata lelaki kalau gugur membasahi pipi adalah air mata yang sangat2 jujur.

Bayangkan..

Sampai anak saya tanya, mama kenapa mama nangis, ayyad tak naughty lagi, soryy mama.

Saya terus peluk kedua2 anak saya sambil menangis.

Sedih...

Bersyukurla dengan apa yang kita ada sebab bukan semua orang dapat rasa nikmat kesenangan. Kita susah, ingat...ada lagi insan lain yang jauh lebih susah dari kita. Semoga Allah memelihara kedua beranak itu.